Tuesday, 29 January 2019

Persekitaran Kerja Yang Positif

Semestinya sebagai seorang pekerja kita perlukan persekitaran kerja yang positif. Tidak kiralah apa pun pekerjaan kita, persekitaran kerja yang positif amat diperlukan. Bagaimana persekitaran kerja yang positif? Dan bagaimana pula persekitaran kerja yang negatif?

Persekitaran Kerja Yang Positif

1.  Bos yang baik
Bos yang baik bukan sahaja baik dari tutur katanya. Tapi termasuk juga bos yang memahami permasalahan pegawai bawahannya. Dan pandai mengagihkan kerja kepada pegawai bawahan dengan adil dan saksama.

2. Rakan sekerja yang baik
Rakan sekerja juga menyumbang faktor persekitaran kerja yang positif. Kita memerlukan rakan sekerja yang boleh dibawa bekerjasama. Jika kita ada masalah mereka boleh tolong. Dan sekiranya mereka mempunyai masalah kita juga boleh tolong mereka.
 
3. Persekitaran kerja yang bersih
Persekitaran kerja yang bersih juga amat penting bagi kita semua. Sekiranya tempat kerja kita bersih dan selesa, motivasi kerja pun meningkat. 

4. Kelengkapan mencukupi
Dengan adanya kelengkapan kerja yang mencukupi, kerja boleh dilaksanakan dan disiapkan dengan cepat. Bos pun suka kalau kerja dapat disiapkan dengan cepat. Betul tak?

Persekitaran Kerja Yang Negatif 

1. Bos yang tidak adil 
Bos yang tidak adil? Agak-agak korang mesti tahu macam mana bos jenis macam ni. Bos yang 'pilih bulu'. Si 'A' dia bagi banyak kerja tapi tak pernah dapat penghargaan. Si 'B' pula yang ada kaitan persaudaraan kalau kerap tak ada di pejabat pula dia senyapkan sahaja. Bos macam ni memang menyakitkan hati.

2. Rakan sekerja 'pengular'
Kalau jumpa rakan sekerja yang 'kaki ular' ni memang menyakitkan hati. Mana tidaknya, kalau dia tidak ada di pejabat, bos pula jenis yang tidak adil, kitalah yang terpaksa membuat kerja dia yang selalu menghilangkan diri di pejabat.

3. Persekitaran kerja yang tidak sihat
Contoh persekitaran kerja yang tidak sihat adalah pejabat yang bebas merokok. Sangat menyakitkan bagi mereka yang tidak merokok. Nak bernafas pun susah, macam mana nak bekerja dengan keadaan sebegini?
 
4. Kelengkapan tidak mencukupi
Ini satu lagi masalah yang sukar untuk diatasi. Kalau kelengkapan pejabat tidak mencukupi, kerja pun susah nak disiapkan. Sebagai contoh komputer tidak disediakan. Jadi terpaksalah menunggu pegawai lain siapkan kerja mereka dahulu. Kalau tak ada bekalan ink printer lain pula masalahnya. Terpaksa guna kewangan sendiri. Bila dah menggunakan kewangan sendiri ni lagilah menambahkan rasa tekanan pada pekerja.
 
5. Ada kroni @ geng2 bawang 
Kroni @ geng2 bawang ni sememangnya amat berleluasa sekarang ni. Bukan sahaja makcik2, pakcik2 bawang pun wujud sekarang ni. Sebagai contoh, Si 'A' bukan kroni dan si 'B' adalah kroni geng2 bawang. Sekiranya si 'A' buat sedikit kesilapan, kecoh satu pejabat. Sekiranya si 'B' pula buat satu kesalahan yang besar, disenyapkan sahaja. Memang menyakitkan lebih2 lagi kalau bos masuk dalam kroni ni.



 

19 comments:

  1. Alhamdulillah.. Persekitaran kerja Sha positif..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, kin selesa dengan tempat kerja sekarang. bos ok, kawan ok, tempat duduk ok, kerja ok, hehe.

    ReplyDelete
  3. Artikel yang menarik. Walaubagaimanapun, environment kerja kalau positif, kita akan ceria je nak gi kerja. Kalau negatif, nak pergi kerja pun cm tade mood ja. Kita dh follow tq sudi singgah n follow blog kita.

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya, kebanyakan ofis mesti ada elemen2 yg tersenarai dlm persekitaran negatif tu, kan... Kira sangat2 bertuah kalau satu benda negatif pun x ada. Tapi yg penting, cara kita menangani benda2 tu. Teruk2 pun, dapat belajar dr pengalaman. :D

    ReplyDelete
  5. MOGA SELESA BEKERJA MENCARI REZEKI HIDUP

    ReplyDelete
  6. Macam mana sekalipun, atas diri kita jugak mcm mana nak handle situasi mcm negatif semua tu. normally, mmg ada la company yg ada pro and cons nya huu

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/01/hadiah-dari-blogger-kak-sha.html

    ReplyDelete
  7. Kalau persekitaran kerja negatif nak pergi kerja pun tak seronok macam terpaksa sebab nak dapat gaji huhuuuhuhu....

    Kalau persekitaran positif suka nak bekerja bos suruh buat 10 15 yang kita buat.

    ReplyDelete
  8. Semoga aura2 positif je semuanya. Positive vibes only. Hehehe

    ReplyDelete
  9. kt tempat keje ada tangan panjang. lg seram ooooo dr ada hantu

    ReplyDelete
  10. No 5 ya virus dalam organisasi..bahaya mun dibiarkan terus merebak

    ReplyDelete
  11. Good sharing.. so far tempat keja baru ni, alhamdulillahhh

    ReplyDelete
  12. Gud sharing.. Alhamdulillah, walaupun kelengkapan kena share² tapi kita dapat pejabat yang dekat, rakan sekerja yang positive, boss yang baik

    ReplyDelete
  13. Bo's mamama x Adil opss huhuu.. tapi kerja makan gaji nak bust mvm Mana kan.. krnalah pandai2 jaga diri

    ReplyDelete

GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY

    Assalamualaikum..   Di kesempatan ini ejulz ingin mengucapkan Happy Anniversary yang ke-13 kepada Puan Linda dan suami yang bakal disamb...