Monday, 3 October 2011

Puasa sunat isnin dan khamis

Malam tadi tiba2 teringat zaman sekolah dulu2.. masa tu ejulz duk kat sekolah berasrama.. rindu masa sahur kat sekolah.. masa berbuka ramai2.. rindu sangat masa tu.. teringat ejulz satu masa tu.. lepas dengar ceramah sblm duduk SPM.. masa tu bulan puasa.. lepas dgr ceramah tu makin semangat bersukan pada waktu petang.. semua budak2 yang tengok kata ejulz ngan member2 ejulz gila main tgh bulan2 puasa.. tapi kitorang x heran pun diorang kata camtu.. masa sekolah dulu pun ejulz selalu amalkan berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis.. kitorang main pada waktu bulan puasa sebab penceramah tu kata "bila kita bersukan, baru la sihat.. bila sihat baru boleh study.." haHa.. teringat lagi kata2 tu.. kitorang pun salu jugak amal berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis.. Nak cuba amal lagi la skang ni.. blh ke x blh tahan.. heHe.. dah lupe tentang puasa ni.. ejulz pun godek la kat google mlm tadi.. heHe.. baca laa utk perkongsian bersama..

Fadhilat puasa pada hari Isnin dan Khamis


 
Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)

 
Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

 
Hari diwajibkan berpuasa
  • Puasa di bulan Ramadhan

 
Hari dimakruhkan berpuasa
  • Puasa Orang Yang Sakit Bersangatan
  • Puasa Orang Yang Sangat Tua
  • Puasa Wanita Yang Hamil
  • Puasa Orang Yang Musafir
  • Puasa Pada Hari 'Arafah Bagi Orang Yang Mengerjakan Haji
  • Puasa Pada Hari Sabtu Sahaja (Ditunggalkan)
  • Puasa Pada Hari Jumaat Sahaja (Ditunggalkan)
  • Puasa Asalnya Sunnat Dikerjakan Oleh Orang Yang Menanggung Puasa Qadha
  • Puasa Sepanjang Tahun (Sepanjang Masa)

 
Hari diharamkan berpuasa
  • Tanggal 1 Syawal (Hari Raya Aidil Fitri)
  • 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidil Adha)Hari-Hari Tasyriq: 11, 12 Dan 13 Zulhijjah
  • Hari Syak Mungkin Hari Mula Berpuasa (30 Sya'aban)
  • Selepas 15 Sya'aban Jika Bukan Puasa Qadha Atau Nazar Atau Tiada Hubungan Dengan Puasa Pada Hari Sebelumnya, Atau Bukan Hari Yang Biasa Berpuasa
  • Puasa Sunnat Bagi Wanita Tanpa Izin Suami (Jika Suami Bermukim Yakni Tak Musafir Atau Berpergian Jauh)

 
Sumber : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatpuasawajibdansunnat.htm  

 

 
Niat Puasa Sunat Isnin dan Khamis

 
Soalan:
Saya mahu amalkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis tiap-tiap bulan, sebagaimana yang saya dapat tahu bahawa mengamalkan puasa hari Isnin dan Khamis boleh menghindarkan dari berbagai penyakit, boleh kah tuan guru jelaskan disini bagaimanakah niat puasa tersebut?
Mohd Isa , Keramat Wangsa

 
Jawapan:
Niat adalah sesuatu yang datang dari lubuk hati yang paling dalam. Memadailah kita memiliki hasrat di dalam hati untuk melakukan sesuatu perkara, maka itu merupakan niat. Namun kadang kala sesetengah orang lebih senang menegaskan niat yang ada di dalam hatinya itu dengan menyebutkan sekali lafaz niatnya. Jika dengan melafazkan niat tersebut lebih menyenangkan dan mengukuhkan lagi hasrat tadi maka lebih baik melafazkan niat setiap kali ingin memulai ibadah tertentu.

 
Lafaz niat puasa sunat sama dengan lafaz niat ibadah-ibadah yang lain. Jika ingin mengerjakan puasa sunat Isnin, memadailah dengan mengucapkan lafaz niat seperti ini: "Sahaja aku puasa sunat Isnin pada esok hari kerana Allah Taala".

 
DN 054 Bimbingan Lengkap Fardhu ’Ain (Ibadah Puasa)

 
Sumber : https://www.darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=85&Itemid=147#5

 

12 comments:

  1. kmk mggu lepas ada puasa sunat isnin dgn khamis..ya pun lepas settle puasa ganti..biasalah pempuan..kehkehkeh

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg sgt2 menarik dan bermakna .. thanx dikk .. :)

    ReplyDelete
  3. Kathy Tuah : alhamdulillah.. tertunai juak hajat ari marek. heHE

    ReplyDelete
  4. sama kak ieda.. ejulz pun xtau sgt..

    ReplyDelete
  5. nuyui : info ni pun dpt dari tenet je.. msh blaja gak ni.. xtau sgt pasal ni.. :)

    ReplyDelete
  6. puasa kalau di lakukan sekerap mungkin tubuh badan akan menjadi sangat tahan lama...:)

    ReplyDelete
  7. thanks info ne...

    dulu rajin juga puasa sunat...sekarang neh lalai ckit.Ya Allah....kena ubah perangai neh...

    ReplyDelete
  8. Bigdaddyz : insyaallah.. amal berpuasa dan bersukan.. heHe

    ReplyDelete
  9. Asyila Zainuddin : insyaallah.. tp kalo dah kurus nak diet mende.. heHe

    ReplyDelete
  10. Ila : xpe.. kalo ada masa n berkesempatan amalkan laa.. :)

    ReplyDelete

GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY

    Assalamualaikum..   Di kesempatan ini ejulz ingin mengucapkan Happy Anniversary yang ke-13 kepada Puan Linda dan suami yang bakal disamb...