Friday, 31 May 2019

Wednesday, 29 May 2019

Sambutan Hari Lahir Ke **

Alhamdulillah. Masih berkesempatan update entry.. Semalam sambut hari lahir ejulz yang ke 18.. hahaa.. Rasa muda pulak. Hehee



Kali pertama Insyirah sambut hari lahir papa.. 😊


Hadiah yang paling bermakna buat ejulz pada tahun ni. Alhamdulilllah. Ejulz doakan buat ahli keluarga & sahabat2 yang belum dikurniakan cahaya mata akan dapat rezeki dalam masa terdekat. Amin..

**Terima kasih mama Insyirah ❤




Friday, 24 May 2019

Buah hati papa


Dah berapa hari dah x update entry.. Ada masalah teknikal sikit.. Sorry tak dapat nak bw buat masa ni. Tinggalkan jejak k. Insyaallah ejulz akan bw nanti k. 

**Ehhh.. tak cun pulak dgn tajuk. Heee



Tuesday, 14 May 2019

Birthday Mama Insyirah

Alhamdulillah. Insyirah dapat sambut birthday mama buat kali pertama semalam. Sambut simple je. Almaklum puasa ni dah kekenyangan.. hehe















Gelagat Insyirah bila tengok kek.. hehe

*Buat mama Insyirah, papa doakan mama sihat selalu, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan semoga kita sekeluarga bahagia hingga akhir hayat.. amin




Monday, 13 May 2019

Hadiah dari Anies





Terima kasih blogger anies di atas hadiah ni k.. Semoga dimurahkan rezeki.. 


Jom follow beliau.. Klik SINI..

 

 

Thursday, 9 May 2019

Dapat Hadiah GA dari CIK ROXA

Alhamdulillah.. Sekali lagi dapat hadiah di tahun 2019.. Terima kasih rakan2 blogger..

Terima kasih Cik Roxa di atas hadiah Popia Nestum MILO.. Sedap sangat2.. Ejulz bagi 5 star..

Satu hari je masa untuk habiskan sebalang ni.. hehe. Lagi2 ejulz dan anak2 buah ejulz memang peminat MILO tegar.. hehehe






Jika berminat tempah bolehlah hubungi Cik Roxa sendiri..

019-7614540



 

Monday, 6 May 2019

Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed

https://kasihkuamani.blogspot.com/2019/04/giveaway-ramadhansyawal-2019-oleh-sha.html?m=1 

Jom meriahkan GA ni.. 

Ada 8 buah buku sebagai hadiah.. Join jangan x join.. Goodluck :)



Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :



Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.



Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


Friday, 3 May 2019

[ VIRAL ] KEMAMPUAN LELAKI 3 JARI INI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENANGIS!

(Kisah viral dari FB NIZAM pengasas jamumall oku ) 


Luahan di fb beliau sangat terkesan….

Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku bersyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah meeah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...

Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .


Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..


Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...


Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!


Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...


Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..


Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..

Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!














Sedih dan sebak bila tengok video ucapan Encik Nizam sampai habis. Malulah kita yang sihat dan sempurna tubuh badan hanya mampu memeluk tubuh tanpa bekerja dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak, suami dan ayah. Ramai lagi yang kat luar sana memilih pekerjaan. Hanya nak kerja senang. Ada yang ego dengan kelayakan kelulusan akademik yang tinggi. Ada juga yang tidak sedar diri sekolah tak habis tapi nak kerja macam bos. Banyak lagi orang2 sebegini kat luar sana. Syukur kita dikurniakan tubuh badan yang sempurna. Tapi kisah Encik Nizam seorang lelaki yang hanya mampu menggerakkan tiga jari ini membuka mata semua yang kurang upaya tidak mustahil untuk berjaya.


Thursday, 2 May 2019

Senarai Pengomen Tegar APR 2019

Alhamdulillah.. Masih berkesempatan menulis entry kat blog ni.. Terima kasih kepada sahabat2 yang tidak jemu2 singgah di blog yang tidak seberapa ni..




Sekali lagi ejulz nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada sahabat2 yang tidak jemu2 singgah di blog ejulz yang x seberapa ni k.. Jangan lupa follow mereka yang hebat di atas ni..

 

Harap ada rezeki kali ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger. Lama rasanya dah tak update sini. Alhamdulillah setelah 10 tahun mencuba, dapat p...