Thursday 13 October 2016

Tafsir Al-Quran (Surah Al-Baqarah ayat 1-5)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.

1.  Alif Lam Mim. (4)
2. Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,(5)
3. (Iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan(6) sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka,
4. dan mereka yang beriman kepada (al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau,(7) dan mereka yakin akan adanya hari akhirat.'
5. Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

(4) Beberapa surah dalam al-Quran dibuka dengan huruf abjad seperti Alif Lam Mim, Alif Lam Ra, dan sebagainya. Makna huruf-huruf itu hanya Allah yang tahu. Ada yang berpendapat bahawa hurf-huruf itu adalah nama surah dan ada pula yang berpendapat bahawa ia dugunakan untuk menarik perhatian, atau untuk mengisyaratkan bahawa al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab yang tersusun daripada huruf-huruf abjad tersebut.
(5) Takwa iaitu mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.
(6) Pengertian menginfakkan harta di jalan Allah meliputi pelaburan untuk keperluan jihad, pembangunan perguruan, hospital, penyelidikan ilmiah, dan lain-lain.
(7) Yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW. ialah Taurat, Zabur, Injil, dan Suhuf-suhuf (lembaran-lembaran) yang tidak seperti kitab.


Solat sebagai Tiang Agama (QS Al-Baqarah, 2:3)

Hadis Nabawi
Dari Mu'az bin Jabal r.a, ia berkata, "Saya pernah bersama Nabi SAW dalam suatu perjalanan. Suatu pagi, saya berada dekat dengan baginda, saya berkata, 'Wahai Rasulullah, khabarkanlah kepadaku tentang suatu amal yang akan memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku dari neraka. "Baginda menjawab, 'Kamu telah menanyakan kepadaku tentang perkara yang besar, meskipun sungguh ia merupakan perkara ringan bagi orang yang telah dijadikan Allah ringan. Amalan itu adalah kamu beribadah kepada Allah dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, kemudian berhaji ke Baitullah." Lantas baginda bersabda, 'Mahukah saya tunjukkan kepadamu pntu-pintu kebaikan? Amalan itu adalah puasa, puasa adalah perisai sedekah akan menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan solat seorang lelaki pada pertengahan malam." Lalu baginda bersabda lagi, 'Mahukah aku tunjukkan kepadamu pokok agama, tiangnya dan puncaknya?' Saya menjawab, 'Ya, wahai Rasulullah'. Baginda bersabda 'Pokok agama adalah Islam, tiangnya adalah solat, sedangkan puncaknya adalah jihad'. (Hadis Riwayat At-Tirmizi, Sunan At-Tirmizi, Juz 5, No. Hadis, 2616, 1397H/1977M: 11-12)











2 comments:

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...