Thursday, 24 March 2022

Akhirnya tewas 21-27/3/2022

Setelah lebih kurang 2 tahun kita dilanda wabak covid-19, akhirnya ejulz tewas juga. Walaupun telah cuba sedaya upaya melindungi diri dari wabak berkenaan untuk melindungi keluarga, sekelip mata terkena juga. Walaupun tidak tahu dari mana dan bagaimana boleh terkena, tapi kadang-kadang kecewa dengan sikap segelintir orang sekeliling yang sambil lewa. Dan mungkin untuk peringatan diri juga.


Kecewa dengan sikap segelintir orang sekeliling? Terlebih dahulu ejulz mohon maaf andai apa yang ejulz katakan akan mengguris hati sahabat2 di sini yang merokok. Tapi inilah kenyataannya. Bukan ejulz melarang atau tidak membenarkan mereka yang merokok untuk merokok. Tapi kalau merokok di tempat yang tidak sepatutnya memang menyusahkan pihak lain lebih-lebih lagi mereka yang tidak merokok. Korang bayangkanlah bagaimana suasana pejabat dimana pekerja merokok di dalam pejabat seperti tidak ada salah langsung. Yang guna vape apatah lagi.


Alkisah bermula pada 20 Mac 2022 dimana kakak ejulz yang sepatutnya menjaga anak ejulz memaklumkan dia dan suami +ve covid-19. Kakak ejulz itu duduk di rumah sendiri sepanjang cuti sekolah. Dan sepanjang cuti sekolah selama lebih kurang 3 minggu itu anak2 ejulz dijaga kakak ipar ejulz di rumah mentuanya. Oleh kerana persekolahan bermula 21 Mac 2022 maka dia dan anak2 dia balik ke kampung. Jadi ejulz ambil keputusan untuk mohon cuti seminggu untuk menjaga anak ejulz. Si kakak akan mula masuk taska untuk 4 tahun. Wife pula dah banyak ambil cuti masa anak2 demam dalam bulan Februari lepas.


Nak minta cuti kebajikan jaga anak bukan main la susah. Bos siap bagitau dia sibuk minggu berkenaan dan memerlukan ejulz sentiasa di pejabat. Padahal ada je orang lain kat pejabat tu yang baru habis bercuti. Kalau pasal kerja bukan main lagi macam tak ada orang lain lagi yang boleh diharap. Padahal yang lain2 tu semua dah dapat Anugerah Cemerlang. Yang dikata tak boleh harap boleh pulak bagi Anugerah Cemerlang, ejulz ni yang diarah macam-macam diorang tak pernah bagi pun. Setelah ejulz bermati-matian bagitau memang dah tak ada orang lain dapat jaga anak, barulah diberi kebenaran bercuti. 


Pada pagi hari pertama cuti jaga anak ejulz dah rasa sakit tekak. Bila dah nak tengahari rasa nak demam pula. Wife di pejabat pun rasa tak sihat. Tengahari masa lunch hour dia balik rumah dan kami buat test kid sama2. Dua-dua kami +ve. Ejulz kali pertama kena dan wife kena buat kali ke-2. Jadi terpaksalah kuarantin di rumah selama 7 hari. Perancangan asal balik kampung di hujung minggu pun terpaksa ditunda. 


Bila tengok di sekeliling dan fb ramai yang kena +ve. Selain kakak ejulz, staf sepejabat ada juga +ve dan kuarantin tarikh yang sama. Rakan2 dari pejabat lama juga ramai yang kena. Belum kira lagi kenalan di fb, ada je yang update kena +ve covid ni. Harap semua kita sentiasa dalam lindunganNya 🤲.

9 comments:

  1. Semoga diringankan gejala dan cepat sembuh ya, Ejulz & wife.

    ReplyDelete
  2. selambanya merokok dalam pejabat yang berekon? sangat la tak selesa dan sangatla mementingkan diri sendiri.
    Buat Ejulz dan keluarga semoga cepat sihat, jangan lupa makan ubat dah rehat

    ReplyDelete
  3. speedy recovery ejul & wife.. nang rami org positive nektok.. 2 tahun jaga sop tertewas juak dgn omicron

    ReplyDelete
  4. Betul saya tak setuju dengan orang yang selamba merokok. Termasuk juga tempat makanan. Walaupun dah ada tempat khas kadang kadang asap tu diterbang angin juga. Memang menyirap betul time tu tengok orang merokok. Semoga cepat sembuh buat Ejulz dan sekeluarga!

    ReplyDelete
  5. semoga cepat sembuh ejulz and family. kamek pun demam juak 2 minggu tok even negative, tapi azam juak koh, batuk teruk. musim orang demam

    ReplyDelete
  6. MOGA EJULZ N ISTERI SEGERA PULIH SEDIAKALA AMIIN

    ReplyDelete
  7. itu la..kadang kita buat keje orang lain dapat nama..geram an..moga cepat sembuh ejul

    ReplyDelete

GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY

    Assalamualaikum..   Di kesempatan ini ejulz ingin mengucapkan Happy Anniversary yang ke-13 kepada Puan Linda dan suami yang bakal disamb...