Monday, 3 January 2011

MU lamar Khairul Fahmi?

Waa.. terkejut ejulz tengok kat muka depan Utusan Malaysia arini..

"MU lamar Khairul Fahmi?"



dikhabarkan Pengurus Kelab bola sepak terkemuka dunia Mancester United, Alex Ferguson berminat untuk melamar penjaga gol Kelantan itu.

Teruja sangat dengar berita ni.. betul @ x kita tunggu berita selanjutnya.. heHe

Sunday, 2 January 2011

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 2

nampaknya dah ada yg bertanya pasal bahasa Sarawak.. alhamdulillah ada jugak kengkawan di kalangan blogger ni berminat nak tahu pasal bahasa Sarawak.

terlebih dahulu ejulz nak bagitau sebenarnya bahasa melayu Sarawak ni lebih kurang je dengan bahasa melayu baku. Cuma ada beberapa perkataan yang betul2 berbeza dengan melayu baku.. Sepertimana kita tahu, Bumi Kenyalang pernah dijajah suatu ketika dahulu dalam jangka masa yang panjang. So, pengaruh bahasa Inggeris dengan rakyat Sarawak sangat kuat.. Insyaallah, nanti ejulz akan bagi contoh perkataan Inggeris yang dijadikan @ selalu digunakan orang Sarawak sehingga menjadi bahasa Sarawak.


ok. ejulz cuba jawab ALFALORA MOHD MUSTAFA dulu..

"APA KHABAR"?? ok. seperti yg ejulz katakan awal2 tadi, bahasa melayu Sarawak lebih kurang je dengan bahasa melayu baku.. Orang Sarawak pun guna perkataan "apa khabar" seperti biasa. sama saje dengan bahasa melayu baku. ok, ejulz cuba bagi contoh ayat yang membezakan bahasa melayu Sarawak dengan bahasa melayu baku.

"Alfalora, awak apa khabar?" [Bahasa Melayu Baku]
"Alfalora, kitak pa khabar?" [Bahasa Melayu Sarawak]

*kitak bermaksud awak.

fatyn pulak tanya perkataan "bye".. untuk makluman fatyn, seperti yang ejulz kata tadi sesetengah bahasa Sarawak ada kaitan dengan pengaruh penjajah Inggeris pada masa dulu. sebenarnya org Sarawak guna perkataan "bye" @"babai" bagi ucapan selamat tinggal. ejulz bagi contoh ayat:

"selamat tinggal fatin" [Bahasa Melayu Baku]
"bye fatin" [Bahasa Melayu Sarawak]

p/s: lebih kurang je kan bahasa melayu baku dengan bahasa melayu Sarawak.. senang je kan bahasa Sarawak.. 

my first happy birthday giveaway

thankz cikAyda 4 GA..


teRlebih dahulu ejulz nak ucap selamat menyambut hari lahir yg ke-21..
ejulz xde la kreatif sgt.. memang angan2 nak buat video n edit.. tp xreti sgt.. jadi ejulz pegi interiview beberapa pemain bola sepak yang sedang "panas" sekarang ni.. dan mintak di0rang wish  bday untuk cikAyda..



Pertama sekali ejulz jumpa Khairul Fahmie bersama aweknya.. heHe


then,

-
-
-
-
-
-
-
-

ejulz jumpa Safee Sali yg hangat diperkatakan akan berhijrah ke kelab luar negara..


dan yang paling mengharukan..

jeng je jeng.. ^_^

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
heHe.. terharu x terharu cikAyda.. C.Ronaldo boleh cakap bahasa Melayu.. haHa

-

ucapaN dari ejulz: ok. tHankz sekali lagi untuk cikAyda kerana bagi GA ni.. thankz jugak untuk cikAyda sebab sudi jadi kawan ejulz. wpun kita just jumpe on9 je, ejulz bersyukur sebab dapat kawan2 yg boleh berkongsi pendapat.. ejulz berharap agar sambutan hari lahir yang ke-21 ini akan membuat cikAyda menjadi seorang yang berjaya dan mengecapi segala azam yang diingini..

Selamat Hari Jadi.. Semoga Berbahagia Selalu dan Berjaya Dalam Apa Jua Yang Dihajati..



syarat-syarat nk join my first happy birthday giveaway adalah seperti berikot:



1- anda WAJIB follow blog livelaughloveofaida [done]

2- WAJIB like fanpage livelaughloveofaida [done]

3- WAJIB copy banner di atas dan linkkan ke entry ini. [done]
 
4- buat satu entry pasal GA ni,seperti kata2 ucapan,vidoe hepi besday atau sebagainya sempena besday saya..kira mcm wish laa..buat sekreatif yang mungkin.. [done]
 
5- tag 3 orang rakan anda lebih pown takpe. [done]



 
6- tinggalkan komen dan link entry anda pada comment box cikAyda..jangan lupa tinggalkan follower id sekali. [done]





tarikh tamat giveaway ni.

12 januari 2011



Mari belajar bahasa Sarawak - Part 1

Salam kengkawan,

arini ejulz nak kongsi sikit pasal bahasa sarawak.. ejulz nak buat entri kongsi bahasa sarawak sebab ramai kawan2 ejulz tanya n ingin nak belajar bahasa sarawak.. kat ofis pun ade gak kawan yang nak belajar bahasa sarawak.. adeii! dengar die cube cakap rasa nak gelak tp x sampai hati.. haHa

ok, for basic ejulz nak share word "kamek" @ "kameq"..


p/s: kal0 ade ape2 nak tanya maksud lam bahasa sarawak.. tanye je ejulz k.. ejulz akan buat entri special utk k0rang.. :)

Orang ikhlas tertindas?

Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…

Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…

Lalu di pagi Jumaat ini, saya tulis satu kisah lama… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?

Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak?

Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas…Amin.

Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah di pagi Jumaat yang barakah ini…

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.

“Mengapa?” balas saya.

“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”

Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

“Oh ramai encik…”

“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?”

“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.

“Maksud encik?”

“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”

“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”

“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”

“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”

“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”

“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’

“Pasti ada! Insya-Allah.”

“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”

“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”

“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”

“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”

“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”

“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.

“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”

“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”

“Kenapa?”

“Kita akan sakit jiwa!”

“Kenapa?”

“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.

“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”

“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Keje! Oh! keje!

Jam menunjukkan tepat 10.10 pagi.. dah puas berfoya2 kat kampung.. kat kampung ejulz betul2 tau.. bukan "kampung kameq".. kampung kameq boleh bawak mane2.. heHe. Ejulz akan meninggalkan kampung halaman n keluarga tercinta petang ni.. Mesti rindu dengan telatah anak buah. Umi, Zara n baby boy Furqan.. InsyaAllah balik lagi tahun depan ejulz akan dapat 2 lagi anak buah.. Waa dah makin berkembang keluarga ejulz ni.. hiHi. sebagai pakSu yang baik kene la layan anak buah dgn adil.. heHe. yang paling memeningkan ejulz sekarang ni bila time raya.. mak ai! bertambah laa budget duit raya nak bagi kat anak buah.. huHu

ai! cerita pasal raya pulak ejulz ni ek.. almaklum laa x sabar nak tunggu raya tahun ni nak balik kampung lagi insyaAllah.. petang ni nak naik "belon"(flight) pukul 4.05.. harap2 flight tak delay.. malas laa nak tunggu lama2 kat airport ni.. kalo tunggu kat rumah xpe la.. sampai pagi esok pun ejulz sanggup delay.. hiHi.. nak ponteng keje laa tu.. hiHi.

p/s: ok. kengkawan semua. doakan keselamatan ejulz ek.. bye.. salam

SEGMEN: I AM NUFFNANGERS

hye frenz,

assalamualaikum..

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nurana kerana sudi mengetag saya dalam segmen " I am Nuffnangers".heHe.. ayat agak poyo sikit.. huHu


soalan yag perlu dijawab..

kenapa saya suka nuffnang ?
pertama sekali, ejulz create ac blogspot ni sebenarnya nak kongsi segala pengetahuan @ info2 yang berguna kepada kawan2 selain ingin menambah kenalan di muka bumi yang fana ini. heHe. So, walaupun ejulz tahu yang nuffnang di boleh memberi pendapatan hasil dari iklan yang disiarkan di blog kita, ejulz x berminat pun nak papar. Tapi setelah hampir sebulan ejulz berblog ni, ejulz tgk blog kawan2 semuanya ada nuffnang. Ejulz tengok nuffnang ni dah macam cop "SIRIM" yg ada pada barangan elektrik yg diakui selamat digunakan. Jadi, bila tgk semua blog kawan2 ada cop sirim (nuffnang), ejulz rasa macam blog ejulz x selamat digunakan kalau xde nuffnang..heHe. camtu laah nak dijadikan cerita..
ape yg ejulz suka pasal nuffnang? ok. wpun ac nuffnang ejulz RM0.25 je sampai sekarang ejulz x salahkan nuffnang kerana x bagi lebih sebab blog ejulz baru lagi.. dan banyak yang ejulz perlu pelajari dan perbaiki dalam warna warni kehidupan pemblogger ni.. heHe..Ejulz perlu perbaiki cara penulisan agar ramai pengunjung2 beristirehat di blog ejulz.. Ejulz juga tetap puji pengurusan nuffnang diatas inisiatif untuk membantu para blogger untuk menjana pendapatan terutama yang menganggur.
3 pemblogger idaman hati kali ni adalah:

jeng je jeng......


Sekian, luahan hati ejulz.. heHe :P

Kenapa macam x dapat komen?

Malam tadi ejulz blog walking dan cuba komen tapi tak dapat.. Blog tengah ada masalah ker sekarang ni?