*Ktk, maafkan kmk sbb msh xpat lupakkan ktk. Tapi ktk iboh bingong, kmk xkan kaco ktk. Kmk tauk ktk xkan pernah ngga blog tok gik. Ktk xkan ngga benda2 yg ada kaitan dgn kmk. Tapi kmk harap Mr.Sugar akan teman ktk sampei bila2. Kmk tauk aritok(12/2/13), dah 8 bulan ktk ngan nya. 12.6.12, kacak tarikh ya.
Tuesday, 12 February 2013
Monday, 11 February 2013
Saturday, 9 February 2013
Pengomen Tegar Januari 2013
10 pengomen paling tegar kat blog ejulz ni adalah... jeng jeng jeng.. hehe
Tempat ke-10 jatuh kepada,
Tempat ke-9,
Tempat ke-8,
Tempat ke-7,
Tempat ke-6,
Tempat ke-5,
Tempat ke-4,
Tempat ke-3,
Tempat ke-2,
Dan yang paling tegarrr jatuh kepada.... hehehe
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Terima kasih atas nasihat yang diberikan kpd ejulz. ejulz amat menghargai semua tu..
Terjahlah blog diorang ni k.. :)
Siapakah pengomen tegar bagi bulan Februari..? hehe.. Tungguuuu! ^_^
9.2.2013
"Perkara yang amat mudah dalam kehidupan ni adalah mencari seseorang untuk diCINTAi. Perkara yang amat sukar dalam kehidupan pula adalah mencari seseorang yang menCINTAi kita juga sepenuh hati.." ♥
-EJulz
*9/2/2013 - Aritok sepatutnya dah setahun 8 bulan. Tapi yang kmk dapat hitung aritok just 10 bulan 12 hari. Kmk x sangka perlu berakhir camtok. Kmk harap ktk sntiasa gembira d cnun si gule. Niat kmk nak smbut bday ktk bln 3 klk x ksampaian. Kmk tauk mesti someone ya akan polah special utk ktk. Kmk harap Mr. Sugar sntiasa ada di sisi ktk.
Friday, 8 February 2013
Kisah 1 : Meraikan Jemaah Syurga
“Kami tidak mengganggu orang.
Mengapa orang mahu marah-marah kepada kami?” kata seorang remaja yang ditegur
oleh lelaki berusia.
“Daripada kamu berdua duduk di
tangga ini mengira masa dan memerhatikan orang, lebih baik kamu berada di
perpustakaan, di rumah, ataupun di surau.” Lelaki berusia itu masih belum mahu
mengalah.
Kata orang muda perlu
disanggah dengan kebenaran. Biar mereka jelas dan tahu seawalnya, sebelum
mereka menjadi orang tua. Itu falsafah meluruskan orang, cara lelaki berusia.
Dua remaja itu tidak
mengendahkan kata-kata lelaki itu. Lalu, ditinggalkan tempat itu dan mencari
tempat lain. Esok adalah tahun baru, sudah tentu mereka mahu meraikan tahun
baru di luar. Mereka melihat sambutan tahun baru lebih menggembirakan apabila
bersama teman-teman.
Remaja itu mendengus marah
apabila memikirkan nasihat percuma yang diterimanya. “Biar jauh daripada radio
bocor yang tidak berhenti menyanyikan lagu nasihat di telinganya,” katanya
kepada diri sendiri bagi meredakan amarah.
Lelaki berusia itu
memerhatikan dua remaja itu melintasi jalan. Sebelum beredar, dia sempat
berkata dengan suara yang kuat, “Jangan membazir masa, wajah muda kamu itu
semakin tua setiap kali kamu berjalan!”
Mereka tidak pergi jauh. Dia
hanya melintasi jalan dua hala, menuju kebahagian berhampiran sungai. Di situ,
terdapat orang yang menjual makanan dan minuman ringan. Petang-petang sebegini
adalah waktu lapar dan dahaga kepada mereka yang baru pulang dari pejabat.
Turun sahaja daripada pengangkutan awam, mereka menuju ke seberang jalan satu
lagi, bagi menukar kenderaan awam yang lain. Semua ini dilakukan bagi
mengelakkan kesesakan.
Dua remaja itu memerhatikan
gelagat manusia yang mundar-mandir di hadapan mereka. Lelaki, perempuan, muda,
dan tua, semua berubah-ubah wajah pada pandangan mata. Mata mereka terhenti
kepada lelaki yang tersenyum dan memandang.
Mereka sudah mula rasa tidak
selesa.
“Ini seorang lagi penceramah
yang mahu memberi nasihat. Radio bocor sudah beransur. Kali ini apa pula?”
katanya.
Rakannya sudah mengibas-ngibas
seluar dan berdiri, “Sebentar lagi, kita mendengar alunan kompang di telinga.
Ayuh beransur.”
Lelaki itu semakin hampir ke
arah mereka yang sudah bersedia bangun dari anak tangga yang diduduki. Mereka
mengalihkan pandangan daripada lelaki itu.
“Ada hadiah untuk kamu
berdua.” Lelaki itu menghulurkan sesuatu kepada mereka.
Remaja itu kemudiannya
berbisik di telinga rakannya, “Duduk di tangga pun dapat hadiahkah?” soalnya
sambil mata menjeling kea rah hadiah yang berasda di tangan lelaki itu.
Mereka tidak jadi melangkah
dari tempat itu. Ini bukan satu lagi radio bocor yang mereka perlu dengar.
Lelaki itu menghulurkan dua keeping kad bertulis calendar tahun baru.
Lelaki itu tidak lama di situ,
kad yang dihulur disambut oleh mereka berdua. Tidak lama kemudian, kedua-duanya
duduk kembali di tangga yang tidak putus dinaiki orang ramai.
“Sekadar calendar, buang
sahaja. Bukan kupon diskaun makanan segera,” kata seorang daripada mereka.
Manakala, seorang lagi membelek tulisan di belakang kad calendar tahun baru
itu.
Dia berkata kepada rakannya,
“Kad ini tidak boleh dibuang, perlu disimpan.”
Rakannya hairan dan bertanya,
“Mengapa tidak?”
“Sudahkah kamu membaca ayat di
belakang kad itu?”
Dia melihat tulisan di
belakang kad. Lalu membacakan perlahan-lahan.
Ada orang merindui kamu,
Walau dia tidak pernah bertemu,
Kerana cinta dan kasihnya kepadamu,
Lalu, dia menyatakan rindu,
Dia bertanya di mana kamu,
Itu rindu Nabi Muhammad kepada dirimu,
Di hadapan sahabat-sahabat agung,
Dirimu masih menjadi sebutan di
bibirnya,
Ada orang jauh menunggu dekat,
Mahu bertemu diri yang satu,
Jemaah syurga, itu adalah kamu.
Kedua-dua remaja saling
berpandangan, melihat kad calendar tahun baru yang mereka terima daripada
pemuda yang entah dari mana datangnya. Kad calendar itu menjadi mesej dalam
diam kepada mereka.
“Ayuh kita berubah ke tempat
lain. Keadaan di sini sudah semakin sesak,” ajak rakannya.
Rakan bertanya, “Kita mahu ke
mana?”
“Ke tempat mereka yang
mengalu-alukan kita menjadi Jemaah syurga, walaupun mereka tidak kenal kita,”
balasnya.
Copy dari buku:
SMILE
Skil.Motivasi.Inspirasi.Luar
Biasa.Elegan
Irma
Hasmie & Zamri Mohamad
*Harap kita semua dapat ambil iktibar dari cerita ni.. ^_^
Tuesday, 5 February 2013
J.A.N.J.I
"Orang yang mudah berjanji biasanya sukar untuk mengotakannya. Tapi orang yang sukar berjanji selalunya mudah untuk mengotakan janjinya.." ♥
Setuju? ^_^
-EJulz
*Alhamdulillah, malam tadi pegi kelas pengajian alquran untuk peringkat dewasa. Ramai gak golongan pakcik2 pegi kelas tu. Sebagai orang baru rasa segan pulak. Tapi kuatkan jugak semangat sebab nak dpt ilmu. Bukan apa, ejulz lemah sangat bab2 tajwid. hehe
Saturday, 2 February 2013
Tahniah
Tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat orang yang kita sayang gembira dan berjaya..
"Bunga untuk awak.."
*Si gule, kmk bok tauk ktk dpt dekan sem 1. Tahniah ktk. Mun dlok mesti kmk org pertama tauk nak owh. Kmk rindu saat ya.. Kmk teringin nak hadiahkn ktk bunga di atas kejayaan ktk ya.. Dr dlok gik kmk nak adiahkan ktk bunga tp x bkesempatan.. maafkan kmk..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kenapa macam x dapat komen?
Malam tadi ejulz blog walking dan cuba komen tapi tak dapat.. Blog tengah ada masalah ker sekarang ni?
-
Kali ini ejulz nak buat satu segmen bertajuk “SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja Partime Dari EJULZ” Tujuan utama ejulz mengadakan se...
-
Sejarah 2008 berulang?!! ape yg berulang? heHe.. xde apa pun, cuma ejulz arini sampai ofis seawal 7.15 pagi.. Kalau dulu2 (2008) memang dah ...
-
Syarat2 Penyertaan Giveaway by ejulz & wafacw 1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja; 2. Buat satu entri bertajuk ...









