Thursday 6 November 2014

Kerana cinta bertepuk sebelah tangan, sanggup FITNAH

Dahulu kehadiran Si Gule menjadi penyeri hidup Afan. Perkenalan dengannya membuatkan Afan begitu bahagia. Sanggup susah bersama, senang bersama. Merancang untuk 'mengikat' perhubungan dalam masa terdekat. Penerimaan keluarganya juga membuatkan Afan nekad untuk membahagiakannya. Sehinggalah kehadiran orang ketiga. Kebahagiaan hilang sekelip mata. Tanpa salah dan silap hati telah didua. Bagaikan hilang punca, hidup seperti tak bermakna.

Di dalam kesedihan, Si Lala muncul memberi semangat dan motivasi. Dalam nasihatnya, Afan dapat rasakan dia menaruh harapan padanya. Tapi Afan berterus terang padanya yang di hati Afan masih ada Si Gule. Afan tidak mahu memberi harapan palsu padanya, lebih2 lagi mengecewakan orang yang baik pada Afan. Memberi nasihat dan motivasi. Sentiasa ada mendengar rintihan hati yang tenat disakiti.

Sehinggalah suatu hari, kasih sayang Afan pada Si Gule disalah erti. Afan yang terlalu mengambil berat akan Si Gule dikatakan mengganggu kehidupan Si Gule. Disaat itu Afan mengambil keputusan membiarkan Si Gule dengan kebahagiaannya. Tapi di hatinya masih belum dapat melupakan Si Gule. Dalam masa yang sama Afan melihat keikhlasan Si Lala yang selalu ada di masa sedihnya. Mula membuka hatinya untuk menerima orang yang ikhlas dan menerimanya seadanya. Sejak itu, Afan sudah boleh menerima hakikat yang Si Gule bukan miliknya dan Si Lala adalah kebahagiaannya.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Akhirnya, mereka merancang untuk 'mengikat' perhubungan. Tapi sekali lagi muncul orang ketiga untuk mengganggu perhubungan. Sanggup memfitnah yang dia ada hubungan bersama Si Lala. Afan amat kenal pada kejujuran Si Lala dan amat mempercayainya.


_________________________________________________________________

* Kenapa dalam hubungan mesti ada orang ketiga yang akan menjadi penghalang?
* Kenapa ada orang sanggup menabur fitnah untuk mendapatkan orang yang dia sayang?
* Sudah tidak takutkah pada Si PENCIPTA dengan fitnah yang ditaburkan?





#Ya Allah, jika jodoh Afan dan Si Lala maka lindungilah mereka.. Amin.



5 comments:

  1. Boh sedih gilak dik...segak jak nasihat cik akak...ikhlas menyintai dia Kerana Allah...insyaAllah...walaupun pelbagai halangan dan dugaan andai dia jodoh dik...pasti akan bersama akhirnya

    ReplyDelete
  2. Sabar jak ngan orang kedak ya. Ada hikmah jwak benda tok terjadi. Hope Afan ngan Lala dapat bersatu.

    ReplyDelete
  3. adalah hikmah ya ejul...plan yg terbaik datangnya drpd si Pencipta..plan manusia xkan dapat lawan..

    ReplyDelete

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...