Thursday, 4 March 2021

Cerita tengtang Katak Kecil

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil, yang berlumba-lumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta.

Perlumbaan pun dimulakan. Secara jujur. Tak satupun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara. Terdengar ada yang berkata : "Oh, jalannya terlalu susahhhhh!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak." Ada juga yang berkata : "Tidak ada kesempatan untuk mereka berjaya sebab menaranya terlalu tinggi".

Katak-katak kecil mulai jatuh satu persatu kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi. 

Penonton terus bersorak dan berkata : "Terlalu susah!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!!". Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah. Tapi ada satu yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi. Dia tak mahu menyerah kalah.

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. kecuali seekor katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang BERJAYA sampai KE PUNCAK.

Semua katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya. Seekor peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?

Rupa-rupanya katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!  

Nasihat dari cerita ini adalah:

Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis kerana mereka akan membuatkan anda menjadi lemah untuk mencapai cita-cita.

Selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada kerana segala sesuatu yang anda dengar dan anda baca boleh mempengaruhi perilaku anda.

Kerana itu, selalulah tetap POSITIF!

Dan yang terpenting, bersikap PEKAK jika ada orang mengatakan bahawa anda tidak boleh mencapai cita-cita anda.

Selalulah berfikir, AKU BOLEH BUAT!

 

 

 

 



10 comments:

  1. kena highlight baru leh baca sbb gelap haha

    ReplyDelete
  2. bagus ceritanya kak nk kongsi ya tksh

    ReplyDelete
  3. itulah kadang apa yang orang lain katakan tu bukan jd pendorong tapi jadikan kita negatif dan takut mencuba

    ReplyDelete
  4. ade msalah teknikal ke..tulisanw arna hitam..tak nampak ejul

    ReplyDelete
  5. Betul, kena selalu think positif and abaikan negative vibes

    ReplyDelete
  6. SInggah sini Ejulz,
    btw jemput join GA shida ya jika kelapangan :)
    https://www.shidaradzuan.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete
  7. Kena positif dn yakin diri kan ejulz.

    Perenggan ke 4 mula gelap x boleh nampak sangat ejulz. 3 yg atas terang

    ReplyDelete
  8. Hai ejulz. Lama dah rabia tak singgah sini

    ReplyDelete