Thursday, 13 October 2016

Tafsir Al-Quran (Surah Al-Baqarah ayat 1-5)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.

1.  Alif Lam Mim. (4)
2. Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,(5)
3. (Iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan(6) sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka,
4. dan mereka yang beriman kepada (al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau,(7) dan mereka yakin akan adanya hari akhirat.'
5. Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

(4) Beberapa surah dalam al-Quran dibuka dengan huruf abjad seperti Alif Lam Mim, Alif Lam Ra, dan sebagainya. Makna huruf-huruf itu hanya Allah yang tahu. Ada yang berpendapat bahawa hurf-huruf itu adalah nama surah dan ada pula yang berpendapat bahawa ia dugunakan untuk menarik perhatian, atau untuk mengisyaratkan bahawa al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab yang tersusun daripada huruf-huruf abjad tersebut.
(5) Takwa iaitu mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.
(6) Pengertian menginfakkan harta di jalan Allah meliputi pelaburan untuk keperluan jihad, pembangunan perguruan, hospital, penyelidikan ilmiah, dan lain-lain.
(7) Yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW. ialah Taurat, Zabur, Injil, dan Suhuf-suhuf (lembaran-lembaran) yang tidak seperti kitab.


Solat sebagai Tiang Agama (QS Al-Baqarah, 2:3)

Hadis Nabawi
Dari Mu'az bin Jabal r.a, ia berkata, "Saya pernah bersama Nabi SAW dalam suatu perjalanan. Suatu pagi, saya berada dekat dengan baginda, saya berkata, 'Wahai Rasulullah, khabarkanlah kepadaku tentang suatu amal yang akan memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku dari neraka. "Baginda menjawab, 'Kamu telah menanyakan kepadaku tentang perkara yang besar, meskipun sungguh ia merupakan perkara ringan bagi orang yang telah dijadikan Allah ringan. Amalan itu adalah kamu beribadah kepada Allah dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, kemudian berhaji ke Baitullah." Lantas baginda bersabda, 'Mahukah saya tunjukkan kepadamu pntu-pintu kebaikan? Amalan itu adalah puasa, puasa adalah perisai sedekah akan menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan solat seorang lelaki pada pertengahan malam." Lalu baginda bersabda lagi, 'Mahukah aku tunjukkan kepadamu pokok agama, tiangnya dan puncaknya?' Saya menjawab, 'Ya, wahai Rasulullah'. Baginda bersabda 'Pokok agama adalah Islam, tiangnya adalah solat, sedangkan puncaknya adalah jihad'. (Hadis Riwayat At-Tirmizi, Sunan At-Tirmizi, Juz 5, No. Hadis, 2616, 1397H/1977M: 11-12)











Tafsir Al-Quran (Surah Al-Fatihah)

1. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.
3. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
4. Pemilik hari pembalasan.(1)
5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.(2)
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) orang-orang yang sesat.(3)

(1) Yaumiddin (hari pembalasan), hari ketika manusia menerima pembalasan daripada amalannya, sama ada baik atau buruk. Disebut juga sebagai yaumul  qiyamah, yaumul hisab, dan sebagainya.
(2) Jalan yang lurus, iaitu jalan hidup yang benar, yang dapat membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
(3) Mereka yang dimurkai, adalah mereka yang sengaja menentang ajaran Islam. Mereka yang sesat adalah mereka yang sengaja mengambil jalan lain selain daripada ajaran Islam.

Keutamaan Membaca Al-Fatihah dalam Solat (QS Al-Fatihah, 1: 1-7)

Hadis Qudsi
Abu Hurairah r.a berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,  "Allah berfirman 'Aku membahagi solat antara Aku dengan hamba-Ku, dan hamba-Ku mendapatkan sesuatu yang dia pinta. Apabila seorang hamba berkata, (Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam) maka Allah berkata, 'HambaKu memuji-Ku'. Apabila hamba tersebut mengucapkan, (Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang). Allah berkata, 'Hamba-Ku memuji-Ku'. Apabila hamba tersebut mengucapkan, (Pemilik hari pembalasan). Allah berkata, 'Hamba-Ku memuji-Ku'. Seterusnya Dia berfirman, 'Hamba-Ku menyerahkan urusannya kepada-Ku'. Apabila hamba tersebut mengucapkan, (Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan) Allah berkata, 'Ini adalah antara Aku dengan hamba-Ku. Dan hamba-Ku mendapatkan sesuatu yang dia minta'. Apabila hamba tersebut mengucapkan, (Tunjukilah kami jalan yang lurus,, (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat). Allah berkata, 'Ini untuk hamba-Ku, dan hamba-Ku mendapatkan apa yang dia minta." (Hadis Riwayat Muslim, Sahih Muslim, Jus 2, No. Hadis 807:9)



#Ejulz bukanlah seorang yang pandai dan berilmu. sekadar taip semula dari tafsir Al-Quran. Harap perkongsian ini berguna dan bermanfaat ketika ejulz di 'sana' kelak. Insyaallah..


Tuesday, 4 October 2016

Mari belajar bahasa Sarawak - Part 15

Assalam dan salam sejahtera..

Lama dah rasanya ejulz dah tak kongsi bahasa Sarawak ni.. Nak baca yang lain2 boleh klik SINI k..


Kali ni ejulz nak kongsi perkataan  "JERIT"

Jerit dalam bahasa Sarawak adalah "NERAIS"



Harap bermanfaat kepada semua.. Tak dapat banyak, sikit pun ok kan? Sikit2 lama2 jadi bukit.. hehe.. Ada tengok cerita bibik-bibikku di TV3? Boleh faham x bahasa Sarawak dalam cerita tu? hehe..


Sudi2 la like page ejulz k ---> https://www.facebook.com/EjulzBlogshop/






Thursday, 29 September 2016

Alkisah kipas


Tanpa kipas, hidup tak tenteram.


*Nak testing post gambar sebenarnya.. hehe



Wednesday, 28 September 2016

Boring x dapat update blog dengan gambar

Assalam..

Lama jugak rasanya dh x update blog sejak xda laptop. Laptop wife pun dia bawa pegi kje. Ermmm. Kalau update guna phone mcm ssh nk letak gambar kat entry.. bosan. Ada ker app yg mudah utk kita post new entry bserta gambar?

Nak iklan jugak.. hehe. Kalau nak beli minyak angin aromaterapi yang wangi tu boleh pm ejulz k. Tq ^_^

PELBAGAI KEGUNAAN

1. SAKIT KEPALA & STRESS

Melegakan sakit kepala, migrain dan stress.​

Boleh digunakan sebagai terapi minda dengan bau-bauan aromatherapy yang menyegarkan dan menenangkan.

2. SAKIT & SENGAL OTOT

Mampu kendurkan otot yang tegang, melegakan sakit sendi dan lenguh-lenguh badan terutamanya di kawasan betis, lengan, bahu, pinggang dan kaki.

Bagus untuk mereka yang aktif bekerja atau bersukan. Boleh digunakan sebelum dan selepas melakukan aktiviti lasak.

3. MABUK, MENGANTUK DAN STRESS PERJALANAN

Mudah mabuk dan mengantuk ketika dalam perjalanan jauh?

Cepat stress disebabkan kesesakan lalulintas dan gaya pemanduan?

FreshCare adalah pilihan terbaik anda! Peneman setia anda sepanjang perjalanan.

4. SAKIT & KEMBUNG PERUT / SENGGUGUT

Mampu membantu mengurangkan sakit ketika perut masuk angin ataupun senggugut. Setiap wanita harus milikinya!

Boleh digunakan untuk anak-anak yang mengalami kembung perut tetapi perlulah dalam pengawasan ibubapa.

5. GIGITAN SERANGGA

Boleh membantu melegakan kegatalan akibat dari gigitan serangga seperti nyamuk.

Hanya sedikit sapuan dan kegatalan hilang!

Dapatkan harga borong dengan segera..

Whatsapp FRESH CARE ke 0168500565
Whatsapp FRESH CARE ke 0168500565
Whatsapp FRESH CARE ke 0168500565

Like page kami ---> https://m.facebook.com/EjulzBlogshop/

Thursday, 1 September 2016

Minyak Angin Aromaterapi

Kami menjual pelbagai jenis Minyak Angin Aromaterapi. Ada 3 jenama semuanya..

1. #SafeCare
2. #Javaspa
3. #FreshCare

FRESH CARE ada 10 jenis aroma/bau:
1. Lavender
2. Citrus
3. Sports
4. Hot/Strong
5. Splash Fruity
6. Sandal Wood
7. Green Tea
8. Teen Happy Cherry
9. Teen Bubbble Gum
10. Teen Passion Fruit

* Bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana-mana.
* Pelbagai jenis aroma yg harum dan menyegarkan.

Whatsapp 0168500565
Whatsapp 0168500565
Whatsapp 0168500565

https://m.facebook.com/EjulzBlogshop/

Kenapa macam x dapat komen?

Malam tadi ejulz blog walking dan cuba komen tapi tak dapat.. Blog tengah ada masalah ker sekarang ni?