Hujung minggu lepas ejulz dan keluarga balik kampung untuk menghadiri majlis tahlil hari ke 100 arwah abang ipar ejulz. Syukur alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dalam kesederhanaan. Apa yang penting adalah doa kepada arwah.
Semalam balik dari kampung, macam biasa rileks2 depan tv. Buka je tv astro tak dapat. Kat skrin tv terpapar " Please insert the correct Astro Smart Card with the arrow facing up (S2)". Ejulz pun cubalah buka kad n cuci sikit kat cip guna kain tapi masih tak dapat.
Jadi ejulz terus call pihak astro untuk bantuan. Macam biasa kene la layan minah operator dulu.. Tekan 1 untuk bahasa english, tekan 2 untuk bahasa melayu, bla bla bla.. hehe. Boleh tahan juga la menunggu. Menunggu dengan penuh kesabaran.. hehehe.. Bila dah dapat disambungkan, alhamdulillah operator dapat membantu menyelesaikan masalah. Beliau juga memberi link melalui sms. Terbaik link ni kalau ada masalah teknikal akaun astro kita.
Harap dapat membantu sekiranya ada masalah astro.. ^_^