Sunday, 13 February 2011

Pesta W0W PUTRAJAYA!!

Penat! Agak penat sedikit minggu ni sebab diisi dengan program "Pesta WOW Putrajaya"..

Bermula Jumaat malam, ejulz pergi ke pusat kejiranan presint 11 untuk cabutan undi dan mendengar taklimat dari urusetia program berkenaan pertandingan futsal yang kitorang join. Lepas cabutan undi sibuk call / sms kawan2 pasal pertandingan futsal tersebut. Banyak perkara yang perlu dibincangkan. Jadi pengurus pasukan bukanlah semudah yang disangka.. Susah wooo!! Banyak konflik dan perkara yang perlu diuruskan. Alhamdulillah, akhirnya berjalan lancar..

Pagi sabtu bangun seawal pukul 6.00 pagi. Macam nak pergi ofis pulak.. heHe. Lepas bersiap2, ejulz n geng pergi mengisi kekosongan perut di kedai mamak kembar. Selepas mengisi ape yg patut n menambahkan tenaga di kedai mamak, kami ke tempat pertandingan. Pertandingan dijalankan di Komplek Futsal, Presint 18. Bila sampai di tempat pertandingan, ejulz membuat pendaftaran pasukan CPK@1 FC. Pasukan kitorang dijadualkan menentang pasukan KAWIP A, GOLD COBRA dan K.C JUNIOR.

Perlawanan pertama menentang pasukan KAWIP A. Setelah bertungkus lumus menyerang kubu lawan, akhirnya pasukan mengambil kesempatan membuat counter attack dan membuat kealpaan defend CPK@1 FC dan menyebabkan jaringan sendiri. Dan akhirnya kami tewas dengan gol 0 -1.

Perlawanan kedua menaikkan semangat kitorang untuk meneruskan perlawanan. Dengan semangat yang kental pemain CPK@1 FC bermain mati-matian untuk memastikan kemenangan dan ke peringkat seterusnya. Dengan semangat yang kental tersebut akhirnya CPK@1 FC menang 3 - 1 hasil jaringan bro_monday, bolox dan mamat.

Seterusnya kami perlu menang menentang KC FC untuk ke peringkat seterusnya. Dengan kekuatan dan semangat kedua-dua pasukan bagi merebut tempat ke peringkat seterusnya, serangan demi serangan dilakukan oleh kedua-dua pasukan. CPK@1 FC mendahului dengan 1 gol. Dan KC FC menyamakan kedudukan disaat-saat akhir. Dan akhirnya keputusan seri dan pasukan kitorang, CPK@1 FC tidak layak ke peringkat seterusnya dengan berkongsi 6 mata bersama KC FC tetapi berbeza jaringan bolos sebanyak 1 gol.

Selepas perlawanan kitorang lepak di kedai mamak ali cafe. Minum2 dan makan selepas menghabiskan tenaga bermati-matian dalam perlawanan tersebut. Selepas tu, rehat kat rumah. Lepas rehat kejap, berkemas nak ke pesta WOW Putrajaya..  Macam2 aktiviti yg dijalankan di situ. Artis pun ramai yg datang. Antara yang kelihatan pada petang tu adalah Mila AF, Ifa Raziah dan Ramlah Ram. Jalan-jalan kat situ hinggalah malam.

Malam pulak ada konsert dan artis jemputan kebanyakannya otai2 rock. Ejulz n geng pun lepak la sampai konsert abis. Antara artis jemputan adalah Mila AF, kumpulan Hujan, Ramli Sarip, Awie, Amy Serch n Ella. Persembahan malam tu memang antara yang terbaik yg ejulz pernah tengok.. Rock giler!!! heHe.

Diharap pada tahun2 akan datang, pesta sebegini diteruskan terutamanya pertandingan futsal.. heHe..

2 comments:

  1. yup.. duk putrajy.. bdiri putrajy.. meniarap, mencangkung semua kat putrjy.. heHe

    ReplyDelete

Harap ada rezeki kali ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger. Lama rasanya dah tak update sini. Alhamdulillah setelah 10 tahun mencuba, dapat p...