*Menghilangkan Kesedihan dan Menyuntik Motivasi
Kembalilah kepada Allah, serulah NamaNya.
"Semua yang ada di langit dan bumi selalu meminta kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan."[Surah ar-Rahman : a
yat 29]
Apabila musibah menimpa manusia, perhaikan, mereka akan menyeru nama Tuhan. Itulah suara hati atau fitrah atau naluri keimanan. Maka apabila anda ditimpa musibah atau tragedi yang dahsyat, anda buntu mencari jalan keluar dari kemelut hidup, atau sesak nafas bila dihimpit tekanan hidup, maka sebutlah nama Allah, memohonlah kepadaNya dan serulah namaNya. Di kala itu, terhapuslah KESEDIHAN dan mengalirlah KETENANGAN dan KEDAMAIAN.
Syair Arab : Ku ingat akan Engkau saat alam begitu gelap gelita dan wajah zaman brlumurah DEBU HITAM. Ku sebut namaMu di saat fajar menyinsing dan fajar pun merekah seraya menebarlah senyuman nan indah.
Karya Asas : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni
Susunan : Tuan Hassan Tuan Lah
Monday, 28 January 2013
Sunday, 27 January 2013
Musim Demam..
Pagi tadi rasa berat2 kepala.. Lepas zohor makin jadi rasa berat kepala. Selalu kalau bawak tidur mmg berpeluh laa. lebih2 lagi tidur tutup kipas n guna selimut tebal.. Tapi bila bangun tidur masih xde peluh. Inikah ujianMu Ya Allah? Kuatkanlah hambaMu ini.
*Si gule, mun ktk ada mesti ktk bnyk berik ikhtiar ngan kmk.. kmk rindu saat ya.. kmk rindu ktk.. 9 Bulan 30 hari dah aritok.. Esok genap 10 Bulan. Kmk terlalu rindukn ktk.. kmk tauk ktk xkan baca blog tok sbb kmk dah xda pa2 di ati ktk. maafkan kmk..
Kisah 2 : Menguji Tuhan
Kisah 2 : Menguji Tuhan
Ketika Nabi Isa a.s. berdiri di atas puncak sebuah gunung, ibis datang kepadanya dan berkata, "Bukankah engkau mengatakan bahawa, jika Allah s.w.t menghendaki kematian kepada seseorang manusia, pasti ia akan terjadi?"
"Ya, benar sekali," jawab Nabi Isa a.s.
Iblis berkata lagi,"Jika Allah s.w.t tidak menghendaki?"
"Tidak akan terjadi," jawab Nabi Isa a.s.
Iblis cuba mencabar,"Jika begitu, cuba engkau jatuhkan dirimu di atas gunung ini. Jika Allah s.w.t menghendaki kematian kepadamu, nescaya kamu akan mati. Jika tidak menghendakinya, pasti kamu akan selamat."
Nabi Isa a.s. menjawab, " Kamu adalah iblis yang jauh daripada rahmah Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t yang dapat menguji hamba-Nya, dan bukan hamba yang menguji-Nya!"
Klik sini untuk kisah yang sebelumnya.. >>
_________________________________________________________________
Apa yang dapat kita ambik ikhtibar dari kisah ini adalah Allah s.w.t akan sentiasa menguji hambaNya yang Dia sayang. Semua ujian yang kita tempuhi adalah datang dari Allah s.w.t melalui 'Alam' yakni apa yang selain dari Allah s.w.t seperti manusia, makhluk2 lain, dan sebagainya.
27.01.13 - *Alhamdulillah diberi kesempatan solat subuh berjemaah di Masjid Putra dan pertama kali dengar kuliah subuh kat sana setelah hampir 6 tahun duduk Putrajaya. Syukur..
27.01.13 - *Alhamdulillah diberi kesempatan solat subuh berjemaah di Masjid Putra dan pertama kali dengar kuliah subuh kat sana setelah hampir 6 tahun duduk Putrajaya. Syukur..
Wednesday, 23 January 2013
OMBAK PANTAI
*Kadang2 kmk msh ttnyak2.. knk ktk polah kmk camya? dlm palak just ada cgek jwpn jak.. "Maafkan kmk sbb xdpt bhagiakan ktk"
Monday, 21 January 2013
Sunday, 20 January 2013
Saturday, 19 January 2013
Tolong like kalau sudi.. ^_^
Salam. apa khabar semua? harap sihat.. Ejulz dah kekurangan idea nak update.. hehe. Hari ni just nak share page baru ejulz. Kalau sudi boleh la like k.. hehe. kalau nak like klik gmbar baby kat atas ni.. :) tq..
*Aritok 19/1.. 2 bulan gik bday ktk.. hepy slalu k..
Wednesday, 16 January 2013
Top 10 Pengomen teGar 2012
Senarai pengomen tegar blog ejulz yang x seberapa ni pada tahun 2012.. :)
No.1, Terima kasih kak ieda sebab sudi komen n banyak bagi nasihat kat ejulz.
No.2, Terima kasih Ayu.. :)
No.3, Sweety Honesty aka Cikgu dayang.. lama dah x nampak dia.. link pun dah hilang..
No.4, Elyna Mirsada yang sibuk dengan examnya.. hehe
No.5, Aini n_ar budak Sibu. makseh dik.. :)
No.6, Khaty Tuah novelist Cahaya Qaseh.. sikit g nak abis baca novel ni.. hehe :)
No.7, Nurul Husna.. thanks yer.. hehe
No.8, bro Hanif Idrus.. thanks sudi komen.. :)
No.9, Ir Yien.. lama dah IrYien x update.. sibuk keje katanya.. hehe
No.10, Cik Rongoks.. thanks ika, jgn stress2 ngan kerja k.. hehe
*Sekali lagi TERIMA KASIH ek.. ^_^
Kisah 1 : Keadilan Tuhan
Kisah 1 : Keadilan Tuhan
Antara munajat Nabi Musa a.s. kepada Allah s.w.t di Bukit Tursina ialah, "Ya Allah, tunjukkanlah keadilan-Mu kepadaku."
Allah s.w.t berfirman kepadanya, "Jika Aku menampakkan keadilan-Ku kepadamu, engkau tidak akan dapat bersabar dan tergesa-gesa menyalahkan-Ku."
Nabi Musa a.s. berkata, "Dengan taufik daripada-Mu, aku akan dapat bersabar menerima dan menyaksikan keadilan-Mu."
Allah s.w.t berfirman, "Pergilah engkau ke tempat yang ada mata air. Bersembunyilah di tempat tersebut dan saksikanlah apa yang akan terjadi."
Nabi Musa a.s. pergi ke tempat yang ditunjukkan. Baginda naik ke atas bukit dan bersembunyi sambil memerhatikan sesuatu yang dijanjikan Allah s.w.t.
Tidak lama kemudian, datang seorang penunggang kuda. Dia turun dari kudanya, kemudian berwuduk dan meminum air dari mata air tersebut. Kemudiannya dia bersolat dan meletakkan satu karung berisi 1000 dinar di tepinya. Selepas itu, dia pergi dengan terburu-buru sehingga terlupa karungnya.
Tidak lama selepas itu, datang seorang anak kecil. Dia meminum air dan melihat karung yang ditinggalkan. Dia mengambilnya dan terus pergi dari tempat itu.
Selepas itu, datang pula seorang lelaki buta. Dia minum dan berwuduk, lalu bersolat. Selepas menunaikan solat dan bersiap hendak pergi, tiba-tiba lelaki penunggang kuda tadi datang kembali.
Dia berkata kepada lelaki buta, "Kamu telah mengambil karungku yang berisi dinar di sini."
Lelaki buta terkejut dan berkata, "Bagaimana aku boleh mengambil karung tersebut sedangkan aku tidak boleh melihat?"
Penunggang kuda tetap berkeras, "Kamu jangan bohong kerana tidak ada orang lain selain kamu di sini."
Lelaki buta menjawab, "Betul, hanya aku di sini. Tetapi kamu sendiri tahu aku tidak boleh melihat."
Penunggang kuda meninggikan suaranya, "Mengambil karung tidak semestinya dengan mata, tangan pun boleh melakukannya!"
Oleh sebab terlalu marah, dia membunuh lelaki buta tersebut. Selepas itu, dia cuba mencari-cari karung pada badan lelaki buta, tetapi tidak menjumpainya. Dia pun berlalu dan meninggalkan mayat lelaki buta di situ.
Selepas melihat kejadian tersebut, Nabi Musa a.s. berkata, "Ya Allah, memang benar kata-Mu, ia benar-benar menguji kesabaranku. Namun, aku yakin sesungguhnya Engkau Maha Adil."
Selepas itu, Jibril a.s. datang dan berkata, "Allah s.w.t memerintahkan aku agar menyampaikan penjelasan-Nya kepadamu. Dia mengatakan bahawa Dialah yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib yang engkau tidak ketahui. Dia menyebutkan bahawa anak kecil yang mengambil karung berisi dinar telah mengambil kembali haknya semula. Dahulu, ayahnya pernah bekerja dengan lelaki penunggang kuda tersebut, tetapi tidak pernah dibayar gaji. Jumlah gaji yang harus dibayar kepadanya sama dengan sejumlah dinar yang ada di dalam karung tersebut. Lelaki buta yang dibunuh tadi sebenarnya adalah pembunuh ayah kepada anak kecil tersebut sebelum dia buta."
_________________________________________________________________
Dalam Islam, orang yang membunuh orang lain akan dikenakan hukuman qisas iaitu dihukum bunuh juga.
*Ejulz kongsi dari buku "KEAJAIBAN FIRASAT : 63 Kisah Pengubat Jiwa". Harap berguna kepada semua. Insyaallah ejulz akan kongsi kisah 2 pada masa akan datang. Kalau x sabar nak tunggu ejulz update pegi la cari buku tu k.. ^_^
Apa yg dapat ejulz simpulkan dari cerita ni adalah setiap apa yg kita lakukan pasti akan dapat pembalasan. Sebagai contoh penunggang kuda yang pernah mengambil hak orang lain suatu ketika dulu telah diambil haknya. Dan si buta yang pernah membunuh suatu ketika dulu telah dibunuh.
Tuesday, 15 January 2013
IBU buang anak dari tingkat 18???
Tina, 8 tahun, di suruh oleh ibunya untuk menjaga adiknya yang sedang bermain, kerana ibunya sedang memasak.
Ketika sedang bermain, bayi adiknya itu memakan suratkhabar hampir habis 1 halaman. Tina sangat terjut dan takut dimarahi oleh ibunya...
Tina : "Ibu.... Adik makan surat khabar sampai hampir habis!".
Ibu : "Apa?!"
Dengan terkejutnya dan sambil berlari.. si ibu merebut sisa suratkhabar yang ada. Lalu dengan senyum si ibu menjawab....
Ibu : "Emm.. biarkan lah dia.. ibu ingatkan suratkhabar hari ni..".
Hehehe.. tajuk entry xde kene mengena pun.. hehe. Mungkin ramai dah baca cerita lawak ni kan? Ejulz bukan apa. Just nak kupas pengajaran yang dapat kita ambik dari cerita ni.. seperti mana kita maklum, kes2 buang bayi selalu je keluar di akbar2.. kenapa perkara2 sebegini slalu berlaku? x sayangkah diorang dengan darah daging mereka sendiri? Siapa yang patut dipersalahkan dalam hal2 seperti ini? Adakah si lelaki yang lepas dapat yg 'sedap' lepas tu tinggalkan? Atau si perempuan yang hanyut dibuai pujuk rayu lelaki yg kononnya sanggup sehidup semati? Sama2 la kita fikirkan.. harap2 adik2 di luar sana, jauhi perkara2 yg dilarang. Ejulz bukanlah seorang yg baik utk buat entry sebegini tapi ini juga untuk peringatan diri ejulz sendiri..
*harap2 ibu2 di luar sana sayangi la anak anda lebih dari surat khabar hari ini. hahaha :P
Jangan lupa like page ejulz ni k kalau sudi.. ^_^ [Ketawa bersama, menangis bersama]
CEMBURU bermakna SAYANG..?
Dah x terkata..
*9 Bulan 18 Hari dah aritok.. x lamak gik bday ktk.. 2 bulan 4 hari gik.. Alangkah bestnya mun kmk dpt hepykan ktk masa ya.. dpt bhagiakan ktk masa ya.. :(
Monday, 14 January 2013
Hanya sedetik
sekejap je perasaan CINTA tu datang bila dah dianugerahkan perasaan tu.. Tapi untuk melupakannya bukannya perkara yang mudah..
*Harap siapa yang ada fb sudi like page ni k.. ^_^ [Ketawa bersama, menangis bersama]
*Dah 9 bulan 17 hari aritok.. kmk msh xpat lupak ktk.. kmk msh syg ktk..
Sunday, 13 January 2013
Futsal Piala PEMADAM
hari ni ejulz join satu pertandingan futsal.. member ajak join dia punya jabatan sebab x cukup pemain.. heehe.. kalau ikutkan cuak jugak nak main tournament ni.. tp bila fikir nak tlg kwn ejulz pegi je la.. bangun pagi awal gerak dari Putrajaya ke Subang..
Selepas MENANGgung kekalahan dapat gak la sijil ni.. haha
*Dlok ktk salu support kmk dari jauh nak owh? Suruh kmk skor bnyk2.. hehe.. makseh ktk.. hope ktk slalu hepy k..
Friday, 11 January 2013
S.e.K.a.L.i L.a.G.i
SEKALI LAGI.. sape x pernah tengok cite ni, angkat bahu sebelah kanan.. hehehe. Cerita ni keluar panggung Jun 2011 kalau x silap.. bulan dan tahun yang amat bermakna bagi ejulz.. suka sangat cerita ni.. dan yang paling ejulz suka satu babak dialog Sam..
x pernah tengok? suka sangat dialog yang last kat video klip ni..
Tolong like page ni k.. ^_^ [Ketawa bersama, menangis bersama]
*Ntah ktk ingat x kata2 ya.. kata2 ya hanya utk ktk sbb ktk la org pertama hadir dlm hidup kmk.. makseh utk semua ya k.. kmk harap ktk akan slalu hepy wpun bkn dgn kmk..
Kisah bulu mata dan rindu
Pernah x dengar orang2 tua bagi tau camtu.. kalau bulu mata kita jatuh, mungkin ada orang sedang rindukan kita.. hehe.. xtau la betul ke tak.. hehe.
kmk rindu ktk..
Thursday, 10 January 2013
Kisah Joyah..
Joyah : Dik, mari sini jap.Joyah (bukan nama sebenar) seorang gadis yang ayu.. Joyah binti Sarip Dol adalah anak sulong dari 4 adik beradik.. Dia mempunyai 3 orang adik lelaki.. Hanya dia sorang je puteri dalam keluarganya.. Dia amat rapat dengan mak dan adik bungsonya Komeng (bukan nama sebenar).. Pada suatu hari,
Komeng : Ada ape kak?
Joyah : Jari akak sakit.. tolong tarikkan..
Komeng : Eeeee!! malas laa..
Joyah : Aduhh! Sakitnya..
Walaupun malas komeng tetap pergi kepada kakaknya sebab dia pun sayang kakaknya itu.. Dia xnak melihat kakak kesayangannya itu sakit..
Komeng : Marilah adik tarikkan jari tu..
Komeng pun menarik jari kakaknya.. PRUUUTTTTTTTTTTT!!! tiba2 satu bunyi yg amat mengerikan keluar... rupa2nya si kakak yang comel dan ayu tu telah mengentut adiknya itu..
Joyah : Hahahahahaha!! terkene.. :P
Komeng : Eeeeee!! pengotor.. nanti adik nak bagitau boipren akak.. weekkkk!!
Kedua2 mereka ketawa terbahak2...
Lawak x? lawak x? haha.. x lawak kot.. hehe.. Dari cerita tu apa yg ejulz dapat ambik iktibar adalah keakraban kedua2 adik beradik tu.. harap kita akan menghargai erti sebuah KELUARGA.. harap Joyah sekeluarga hepy2 selalu.. hehehe :P
*Jangan lupa tolong like page ejulz ni k... ^_^ [Ketawa bersama, menangis bersama]
*Jangan lupa tolong like page ejulz ni k... ^_^ [Ketawa bersama, menangis bersama]
*Kmk rindu nak dgr ktk tetak.. harap ktk akan slalu tetak.. selalu hepy bsama family ktk..
Wednesday, 9 January 2013
SUKAR melafazkan.. ^_^
Pernah tak tengok situasi budak laki2 edisi nakal mengorat aweks-aweks? hehe.. bila duduk lepak ngan member2 diorang n tengok aweks lalu mesti ada je bunyi sound track.. hehe.. "Piweeetttt".. ada yang memuncungkan bibir sampai keluar satu bunyi.. haha.. "I love you".. suka hati diorang je ungkap kata2 tu.. padahal x kenal lagi.. haha.. dan macam2 lagi la cara diorang.. hehe
Apa yang jadi persoalannya di sini.. Bila ada jugak la awek2 yang TERgoda dengan godaan orang2 camni.. maka berCOUPLE laa diorang.. Dan bila dah dapat, dengan senangnya laki yg ngorat tadi tu ngorat org lain bila dah jemu dgn awek yang kononnya COUPLE tu tadi..
Tu baru satu contoh cerita.. Ejulz malas laa nak letak cerita banyak2 sini.. nanti x terbaca pulak korang.. hehe..
So, ape pendapat korang? Senang melafazkan cinta, senang juga memutuskan hubungan itu? Sukar melafazkan cinta, sukar juga melepaskan ia pergi? atau sebaliknya..
Jangan lupa like page ejulz ni k.. ^_^ [Ketawa bersama, menangis bersama]
*Ktk ingat x cara kmk nak kenal ktk dgn lbh dekat dlok? mesti ktk dah x ingat nak?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Harap ada rezeki kali ni
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger. Lama rasanya dah tak update sini. Alhamdulillah setelah 10 tahun mencuba, dapat p...
-
Bidayuh Serian Punya Bahasa ⇩ • saya ⇨ aku • awak ⇨ amu • cantek/hensem ⇨ timengen/hensem • ya ⇨ aye • jangan ⇨ aba • tiada ⇨ anyap ...
-
Berita baik untuk semua blogger Malaysia! Award " BLOGGER GEMPAK 2013 " Bermula..! Pelbagai Hadiah Menarik Bakal...
-
Kali ini ejulz nak buat satu segmen bertajuk “SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja Partime Dari EJULZ” Tujuan utama ejulz mengadakan se...