Skip to main content

Kisah 2 : Menguji Tuhan

Kisah 2 : Menguji Tuhan

Ketika Nabi Isa a.s. berdiri di atas puncak sebuah gunung, ibis datang kepadanya dan berkata, "Bukankah engkau mengatakan bahawa, jika Allah s.w.t menghendaki kematian kepada seseorang manusia, pasti ia akan terjadi?"

"Ya, benar sekali," jawab Nabi Isa a.s.

Iblis berkata lagi,"Jika Allah s.w.t tidak menghendaki?"

"Tidak akan terjadi," jawab Nabi Isa a.s.

Iblis cuba mencabar,"Jika begitu, cuba engkau jatuhkan dirimu di atas gunung ini. Jika Allah s.w.t menghendaki kematian kepadamu, nescaya kamu akan mati. Jika tidak menghendakinya, pasti kamu akan selamat."

Nabi Isa a.s. menjawab, " Kamu adalah iblis yang jauh daripada rahmah Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t yang dapat menguji hamba-Nya, dan bukan hamba yang menguji-Nya!"



Klik sini untuk kisah yang sebelumnya.. >>


_________________________________________________________________

Apa yang dapat kita ambik ikhtibar dari kisah ini adalah Allah s.w.t akan sentiasa menguji hambaNya yang Dia sayang. Semua ujian yang kita tempuhi adalah datang dari Allah s.w.t melalui 'Alam' yakni apa yang selain dari Allah s.w.t seperti manusia, makhluk2 lain, dan sebagainya.














27.01.13 - *Alhamdulillah diberi kesempatan solat subuh berjemaah di Masjid Putra dan pertama kali dengar kuliah subuh kat sana setelah hampir 6 tahun duduk Putrajaya. Syukur..

Comments

Popular posts from this blog

Bahasa Bidayuh Serian Sarawak

Bidayuh Serian Punya Bahasa ⇩  • saya ⇨ aku • awak ⇨ amu • cantek/hensem ⇨ timengen/hensem • ya ⇨ aye • jangan ⇨ aba • tiada ⇨ anyap • taknak ⇨ agak • menyampah/geli ⇨ sidod • tahu ⇨ puan • kalau ⇨ wang • berlagak ⇨ sumbong • mana ⇨ gapih • sini ⇨ gatik • sana ⇨ ga-ih • mahu ⇨ irak • sekarang ⇨ itin • budak ⇨ anak inya • muda ⇨ ungod • pukul ⇨ paluk • jatuh⇨ jatuk • baring ⇨ nguleng • kacau ⇨ ngaco • paksa ⇨ maksa • makan⇨ maan • ngegeh ⇨ sundel • kucing ⇨ singau • anjing ⇨ kasung • nanti ⇨ matik • jalan2 ⇨ panu2 • sibuk ⇨ gago *Pelikk kan ? Tpi itulah bahasa kami BIDAYUH SERIAN SARAWAKIANS Copy & Paste. Ejulz sendiri pun x pandai bahasa bidayuh. Hehe. Kalau la mahir semua bahasa. Hehe

Akhirnya tewas 21-27/3/2022

Setelah lebih kurang 2 tahun kita dilanda wabak covid-19, akhirnya ejulz tewas juga. Walaupun telah cuba sedaya upaya melindungi diri dari wabak berkenaan untuk melindungi keluarga, sekelip mata terkena juga. Walaupun tidak tahu dari mana dan bagaimana boleh terkena, tapi kadang-kadang kecewa dengan sikap segelintir orang sekeliling yang sambil lewa. Dan mungkin untuk peringatan diri juga. Kecewa dengan sikap segelintir orang sekeliling? Terlebih dahulu ejulz mohon maaf andai apa yang ejulz katakan akan mengguris hati sahabat2 di sini yang merokok. Tapi inilah kenyataannya. Bukan ejulz melarang atau tidak membenarkan mereka yang merokok untuk merokok. Tapi kalau merokok di tempat yang tidak sepatutnya memang menyusahkan pihak lain lebih-lebih lagi mereka yang tidak merokok. Korang bayangkanlah bagaimana suasana pejabat dimana pekerja merokok di dalam pejabat seperti tidak ada salah langsung. Yang guna vape apatah lagi. Alkisah bermula pada 20 Mac 2022 dimana kakak ejulz yang sepatutnya

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 6

Assalamualaikum n selamat pagi.. Wahh!! dah lama rasanya ejulz x buat entri pasal bahasa Sarawak.. Faham x entri Mari belajar bahasa Sarawak yg ejulz dah buat sebelum ni.. kalau x faham jangan malu, jangan segan.. tanya je.. ejulz x makan org pun. heHe Sejak kebelakangan ni, ejulz x sempat nak buat entri sebab sibuk sgt2.. Bila dah sibuk tu, macam2 la reaksi ejulz.. memang kelam kabut laa dibuatnya.. hiHi. So, arini ejulz nak share perkataan kelam kabut dalam bahasa sarawak.. Dalam bahasa sarawak, kelam kabut bermaksud "Kamboh".. KELAM KABUT = KAMBOH Dengan kata lain "Kamboh" ni bermaksud kecoh.. ni pun kira macam "kamboh" jugak laa.. hiHi Diharap semua boleh faham ek.. Kalau x faham @ ada nak tanya, tanya je laa k.. ejulz sedia membantu.. heHe  :)