Skip to main content

Rasa dihargai

Perjalanan balik dari melihat demo tembakan pagi tadi, kami singgah di hentian Seremban untuk menunaikan solat zohor. Dengan berpakaian tentera, memang menjadi perhatian orang ramai. Masa nak buka kasut depan surau, ada seorang pakcik yang berumur dlm lingkungan 70-an bersalam dengan ejulz. Semasa bersalam dia senyum mesra dan sempat mendoakan keselamatan ejulz. Ejulz dapat rasakan yang pakcik tu mendoakan keselamatan askar2 keseluruhannya. Dari raut wajahnya seolah2 dia ingin berterima kasih kepada tentera2 kerana menjaga keamanan negara. Walaupun ejulz bukanlah tentera tetap, tapi ejulz dapat rasakan yang pakcik tu betul2 menghargai peranan tentera. Mungkin disebabkan faktor umur dan pengalaman pakcik tu sebelum ni.


Penat.. Nak baring2 jap.. hehe ^_^


Comments

  1. alhamdulillah dik...besar jaga tentera tau..hihi

    ReplyDelete
  2. Tentera tak tetap pun tentera jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila masuk sukarela tentera baru tahu betapa pentingnya ilmu ketenteraan tok.. bila jadi perang di lahad datu baruk nampak fungsi..

      Delete
  3. sayang semua tentera Malaysia yang sanggup menjaga keamanan dan kehormatan negara.pahala tak terkira ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. :) mula2 dulu fikir apa la keja tentera ni masa negara tgh aman.. mesti makan tido je keje.. bila dah nampak sendiri baru tahu.. kalau x tahan mental mmg xkan tahan lama dlm tentera ni.. :)

      Delete
  4. tentera x tetap pun kira tentera juak ya.. kmk pun doakan yg baik2 utk tentera tetap & x tetap di negara kita tok :)

    ReplyDelete
  5. jasamu dikenang...in.shaa.Allah dlam lindungan Allah =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bahasa Bidayuh Serian Sarawak

Bidayuh Serian Punya Bahasa ⇩  • saya ⇨ aku • awak ⇨ amu • cantek/hensem ⇨ timengen/hensem • ya ⇨ aye • jangan ⇨ aba • tiada ⇨ anyap • taknak ⇨ agak • menyampah/geli ⇨ sidod • tahu ⇨ puan • kalau ⇨ wang • berlagak ⇨ sumbong • mana ⇨ gapih • sini ⇨ gatik • sana ⇨ ga-ih • mahu ⇨ irak • sekarang ⇨ itin • budak ⇨ anak inya • muda ⇨ ungod • pukul ⇨ paluk • jatuh⇨ jatuk • baring ⇨ nguleng • kacau ⇨ ngaco • paksa ⇨ maksa • makan⇨ maan • ngegeh ⇨ sundel • kucing ⇨ singau • anjing ⇨ kasung • nanti ⇨ matik • jalan2 ⇨ panu2 • sibuk ⇨ gago *Pelikk kan ? Tpi itulah bahasa kami BIDAYUH SERIAN SARAWAKIANS Copy & Paste. Ejulz sendiri pun x pandai bahasa bidayuh. Hehe. Kalau la mahir semua bahasa. Hehe

Akhirnya tewas 21-27/3/2022

Setelah lebih kurang 2 tahun kita dilanda wabak covid-19, akhirnya ejulz tewas juga. Walaupun telah cuba sedaya upaya melindungi diri dari wabak berkenaan untuk melindungi keluarga, sekelip mata terkena juga. Walaupun tidak tahu dari mana dan bagaimana boleh terkena, tapi kadang-kadang kecewa dengan sikap segelintir orang sekeliling yang sambil lewa. Dan mungkin untuk peringatan diri juga. Kecewa dengan sikap segelintir orang sekeliling? Terlebih dahulu ejulz mohon maaf andai apa yang ejulz katakan akan mengguris hati sahabat2 di sini yang merokok. Tapi inilah kenyataannya. Bukan ejulz melarang atau tidak membenarkan mereka yang merokok untuk merokok. Tapi kalau merokok di tempat yang tidak sepatutnya memang menyusahkan pihak lain lebih-lebih lagi mereka yang tidak merokok. Korang bayangkanlah bagaimana suasana pejabat dimana pekerja merokok di dalam pejabat seperti tidak ada salah langsung. Yang guna vape apatah lagi. Alkisah bermula pada 20 Mac 2022 dimana kakak ejulz yang sepatutnya

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 6

Assalamualaikum n selamat pagi.. Wahh!! dah lama rasanya ejulz x buat entri pasal bahasa Sarawak.. Faham x entri Mari belajar bahasa Sarawak yg ejulz dah buat sebelum ni.. kalau x faham jangan malu, jangan segan.. tanya je.. ejulz x makan org pun. heHe Sejak kebelakangan ni, ejulz x sempat nak buat entri sebab sibuk sgt2.. Bila dah sibuk tu, macam2 la reaksi ejulz.. memang kelam kabut laa dibuatnya.. hiHi. So, arini ejulz nak share perkataan kelam kabut dalam bahasa sarawak.. Dalam bahasa sarawak, kelam kabut bermaksud "Kamboh".. KELAM KABUT = KAMBOH Dengan kata lain "Kamboh" ni bermaksud kecoh.. ni pun kira macam "kamboh" jugak laa.. hiHi Diharap semua boleh faham ek.. Kalau x faham @ ada nak tanya, tanya je laa k.. ejulz sedia membantu.. heHe  :)