Sunday 28 July 2013

Inilah KEHIDUPAN

Kadang2 dalam hidup ni, kita ada segala2nya tapi kita tak rasa bahagia. Dan kadang2 kita serba serbi kekurangan kalau nak dibandingkan dengan orang lain, tapi kita rasa ia dah cukup dan memberi kebahagiaan kepada kita. 

Teringat dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dasuki kalau x silap ejulz pada khamis lepas di Masjid Putra. Dia kata apa yang patut kita kejar adalah KEBERKATAN bukannya keduniaan. Sebab apa pentingnya berkat? Sebab, kalau kita ada pangkat besar / gaji besar sekali pun jika ia tidak berkat maka ia tidak akan pernah rasa cukup. Sebaliknya jika ia berkat walaupun bergaji kecil, ia tetap akan rasa mencukupi.

Kita orang mukmin bangun pagi untuk solat bukan untuk pergi kerja. Maksudnya solat perlu diutamakan sebelum kerja.

Dan di akhir ceramah, rasa nak menitis air mata mendengar doa ustaz.

Ejulz sebenarnya x kenal sangat ustaz ni. Masa kat masjid pun x nampak sangat muka ustaz sebab duduk jauh. Tapi daripada apa yang diberitahu oleh imam masjid ustaz selalu beri ceramah dalam program tanyalah ustad di tv9. Ejulz pun carilah ustaz ni..



4 comments:

  1. betul tu...akhirat tu sebenrnya hidup kita yang sebenar...dunia nie xkekal..

    ReplyDelete
  2. beznya dpt dengar ceramah
    nice sharing
    hope jadi peringatan buat diri kmk
    kmk nangga kat sidebar ada imotiv jak
    ktk da molah video nuffnang ya juak ka..hehe

    ReplyDelete
  3. betul tu.. memang kita kena kejar keberkatan.. bukan keduniaan. :)

    ReplyDelete
  4. Yes betul tu. Tak guna kalau kita kaya, tapi duit yang kita ada tu tak berkat. Tak guna juga kalau kita berada, tapi hati sentiasa rasa tak tenang.

    ReplyDelete

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...