Friday 3 May 2019

[ VIRAL ] KEMAMPUAN LELAKI 3 JARI INI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENANGIS!

(Kisah viral dari FB NIZAM pengasas jamumall oku ) 


Luahan di fb beliau sangat terkesan….

Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku bersyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah meeah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...

Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .


Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..


Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...


Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!


Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...


Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..


Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..

Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!














Sedih dan sebak bila tengok video ucapan Encik Nizam sampai habis. Malulah kita yang sihat dan sempurna tubuh badan hanya mampu memeluk tubuh tanpa bekerja dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak, suami dan ayah. Ramai lagi yang kat luar sana memilih pekerjaan. Hanya nak kerja senang. Ada yang ego dengan kelayakan kelulusan akademik yang tinggi. Ada juga yang tidak sedar diri sekolah tak habis tapi nak kerja macam bos. Banyak lagi orang2 sebegini kat luar sana. Syukur kita dikurniakan tubuh badan yang sempurna. Tapi kisah Encik Nizam seorang lelaki yang hanya mampu menggerakkan tiga jari ini membuka mata semua yang kurang upaya tidak mustahil untuk berjaya.


28 comments:

  1. Alhamdulillah... rezeki itu milik Allah... Yang penting, kita tidak mudah mengalah dan patah semangat untuk berusaha...

    ReplyDelete
  2. Cerita dia buat kita terinspirasi..

    ReplyDelete
  3. KISAHNYA JADIKAN INSPIRASI MERAIH JAYA

    ReplyDelete
  4. haritu ada jumpa dia, ceria orangnya

    ReplyDelete
  5. Saya pun nak try keluar dari comfort zone ni tapi seriously memang payah..

    ReplyDelete
  6. yg OKU boleh berjaya dr yg normal, sihat tubuh badan ni. syukur rezeki Allah bt dia

    ReplyDelete
  7. pernah jumpa nizam ni dpn2 4 thn lepas. ms tu dia sibuk dgn business minyak wangi...tp time tu dia mmg dah hebat n kaya

    ReplyDelete
  8. Hebat betul dia.. walaupun dalam kekurangan dia membuktikan sesuatu pada kita kan

    ReplyDelete
  9. APA lagi alasan Kita utk berusaha

    ReplyDelete

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...