Monday 14 February 2022

Kenangan 12-13 FEB 2022

Pada 12 FEB 2022 (Sabtu) ejulz dan keluarga isteri ada buat photoshoot studio untuk adik ipar ejulz. Jadi ambil kesempatan la bergambar sekali kami 4 beranak. hehe.. Si kakak tu bukan main hepy lagi kalau dah jumpa dengan kazen dia yang seorang tu.. melompat-lompat je diorang dalam studio tu. 



Pada 13 FEB 2022 (Ahad) pula, si kakak nak sangat bagi makan ikan. Jadi kami pergilah ke tasik Pustaka berdekatan dengan rumah ejulz. Siap beli roti lagi untuk bagi makan ikan. Seronok si kakak. Masa balik pulak dia meragam tak nak balik sebab tengok ada taman permainan. Ejulz tak nak bawa kat sana sebab ramai sangat pengunjung. Apa lagi, menangis la dia semasa perjalanan balik. Nak pujuk dia, cari la taman permainan yang tak ramai pengunjung. Nasib baik jumpa yang berdekatan dengan rumah jugak. Satu2 permainan dia cuba main.. hehe.


Alhamdulillah. Keluarga hepy ejulz pun hepy. Utamakan keluarga dahulu. 

Semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya..


9 comments:

  1. cantik family pic tu, tema kuning.
    happy family!

    ReplyDelete
  2. Seronoknya spend time dengan famili tapi tulah kan, kena jaga SOP jugak. Cian kakak.. Nanti pandemik dah lega ajak ayah jalan-jalan lagi

    ReplyDelete
  3. KELUARGA BAHAGIA ALHAMDULILLAH

    ReplyDelete
  4. Wah happy family <3 Alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Semoga berbahagia selalu Ejulz dan keluarga kecil yang manis.

    ReplyDelete

Harap ada rezeki kali ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger. Lama rasanya dah tak update sini. Alhamdulillah setelah 10 tahun mencuba, dapat p...