Saturday, 20 June 2026

Cuba untuk kembali

 Lama sudah tidak menulis di ruangan ini… entah kenapa hari ini rasa rindu pula nak kembali mencoret.

Apa khabar sahabat-sahabat blogger semua? Harap semuanya berada dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja.

Sejujurnya, kebelakangan ini agak sibuk dengan kerja-kerja harian. Dari pagi sampai ke petang, masa seakan berlalu begitu sahaja .Urus kerja, kejar deadline, tambah pula dengan urusan keluarga yang tak pernah habis.

Kadang-kadang terlintas juga nak menulis, tapi bila badan dah penat… idea pun ikut hilang. Akhirnya, niat tinggal niat.

Namun hari ini, saya cuba juga curi sedikit masa. Rindu sebenarnya suasana menulis di sini. Walaupun sekadar berkongsi cerita ringkas, tapi cukup memberi ketenangan.

Harapnya masih ada yang sudi membaca seperti dulu. 🙂

7 comments:

  1. sama la kita..saya pun dah lama tak menulis,tapi cuba juga blogwalking

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali menulis ya sahabat..alhamdulillah, bertemu lagi..teruskan menulis, ianya dari hati ikhlas..sesuai juga manfaatkan masa senggang yang ada ya

    ReplyDelete
  3. happy blogging ejulz.

    akak pun baru je mula taip semula. rasa gigih tu datang bila jumpa semula blog kawan kawan yang aktif zaman 2011-2012 dulu tu.

    ReplyDelete

Bicara hati

 Kadang-kadang, apa yang kita lakukan tidak semestinya terlihat di mata orang lain. Ada kerja yang kita selesaikan dalam diam, ada tanggungj...