Kadang-kadang, orang yang paling kuat memarahi kita… ialah orang yang paling kita cari ketika kita takut.
Si mama marah kerana anak buat salah.
Anak menangis, ketakutan dan mungkin terasa kecil hatinya.
Tetapi apabila malam menjelma dan tiba waktu tidur…
Bukan papa yang dicari.
Bukan mainan yang dipeluk.
Tetapi mama.

Kerana dalam hati seorang anak, marahnya mama tidak pernah mampu mengalahkan kasih sayangnya kepada mama.
Begitulah kasih seorang ibu.
Kadang-kadang suaranya tegas, tangannya menegur, wajahnya kelihatan marah…
Tetapi di sebalik semua itu, tersimpan satu perkara yang anak belum mampu fahami sepenuhnya:
“Mama marah bukan kerana mama tak sayang. Mama marah kerana mama terlalu sayang.”
Dan begitulah juga hati seorang anak…
Walau dimarahi, mama tetap tempat pertama untuk dia kembali. 
Hargailah ibu selagi masih ada kesempatan.
Kerana suatu hari nanti, kita mungkin akan merindui suara yang pernah memarahi kita…
kerana suara itulah yang dahulu penuh dengan kasih sayang. 

Tersentuh hati baca nukilan parenting & kasih sayang ibu ni. Betul sangat, tempat pertama anak cari tetap mamanya. Suara marah ibu tulah yang paling kita rindu nanti. ❤️
ReplyDeleteWalau marah macam manapun seorang ibu, dia tetap rasa tak sampai hati. Kemudian akan menyesal. Anak2 kan dah dilatih 9 bulan dalam perut ibu, ibulah kemuliaan dia, karamah dia. Sebab itu walau sejauh mana dia berjalan/ merantau.. dia akan kembali. Insha Allah
ReplyDeletehati seorang ibu mmg 'lemah' dan 'kalah' bila ada hal berkait dengan anaknya... sbb tu laa nasi suruh utamakan ibu lebih drpd hormat bapa
ReplyDeleteSegarang-garang seorang ibu, tetap permata di mata anak-anak
ReplyDeletebetul la tu anak2 Cie pun mencari ibu jugak walaupun ibu lagi garang dari babah.
ReplyDeleteIbu sy x garang. Dia baik hati dlm mendidik sy. AlFatihah utk Allahyarham ibu sy yg meninggal dunia pd thn 2002 pd usia 58 thn...
ReplyDeleteYe, marah tanda sayang. Marah pun bersebab dan nak mengajar untuk jadi manusia yang lebih baik. Begitulah seorang ibu.
ReplyDeletesetuju. garang macammana pun ibu kepada anak, nanti masa tidur. si anak tetap akan mencari ibunya.
ReplyDeleteAgreed. Kita marah ade sebab. Bkn semborono & tunjuk mcm x sayang =)
ReplyDeleteBapa tersentuh, kadang terlebih garang.
ReplyDeleteAduh!! Comelnya.. Marah macam mana pun seorang mak tu, tetaplah di cari anak-anak..
ReplyDeletemak mak ni suka menegur/marah tandanya sayang
ReplyDeletekasih ibu sejati marah tanda syg
ReplyDeleteIni betuuuuul sangat. Saya dan suami, lebih galak saya sebenarnya. Saya lebih strict Krn nak mendidik anak2 jadi disiplin. Suami lebih lembut dan fleksibel.
ReplyDeleteTapi ntah kenapa, saat disuruh nak pergi dengan siapa, nak ikut siapa, mereka pasti milih mana yg galak ini 😂
Betul, kena marah macam mana pun tetap cari mama dulu.
ReplyDeleteso true.....
ReplyDeleteKadang-kadang masa kecil kita tak faham kenapa mama selalu marah, tapi bila dah besar baru sedar… setiap teguran tu sebenarnya datang daripada rasa sayang dan risau. Mama tetap tempat pertama anak mencari bila takut, sedih atau perlukan rasa selamat
ReplyDelete