Wednesday, 21 October 2026

Kata nak aktif, tapi dah sebulan lebih menyepi..

 Salam semua..

Pejam celik pejam celik, rupanya dah sebulan lebih blog ni menyepi. Last update haritu pun 5 September lepas. Fuh, cepat betul masa berlalu!

Pertama sekali, Ejulz nak minta maaf sangat sebab 'hilang' kebelakangan ni. Memang tersangat sibuk! Mana nak jadi urusetia untuk lawatan kerja pegawai atasan dari HQ lagi, lepas tu sambung pulak jadi urusetia pertandingan sukan. Itu belum campur dengan kerja hakiki yang memang tengah melambak dekat pejabat.

Paling 'sedap', bila kena buat kerja yang sepatutnya orang lain buat... Bertimpa-timpa rasa, sampai nak bernafas pun tak sempat!

Jujur Ejulz cakap, kadang-kadang bebanan macam ni memang memberi tekanan yang cukup berat pada diri. Ada masa dan ketika, sampai ada tahap rasa nak berhenti kerja je. Tapi bila mengenangkan keluarga, Ejulz tetap kuatkan semangat demi mereka.

Kadang-kadang tak tahu kat mana lagi nak meluah perasaan... Kat ruang blog ni je lah yang mampu Ejulz luahkan segalanya. Lagipun kat sini tiada kenalan sebenar seperti bos atau rakan sekerja, jadi rasa lebih selamat dan tenang nak bercerita apa yang ada dalam hati.

Alhamdulillah, harini ada ruang dan kelapangan sikit nak jenguk blog & sapa korang semua. Korang pulak apa khabar?

8 comments:

  1. Bila banyak kerja begitulah, kadang ada masa boleh berblog. Apapun semoga dipermudahkan urusan hendaknya.

    ReplyDelete
  2. sibuk sangat tu releks dulu tulis blog

    ReplyDelete
  3. Selamat kembali, walaupun ni post kedua saya lihat dari blog tuan. Baru saya tahu budaya blogwalking dan bloglist masih ada di Malaysia. Kalau tak selama ni saya blog sorang-sorang je.

    ReplyDelete
  4. Biasa la tu, kita ni macam ada 8 tangan semua kene buat kan.

    ReplyDelete
  5. akhirnyaaaaa abang ejulz muncul kembali :D... rutin saya jenguk blog ini, tapi tak adaaa tulisan baru... happy hari ini ada...

    semangaat untuk para pemimpin keluarga, yang tetap kerja keras walaupun banyaaak cobaan di kantor.. semoga semua urusan dupermudah, dan segala letih bisa menjadi pahala.. .. tulis di blog saja kalau nak mencurahkan apa2 bang :D

    ReplyDelete
  6. Begitulah kan kita tak habis2 dengan tugas hakiki & pelbagai program lain lagi.

    ReplyDelete
  7. Hal kerja memang tak pernah habis. But kita harus utamakan mana yg penting kan.. saya pun kadang2 bz dgn keje hakiki smpai berminggu minggu tak update blog huhu

    ReplyDelete

Bicara hati

 Kadang-kadang, apa yang kita lakukan tidak semestinya terlihat di mata orang lain. Ada kerja yang kita selesaikan dalam diam, ada tanggungj...