"Jangan sesekali memandang rendah pada AMANAH yang diberikan. Sesungguhnya AMANAH adalah sesuatu yang amat berat untuk dipikul.."
Sebagai contoh, ketua kita memberi amanah supaya tidak mendedahkan password emel beliau kepada orang lain. Sekiranya rakan sekerja meminta password berkenaan, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk tidak mendedahkannya melainkan dengan arahan ketua kita sendiri.
Ejulz rasa ini adalah perkara yang perlu difahami oleh semua orang. Namun ada juga yang masih tidak memahami perkara yang semudah ini.
Back to basic.. Sekecil mana pun amanah yang diberikan harus dijaga dengan sebaiknya.. Letakkan diri pada orang yang diberikan amanah.. Barulah kita faham situasi berkenaan..