Sunday, 8 August 2021

NASI ARAB TRAVEL




KIT NASI ARAB TRAVEL - nasi arab paling senang buat no.1 di Malaysia, masak 15 minit je dah buat semua orang puasss hati sedap.  


Masak nasi arab yang sedap setaraf restoran terkenal kini bukan benda susah, cuma 15 minit jer. 


Rasa macam ada kat Tanah Arab tau, teringat kenangan buat umrah. 


Yang lagi best nak padankan dengan lauk kambing, ayam, mana- mana yang sedap pun boleh. sekali sekala makan dengan lamb shank kan fuhhh padu!! 


Dapatkan segera 👇👇👇👇👇


https://nasiarabtravel.onpay.my/order/form/dsc_NAT03/91

Thursday, 20 May 2021

Menang 3 tahun lepas, baru dapat hadiah tahun 2021


 Menang Giveaway Syawal 2018, Syawal 2021 baru dapat hadiah. Ejulz tak perasan pun ejulz menang GA ni.. hehe. Memang terbaek la Tarot. Boleh track semula pemenang yang belum dapat hadiah 3 tahun lepas.


http://tarotthefool.blogspot.com/2018/08/pemenang-pemenang-syawalgiveaway-my.html


Terima kasih Tarot. Korang boleh follow beliau..



Wednesday, 19 May 2021

Happy Birthday Giveaway by Abam Kie


 Jom join GA yang Abam Kie buat.

 

Ejulz ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Abam Kie..

 

<3 SEMOGA dipanjangkan usia


<3 SEMOGA diberkati usia


<3 SEMOGA dipermudahkan segala urusan


<3 SEMOGA dimurahkan rezeki


<3 SEMOGA sukses dalam kerjaya





Lama menyepi ni..

 Assalamualaikum sahabat2 blogger semua

Lama dah menyepi ni.. Dah bersawang dah blog ejulz ni. hehe. Alhamdulillah 04.04.2021 ejulz dan isteri telah dianugerahkan seorang putera. Sebulan ejulz cuti jaga isteri tengah berpantang di kampung. hehe. Nasib baik bos luluskan. hehe. Dah kurang masa nak buka blog sebab nak tolong uruskan anak2. 

Macam dah tak reti nak menulis panjang2 kat blog ni. Dah lama sangat tak menulis ni. hehe. Ok bai. hehe


**Semoga sahabat2 semua sihat selalu, dijauhi dari penyakit covid dan dipermudahkan segala urusan.

Thursday, 4 March 2021

Cerita tengtang Katak Kecil

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil, yang berlumba-lumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta.

Perlumbaan pun dimulakan. Secara jujur. Tak satupun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara. Terdengar ada yang berkata : "Oh, jalannya terlalu susahhhhh!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak." Ada juga yang berkata : "Tidak ada kesempatan untuk mereka berjaya sebab menaranya terlalu tinggi".

Katak-katak kecil mulai jatuh satu persatu kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi. 

Penonton terus bersorak dan berkata : "Terlalu susah!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!!". Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah. Tapi ada satu yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi. Dia tak mahu menyerah kalah.

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. kecuali seekor katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang BERJAYA sampai KE PUNCAK.

Semua katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya. Seekor peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?

Rupa-rupanya katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!  

Nasihat dari cerita ini adalah:

Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis kerana mereka akan membuatkan anda menjadi lemah untuk mencapai cita-cita.

Selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada kerana segala sesuatu yang anda dengar dan anda baca boleh mempengaruhi perilaku anda.

Kerana itu, selalulah tetap POSITIF!

Dan yang terpenting, bersikap PEKAK jika ada orang mengatakan bahawa anda tidak boleh mencapai cita-cita anda.

Selalulah berfikir, AKU BOLEH BUAT!

 

 

 

 



Monday, 1 March 2021

Senarai Pengomen Tegar FEB 2021

 Terima kasih buat sahabat2 yang tidak jemu2 singgah dan komen di blog ejulz yang tidak seberapa ini..


 

 SENARAI TOP 10 COMMENTATORS

1. https://www.shidaradzuan.com/

2. http://zieyaweasley.blogspot.com/

3. https://tetikusmerah.blogspot.com/

4. https://karyaku-paridahishak.blogspot.com/

5. https://www.aienienka.com/

6. http://ciksukataip.blogspot.com/

7. https://www.mialiana.com/

8. https://asastemudugakerjakerajaan.blogspot.com/

9. https://www.tiarasaphire.com/

10. http://www.shikinrazali.com/

 

 Terima kasih sudi support ejulz selama ini..


Jom follow diorang.. Diorang memang sporting..




Keputusan Giveaway by ejulz & atiehilmi


 Assalamulaikum dan salam sejahtera sahabat2 blogger semua.


Hari ini ejulz nak umumkan keputusan Giveaway bulan lepas.. Terima kasih ejulz ucapkan kepada semua yang sudi join giveway ejulz. Dan terima kasih juga ejulz ucapkan kepada sponsor2 yang sudi sponsor giveaway ejulz. Semoga anda semua dimurahkan rezeki dalam dunia blog ni.

Tanpa melengahkan masa lagi, pemenang bagi giveaway bulan lepas adalah:

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Seramai 16 peserta yang join giveaway kali ini. Terima kasih ejulz ucapkan.


Tahniah kepada pemenang. Boleh semak no penyertaan anda di bawah. Klik link.

SENARAI PESERTA

 

Kepada pemenang boleh wasap ejulz ---> https://bit.ly/3aZeslO


Kenapa macam x dapat komen?

Malam tadi ejulz blog walking dan cuba komen tapi tak dapat.. Blog tengah ada masalah ker sekarang ni?