Thursday, 31 March 2011

Pelanggan, Gadis urus lari bertuala..

Assalamualaikum n selamat pagi semua..

Waaa.. Dasyatttt betul tajuk berita kat atas tu.. heHe. Seorang pelanggan pusat refleksologi bersama tukang urut wanita warga Indonesia berusia 20-an berlari dengan hanya bertuala selepas premis urut terbabit terbakar petang semalam.

Dalam kejadian kira2 jam 2 petang itu, pusat refleksologi itu yang beroperasi tanpa permit terbakar kira2 70 peratus dipercayai akibat letupan berpunca dari wayar elektrik yang bermula di bahagian dapur di tingkat sama.

Saksi kejadian, seorang penjual kerongsang di kaki lima bangunan itu, Mokcik Umi Kalsom Mohd Noor, 50, berkata dia terkejut selepas ternampak kira-kira 15 orang termasuk seorang lelaki dan wanita yang hanya bertuala kelam-kabut berlari turun dari pusat refleksologi berkenaan.

Menurut Mokcik Umi, pasangan itu mungkin berurut dan tidak sempat mengenakan pakaian mereka selepas bahagian dapur pusat itu terbakar. Waa,.. xkan laa kedua2 diorang pakai tuala.. secara logiknya yg diurut je pakai tuala kot.. kalau yg mengurut pun pakai tuala tu, macam ada something wrong je.. hiHi.. xtau la.. ejulz pun x penah pegi urut badan camni.. Seperti yang ejulz maklumkan pada entry lepas, memang ejulz nak cari tempat urut utk urut badan ejulz terutama kaki selepas eksiden aritu.. Bila baca berita2 macam ni la ejulz jadi takut n malu nak masuk kedai urut.. heHe.

p/s: sape2 tahu org yang pandai urut di kawasan berhampiran putrajaya.. kire org2 tua yg ekpert urut laa.. kalau tau roger k.. :)

Kenangan WQN.. Member ambik gambar ni, masa tersadai kat balai.. huHu.
Sedeyyy!!
"hancur hatiku.. mengenang dikau.."

Monday, 28 March 2011

Usha service Malaysia..

Hai.. Assalamualaikum semua..

Ejulz sedang berusaha menambah berat badan.. Tengah makan eskrem skrang ni.. sebab ada org kata eskrem ni boleh tambah berat badan.. heHe.. sape nak eskrem?? meh sini.. heHe. sedappp!! huHu..

Ok, arini ejulz nak cerita service2 yg ejulz jumpa arini.. Arini kan ejulz cuti sebab nak settlekan bnyk benda.. Seawal jam 830 pagi ejulz keluar dari rumah.. Melangkah ke klinik Putrajaya.. Nak buka jahitan kat kaki sebab eksiden aritu.. Ejulz pergi ke kaunter pertanyaan.. Nak tanya; boleh x bukak jahit kat sini? soalan x boleh blah.. takut pulak dia jawab "pergi laa kedai jahit".. Adeii!! kalau la dia jawab macam tu.. erm, x dpt nak dibayangkan.. heHe. Dia suruh ambik nombor giliran dulu.. rupanya ambik nombor kat luar pintu klinik.. masa masuk tadi x perasan la pulak ada tempat ambik nombor kat situ.. Lepas nombor giliran dipanggil, ejulz pun pergi la mendaftar.. then, pegawai kat kaunter pendaftaran suruh gi bilik 22.. ramai jugak yg tunggu giliran di situ.. Kat situ ejulz tgk macam2 penyakit yg ada.. ada yg sakit kulit, ada yg nak buka balutan simen (lepas patah kot), ada baby, dan ada jugak pakcik yg ejulz tgk jari kaki macam dah dipotong.. Rasanya pakcik tu sakit kencing manis.. Ya Allah!! bila tgk penyakit yg berbagai2 tu.. Ejulz rasa bersyukur sangat sebab masih dipinjamkan oleh Allah tubuh badan yg sempurna.. Syukur Alhamdulillah!! Masa buka jahit tu.. Mak ai!! sakitnya.. tapi sekejab je laa.. rasa benang kena kat isi kulit.. huishh!!

Dari klinik Putrajaya terus ke Balai Polis Trafik utk bayar saman.. Tengok org sikit je.. waa.. sekejap laa kalau macam ni.. 3 orang je yg menunggu giliran termasuk ejulz.. Ingatkan sekejap je.. 3 org je menunggu, macam tunggu giliran yg ke 30.. tengok service kerani kat kaunter sana memang terok.. Bila ejulz rasa lama sangat, ejulz pun tanya la sama ada boleh bayar kat pejabat pos ke x? sebab ejulz nak renew lesen memandu.. Dengan nada yg menyakitkan hati, boleh dia tanya camni.. "Kenapa nak bayar kat sana pulak?!!".. "Kenapa xnak bayar kat sini?!!".. Huishh!! time tu Tuhan je tahu darah yg mendidih lam badan ni.. Tengok diorang pun bukan keje pun.. borak2 je.. memang sakit hati la tgk service camtu.. Patut laa urusan bayar saman dah boleh buat di pejabat pos.. ejulz x dpt bayangkan laa kalau urusan saman hanya boleh dibuat kat balai.. Nak uruskan 3 org pun macam urus 30 org, apatah lagi kalau ramai..

Ejulz terus ke pejabat pos kat alamanda utk renew lesen memandu dgn darah yg mendidih sebab layanan kerani kaunter balai tadi.. Bila sampai kat pejabat pos tu, malaweii!! ramai giler!! Ejulz terus ambik nombor giliran.. lama lagi.. masih ada dalam 60 giliran lagi.. perut mula berbunyi memberi arahan supaya pegi makan.. heHe.. keluar rumah tadi pun x sempat nak bekfes.. so, makan la dulu.. Makan pun laju2 sebab takut giliran terlepas.. Selesai makan bergegas ke pejabat pos balik.. Masih ada dalam 30 giliran.. Menunggu dengan penuh sabar.. yg ni ejulz faham la kalau lambat sikit.. sebab ada ramai customer.. x macam kat balai tadi.. Bila dah sampai giliran, sekejap je dia renew.. then, ejulz ambik kesempatan bagi surat2 budak2 rumah yg dah pindah.. heHe..

Selesai renew lesen, ejulz ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).. Ejulz nak buat ic sebab ic lama dah rosak.. cip pun dah xleh nak baca.. Kat sini pun ramai org.. ejulz dpt no giliran 0388.. Masa masuk tadi diorang tgh layan 032+.. lama jugak la tunggu.. sebab ramai org.. tapi proses dia cepat je.. lepas dia key in je kat komp diorang.. tunggu giliran ambik gambar.. dengan rambut kusut masai, ejulz pun bergambar.. then, dia kata boleh ambik ic esok.. ingatkan boleh dapat arini jugak.. kene ambik esok jugak.. terpaksa la mintak kebenaran keluar ngan bos lagi esok.. huH!

K, laa.. nak sambung makan eskrem jap.. heHe.. kepada kerani kaunter pembayaran yg bertugas di balai trafik Putrajaya, bertugas laa dgn lebih dedikasi supaya dapat membantu meningkatkan mutu service Malaysia..

Tidur x lena, mandi x basah..

Tidur x lena, mandi x basah?? tajuk entry ni xde kene mengena dgn yg masih hidup maupun yg telah meninggal dunia.. Cuma mata ni je xleh lelap.. Pesal la mata ni xleh nak tido.. Nak kata siang tadi membuto aka zzzZZzz, xde pulak.. Siang tadi g jalan2 ngan 'awek' baru.. Nak 'run' awek baru ni sampai selesa.. hii... Jangan salah faham pulop.. 'awek' baru ejulz tu motor baru la.. 'awek' lame curang.. hancur lepas eksiden aritu.. pegi bawak awek g alamanda.. g alamanda pulak ada fesyen show.. fulamak!! minah salleh cun.. mat salleh xyah tengok la.. haHa.. Lepas makan apa yg patut kat alamanda, ejulz bergerak ke south city.. Jumpe pulak kedai DVD ";baek punya".. haHa.. beli la dvd 5 in 1.. cerita menarik laa jugak.. x penah tengok lagi.. last2 dvd tu boleh tercicir dari motor.. adeii.. ruginye..

Esok nak cuti, nak gi hospital.. Nak bukak jahit kat kaki yg belum bukak lagi ni.. then, nak gi balai, bayar saman yg belum bayar lagi lepas eksiden aritu.. keluar lagi duit.. adeiii!! asyik kuar duit je ni.. bila la nak masyukkkk!! huHu. Pastu nak settlekan apa yg patut..

K, laa.. setakat tu saje nak kongsi arini.. semoga hari ini menjadi lebih baik dari semalam.. dan semoga esok lebih baik dari harini.. selamat malam.. gud nite.. tido g.. zzzzZZZZzz

Friday, 25 March 2011

Alhamdulillah dah settle masalah..

Alhamdulillah masalah transport dah settle.. terima kasih la kat kawan2 yang banyak membantu dan memberi info. Dalam masa nak uruskan motor selepas eksiden ni memang banyak dugaan.. Satu persatu masalah..

Mula nak repair je motor tu.. target dalam RM500 je nak repair.. sekali tengok enjin pun bermasalah lepas eksiden tu.. bila dah main enjin tu, tau la berapa dah kene keluarkan duit.. sekali total semua seribu lebih.. dah tengok teruk sgt trade in je la kat kedai.. dengan kerosakan yg teruk sgt, tauke kedai sanggup ambik RM1500 je.. nk senang ejulz pun try la apply AEON Credit untuk buat bayaran ansuran bulanan.. Sekali AEON Credit reject sebab sangkut kat Bank Negara.. Bila pergi kat Bank Negara pulak, pegawai kat situ pun tunjukkan report kewangan ejulz.. Diorang kata bersih.. xde masalah..

Call sekali lagi AEON Credit.. Diorang suruh apply lagi.. sekali reject lagi.. memang menyakitkan hati dan menyusahkan customer.. Bila kita tanya sebab ape reject xde jawapan pulak.. teringin nak tau ape yg buat diorang reject, tapi sampai sekarang xtau.. mungkin ada hikmah apabila diorang reject.. xde laa nak bayar interest diorang yang hampir RM3000..

Alhamdulillah dapat sumber utk beli cash.. akhirnya semua dah settle.. senang sikit la nak pergi keje..

Thursday, 24 March 2011

"AEON CREDIT SERVICE" Bikin Panas!!!

Lama dah x mengupdate blog ni.. Ejulz sibuk nak uruskan urusan beli motor.. Motor dah 'barai' lepas eksiden aritu.. Terpaksa laa beli motor baru.. Trade in kat kedai motor, diorang ambik RM1500 je.. huu.. beli RM8+++. pakai 3 tahun lebih.. then jual, RM1500 je.. terpaksa laa..
Nak dijadikan cerita, bila nak beli motor baru ni terpaksa laa bayar ansuran.. then guna laa AEON Credit.. Korang tau x AEON Credit? AEON Credit ni menyediakan kemudahan bayaran ansuran mudah.. Kira macam bank jugak laa.. buat loan.. Bila ejulz buat permohonan melalui kedai motor tu, AEON Credit reject sebab ada masalah "055" ke "505" ke "555".. ape benda laa yg diorang bagitau.. Bila ejulz tanya balik diorang kata sangkut kat Bank Negara. mungkin ada payment loan yg tertunggak.. Then, ejulz terpaksa la mintak tolong member bawak g Bank Negara. Bila pergi sana xde pulak masalah.. Tanya kat pegawai kat Bank Negara, payment semua ok.. xde masalah..

Call lagi AEON Credit, then dia suruh apply sekali lagi n attach sekali surat dari Bank Negara.. Bila semua dah settle, tanya lagi kat AEON Credit.. Diorang kata reject lagi. Then ejulz nak direct line pegawai yg reject tu, sebab nak tau ape sebab dia reject.. Dengan selamba pegawai kaunter tu cakap xde.. yg buat ni ramai.. dah la dgn nada yg menyakitkan hati.. memang bangang laa.. Ejulz kalau x terpaksa memang x hingin la nak tambah hutang kat AEON Credit ni.. Dah la interest tinggi.. Cekik darah.. Dulu beli motor harta RM6+++ boleh jadi RM8+++ bila pinjam kat sana..

Kalau betul la ejulz x layak nak pinjam, ejulz x kisah.. Yg ejulz sakit hati, bila ejulz nak tau ape yg buat kene reject tu.. bila nak semak memang x dpt.. Dah la pandai2 kata masalah Bank Negara.. Dah laa xde transport.. pegi KL Bank Negara pun mintak teman member..

BLAHHH LA AEON CREDIT!!! SEKALI AKU DAH TERKENE CAMNI XDE LA AKU GUNE SERVIS KO LAGI!! MACAM HAREEEEMMM!!

Sunday, 20 March 2011

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 7

Assalamualaikum..

Alhamdulillah keadaan ejulz beransur pulih arini.. Dan diharap k0rang jugak berada dalam keadaan sihat hendaknya.. Kali ni ejulz nak share bahasa sarawak lagi.. Kali ni nak share word 2 dalam 1..

"KENAK"

Ape tu 'kenak'?

'kenak' boleh digunakan dalam 2 keadaan @ dengan kata lain ada 2 istilah..

Pertama,
"KENAK" = KENAPA

Kedua,
"KENAK" = KENA

Contoh ayat:

"Kenak nya nangis?"
Kenapa dia nangis?

"Motosikal ya kenak langgar kereta.."
Motosikal tu kena langgar kereta..


ok, tu saja utk kali ni.. semoga faham ek.. kalau x faham buat2 faham je laa.. huHu.. xde laa, kalau x faham tanya je k.. :)

Friday, 18 March 2011

Niat nak pergi kerja tapi x jadi.. huH!

Memang susah kalau xde transport kan? Bila motor ejulz cedera parah akibat kemalangan aritu, ejulz dah jadi hilang arah.. Nak ke sana x boleh, nak ke situ x boleh.. erm, sabar je laa.. Arini bukan setakat niat je nak pergi kerja, tapi memang dah bertolak keluar dari rumah seawal 6.30 pagi tunggu bas menuju ke kompleks C.. Dari kompleks C biasanya disediakan satu van utk ke ofis ejulz sebab nak ke ofis ejulz bukannya senang.. kene naik 2 - 3 buah bas.. tu pun ntah sampai ke tidak.. huHu. Xtau pulak pakcik driver van tu cuti rupanya arini.. adoiiii!! buat penat je keluar rumah awal2 dengan keadaan kaki yg masih terhencut2..

Dah tau pakcik tu cuti, ape lagi, terpaksa la ambik keputusan cuti lagi.. xde transport.. Masa tunggu bas nak balik ke rumah tu bukan main susah.. adeii.. buat sakit ati je dgn driver bas ni.. bila time ejulz tanya, dia kata x pergi kawasan rmh ejulz padahal nombor bas tu memang menuju ke rumah ejulz pun.. tapi ejulz berfikiran positif la kejap.. mungkin dia nak pusing ke tempat lain dulu kot.. then, bila jumpa bas yg nak menuju ke rumah ejulz pulak, dia boleh bawak laju2 sampai x sempat nak tahan.. dah la kaki xleh nak lari.. memang menyakitkan hati.. sebab tu la ejulz x suka naik bas.. tapi dengan keadaan sekarang ni, terpaksa la menahan hati yg sakit tgk driver bas.. adeiiii.

WQN!!! bila la ko nak sembuh?? :(

Kenapa macam x dapat komen?

Malam tadi ejulz blog walking dan cuba komen tapi tak dapat.. Blog tengah ada masalah ker sekarang ni?