Saturday 2 July 2011

20.. PENTING!!

PERTAMA.
 
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

 

KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

 

KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

 

KEEMPAT .

Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.

 

KELIMA.

Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.

 

KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

 

KETUJUH...

Percayailah cinta pandang pertama.

 

KELAPAN..

Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

 

KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
 
KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

 

KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

 

KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

 

KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.

Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

 

KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

 

KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:

1.. Rasa hormat pada diri sendiri;

2. Rasa hormat kepada orang lain;

3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

 

KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

 

KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

 

KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.



















18 comments:

  1. EZAN IDMA : harap ia berguna.. :)

    ReplyDelete
  2. yang bertunang ya setuju..Tapi kinek macam dah lari dari adat kebiasaan..Bertunang 8 tahun pun dah sik pelik..huhu

    ReplyDelete
  3. BeeWhiteRoses : ya laa.. ada kuar metro riya dah betunang tp nikah ngan org lain. adehh.. pelik2 jak nektok..

    ReplyDelete
  4. belog amiyo : sama2 bro..

    ReplyDelete
  5. like..
    thanks 4 sharing//.hmm

    ReplyDelete
  6. barulah mcm, Semanis Kurma ejul, kihkihkihkih! :D

    ReplyDelete
  7. setuju sangat2 dengan semua neh...;-)

    ReplyDelete
  8. kak ieda: stuju jgn x stuju.. heHe

    ReplyDelete
  9. beruang gebu : semput.. semput.. haHa

    ReplyDelete
  10. ila : harus laa stuju.. heHe

    ReplyDelete
  11. asroL : thanks ingatkan...('',)

    ReplyDelete
  12. TQ...
    Sama2 lah kita beramal :)

    ReplyDelete

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...