Saturday, 8 February 2014

Limpahan Rezeki

Limpahan Rezeki?

Tertarik kepada tajuk contest, "Limpahan Rezeki"..

Ingin ejulz kongsikan berkenaan KUNCI REZEKI dari sebuah buku:

Rezeki itu bukanlah yang berbentuk harta sahaja. Tidak benar apabila mengatakan bahawa si kaya adalah orang yang banyak rezekinya manakala si miskin adalah orang yang sempit rezekinya.

Apa sahaja yang memberi faedah kepada kita adalah rezeki. Kekuatan tubuh adalah rzeki. Lidah yang fasih adalah rezeki. Cerdik dan suka berfikir adalah rzeki. Sabar juga adalah rzeki. Semua hal tersebut boleh membawa kita kepada rezeki yang lain. Hakikatnya setiap daripada kita mempunyai rezeki yang unik dan kelebihan tertentu.

Mari kita ambil contoh, apabila rumah si kaya tandasnya tersumbat, dia terpaksa memanggil seseorang untuk menyelesaikannya. Jika sebelumnya si kaya mempunyai kelebihan berbanding pekerja tukang tandas itu dari segi harta, apabila kejadian tersebut berlaku ternyata si pekerja itu pula mempunya kelebihan mengatasi si kaya.

Begitulah Allah mengikat rezeki kita dengan saling memerlukan antara satu sama lain. Ada orang yang sumber rezekinya daripada pekerjaannya sebagai tukang paip, doktor, ahli perniagaan, ustaz dan pelbagai lagi. Terdapat berjuta jenis pekerjaan di dunia ini.

Ibarat jari yang lima, kita tidak boleh mengatakan bahawa ibu jari adalah paling utama. Kita juga tidak sanggup mengatakan bahawa jari telunjuk paling penting. Setiap jari ada kelebihan masing-masing. Begitu juga dengan pekerjaan. Setiap satunya diperlukan oleh yang lain . Nabi Muhammad S.A.W juga tidak pernah memperkecilkan sesuatu pekerjaan walaupun sebagai pengutip kayu api di pandang pasir. Ini menunjukkan, setiap pekerjaan itu ada manfaatnya.

Begitulah Allah menciptakan sistem rezeki kita. Allah mengikatnya dengan pelbagai jenis pekerjaan. Allah juga sudah membahagikan pelbagai kemahiran keppada hambaNya agar kita saling memerlukan. Tukang kayu dengan kelebihannya membuat rumah. Guru dengan kelebihannya mengajar. Tukang masak, tukang kasut dan pelbagai kemahiran lagi sebanyak makhluk ciptaanNya. Bagi setiap makhluk itu sudah tersedia rezeki masing-masing.

Justeru, kunci kepada rezeki adalah kesungguhan dalam melakukan kerja. Sesiapa sahaja yang bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya akan mendapat rezeki yang melimpah. Bukanlah jenis pekerjaan yag menjadi perkara utama, tetapi bagaimana melakukan pekerjaan itu. Tidak ada namanya pekerjaan yang kecil atau yang besar. Pada setiap satu pekerjaan itu wujud rezeki yang melimpah.

Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh, ia juga bermakna kita mensyukuri nikmatNya kepada kita. Sesiapa yang melakukan sebaliknya adalah orang yang kufur nikmat. Kita dapat lihat di sekeliling kita, orang yang bersungguh-sungguh dalam apa juga kerja akan mendapat rezeki yang melimpah.

Inilah janji Allah kepada orang yang bersyukur, sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat." (Ibrahim 14:7)


Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada kita tentang REZEKI.. Jom hadir Talk Show "Limpahan Rezeki" yang akan diadakan di Uniten pada 1 Mac 2014.

Jom sama2 kita memeriahkan contest ni. Klik SINI.





5 comments:

  1. rezeki datang dalam pelbagai bentuk...

    ReplyDelete
  2. Rezeki nie bukan terletak pada duit dan anak semata2.. ramai kita bila tak de duit rasa Allah tak sayang, bila tak de anak rasa putus asa.. sebaliknya dapat meneruskan hidup di muka bumi nie pun dah dikira rezeki.. Alhamdullillah...

    ReplyDelete

GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY

    Assalamualaikum..   Di kesempatan ini ejulz ingin mengucapkan Happy Anniversary yang ke-13 kepada Puan Linda dan suami yang bakal disamb...