Tuesday, 4 March 2014

Power Of SEDEKAH

Assalamualaikum dan selamat malam. Lama dah ejulz x berceloteh panjang. Takut korang bosan pulak dengan celoteh ejulz.. hehe. Ok, malam ni ejulz nak story pasal SEDEKAH.. Mungkin ada antara kita was2 nak bagi sedekah jika didatangi oleh adik2, abg2, kakak2, pakcik2, makcik2 atau siapa saja ketika kita sedang makan kat kedai makan kan? Nak selamat dari perasaan was2 baik sedekah di surau2 atau masjid2.

Nak dijadikan cerita, ejulz ada terbaca satu artikel/kisah yang dikongsi kawan ejulz melalu aplikasi Whatsapp. Cerita tentang seorang hamba Allah yang hadir ke satu seminar yang hanya mampu dihadiri oleh jutawan2 dan hartawan2. Mana taknya, yuran ke seminar tu memang mahal. Hanya golongan kaya yang mampu hadir. Di situ dia ambil peluang bertanya rahsia kepada jutawan2 yang ada. Rahsia yang dikongsikan adalah banyakkan bersedekah. "More you give, more you get back".. Dan apa yang dinasihatkan oleh jutawan tu adalah sedekahlah duit yang paling besar yang ada dalam dompet. Mungkin ada yang pernah baca kisah ni kan?

Mengambil ikhtibar dari cerita ni, ejulz pun cuba amalkan iaitu sedekah nilai terbesar yang ada dalam dompet. Ejulz bukanlah orang kaya yang selalu ada duit besar2 dlm dompet.. heHe. Jumaat lepas ejulz sedekah RM10. Tu je nilai yang terbesar dlm dompet ejulz ketika tu. Sambil berdoa agar duit tu digunakan untuk kebaikan masjid dan semoga Allah gantikan duit tu dengan rezeki yang lebih luas.

Pada malamnya, kakak ejulz minta tlg ejulz transfer duit ke akaun kawannya. Alangkah terkejutnya ejulz bila melihat baki akaun bertambah RM8++.. RM8++ datang dari sumber yang ejulz x pernah sangka. Syukur Alhamdulillah.

Apa yang ejulz boleh kongsikan kat sini :

* Jangan tinggal solat
* Jangan lupa bagi duit kat mak ayah bila dpt rezeki lebih / gaji walaupun sedikit
* Amalkan solat sunat dhuha
* Amalkan bersedekah

Insyaallah akan murah rezeki.

*Ejulz nak minta maaf sekiranya ada yang x suka dengan cerita ejulz ni.. Ejulz tahu jika bersedekah seelok2nya jangan bagitau sesiapa. Bukan tujuan ejulz nak bermegah, menunjuk2 atau berbangga diri, cuma nak kongsi apa yang betul2 berlaku pada diri ejulz.. Selalu baca je kisah2 macam ni..  ejulz berharap cerita ni akan dapat jadi ikhtibar kepada kita semua termasuk diri ejulz sendiri dan peransang kepada kita untuk bersedekah. Teringat dengan kata2 jutawan kepada hamba Allah yg ejulz baca sebelum ni, "Kau sedekah je duit yg paling besar yg ada dalam dompet kau. Kau akan tengok keajaibannya nanti.."



6 comments:

  1. bagus entri ni :)..saling mengingati..

    ReplyDelete
  2. Selalunya kalau kita sedekah, ataupun kasi duit kat parent kita, even bila kadang2 duit mcm tak cukup pun, insha Allah duit tu akan cukup je. berkat kan :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete

GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY

    Assalamualaikum..   Di kesempatan ini ejulz ingin mengucapkan Happy Anniversary yang ke-13 kepada Puan Linda dan suami yang bakal disamb...