Tuesday 29 July 2014

Beza kubur kampung dengan kubur bandar

Pada hari raya pertama, ejulz menziarahi kubur arwah atuk dan nenek sebelah mak.. Boleh dikatakan kubur di kawasan bandar. Agar teratur dan tersusun. Ramai yang meziarahi kubur2 keluarga masing2..

Pada hari raya ke-2 pula, ejulz ke kampung bapa pulak. Nak ziarah kubur arwah atuk dan nenek sebelah bapa disamping nak ziarah keluarga di sana.

Apa BEZA kubur bandar dan kubur kampung?

Semestinya kubur bandar agak tersusun manakala kubur di kampung bapa ejulz agak sempit dan tidak tersusun. Namun bukan itu yang hendak ejulz kongsikan. Tapi perbezaan dari segi komunikasi dan perhubungan. Maksud ejulz di sini adalah semasa menziarahi di kubur sebelah mak yang terletak di kawasan yang agak bandar, semua sibuk dengan kubur keluarga masing. Memang ada yang bersalaman dan bertegur sapa semasa berselisih, tetapi hanya segelintir. Lain pula di kampung, hampir semua akan bersalaman walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.

*Hari ni dah masuk keje. Kacau semangat beraya.. :(


2 comments:

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...