Thursday 13 October 2016

Tafsir Al-Quran (Surah Al-Fatihah)

1. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.
3. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
4. Pemilik hari pembalasan.(1)
5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.(2)
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) orang-orang yang sesat.(3)

(1) Yaumiddin (hari pembalasan), hari ketika manusia menerima pembalasan daripada amalannya, sama ada baik atau buruk. Disebut juga sebagai yaumul  qiyamah, yaumul hisab, dan sebagainya.
(2) Jalan yang lurus, iaitu jalan hidup yang benar, yang dapat membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
(3) Mereka yang dimurkai, adalah mereka yang sengaja menentang ajaran Islam. Mereka yang sesat adalah mereka yang sengaja mengambil jalan lain selain daripada ajaran Islam.

Keutamaan Membaca Al-Fatihah dalam Solat (QS Al-Fatihah, 1: 1-7)

Hadis Qudsi
Abu Hurairah r.a berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,  "Allah berfirman 'Aku membahagi solat antara Aku dengan hamba-Ku, dan hamba-Ku mendapatkan sesuatu yang dia pinta. Apabila seorang hamba berkata, (Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam) maka Allah berkata, 'HambaKu memuji-Ku'. Apabila hamba tersebut mengucapkan, (Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang). Allah berkata, 'Hamba-Ku memuji-Ku'. Apabila hamba tersebut mengucapkan, (Pemilik hari pembalasan). Allah berkata, 'Hamba-Ku memuji-Ku'. Seterusnya Dia berfirman, 'Hamba-Ku menyerahkan urusannya kepada-Ku'. Apabila hamba tersebut mengucapkan, (Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan) Allah berkata, 'Ini adalah antara Aku dengan hamba-Ku. Dan hamba-Ku mendapatkan sesuatu yang dia minta'. Apabila hamba tersebut mengucapkan, (Tunjukilah kami jalan yang lurus,, (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat). Allah berkata, 'Ini untuk hamba-Ku, dan hamba-Ku mendapatkan apa yang dia minta." (Hadis Riwayat Muslim, Sahih Muslim, Jus 2, No. Hadis 807:9)



#Ejulz bukanlah seorang yang pandai dan berilmu. sekadar taip semula dari tafsir Al-Quran. Harap perkongsian ini berguna dan bermanfaat ketika ejulz di 'sana' kelak. Insyaallah..


2 comments:

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...