Skip to main content

TANGGUNGJAWAB

Assalam dan selamat pagi. Lama dah rasanya x update. Kalau update pun simple2 je. Tak mampu nak berceloteh panjang lebar. Jenuh nak taip guna phone. Hehee.

TANGGUNGJAWAB?

Tanggungjawab ni wajib ada pada semua orang. Baik lelaki ataupun wanita, pasti ada tanggungjawab masing-masing. Tetapi bagi insan yang bergelar lelaki pasti berat tanggungjawab yang hendak dipikul. Seorang anak lelaki yang perlu menjaga kedua ibu bapanya. Seorang suami yang perlu menjaga isterinya. Seorang ayah yang perlu menjaga cahaya matanya. 

Perlu memastikan nafkah keperluan harian tanggungan mencukupi. Perlu mamastikan tempat tinggal, pakaian dan makan minum mencukupi. Kalau anak-anak dah besekolah, perlu memastikan keperluan pendidikan disediakan.

Ejulz pasti ramai yang sudah mempunyai kerja tetap pun ada yang membuat kerja partime untuk menambah pendapatan. Ejulz sendiri pun buat partime jual aiskrim. Tak ada la lumayan sangat hasilnya. Tapi alhamdulillah bolehlah buat tambah belanja beli pampers anak ☺

Nampak je macam senang. Buat aiskrim je pun. Tapi hakikatnya memerlukan komitmen masa dan tenaga. Pernah sekali dapat tempahan sehingga 400 pcs aiskrim. Sabtu dan ahad dari pagi hingga lewat malam buat aiskrim. Sabtu dan ahad tu satu hari dapat siapkan dalam 150 pcs. Dua hari dapatlah siapkan 300 pcs. Jadi masih ada 100 lagi untuk siapkan tempahan. Hari isnin selepas balik dari kerja, ejulz cuba siapkan tempahan. Selepas masa bekerja ejulz hanya mampu siapkan 50 pcs je. Tu pun hingga lewat malam. Dan hari selasa ejulz siapkan balance 50 pcs hingga lewat malam. Pagi pula terpaksa bangun awal sebab jarak ke tempat kerja jauh. Perjalanan mengambil masa hampir satu jam perjalanan. Begitulah rutin harian ejulz. 

Semoga ada rezeki bekerja dekat dengan tempat tinggal satu hari nanti. 

Penat? Memang penat. Tapi bila fikirkan keluarga, penat tolak ke tepi. Yang penting segala keperluan keluarga dapat disediakan.

Panjang lebar pulak celoteh ejulz kali ni. Sakit jari tapi kat phone ni. Hehee.

**Ejulz doakan semoga sahabat yang membaca dan singgah di sini dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Amin. 


Comments

  1. alhamdulillah, moga di permudahkan urusan ejulz n keluarga...
    beruntung isteri n anak ada suami dan ayah yg bertanggungjwb spt ejulz, bersusah2 dulu, insyallah akan dtg senang di kemudian hari

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rajin ejulz tambah pendapatan keluarga..bukan senang nak jumpa yang bertanggungjawab macam ejulz..xpe bersusah payah di dunia insyallah pasti hebat ganjarannya di akhirat nanti..aamiin :)

    ReplyDelete
  3. Semoga Ejulz dan keluarga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  4. Sikpa julz, susah2 dahulu bersenang kemudian, insyaallah

    ReplyDelete
  5. moga urusan ejulz dipermudahkan. Sik hal, molah aiskrim pun mun banyak tempahan boleh ya... best eh.

    ReplyDelete
  6. Keluarga jadikan pemangkin semangat..bismillah.InshaAllah berkat doa mereka..semua jadi mudah kalau tidak di sini nanti di SANA.

    ReplyDelete
  7. semoga urusan ejulz dipermudahkan dan juga kepada semua yang membaca. tak kira buat apa2 pekerjaan pun.

    ReplyDelete
  8. aminnnnnn...

    tanggungjawab = amanah kpd kita.
    kena laksanakan.

    ReplyDelete
  9. biasanya kita akan sanggup berkorban demi sesuap nasi untuk keluarga...

    ReplyDelete
  10. tanggungjawab adalah amanah... besar pahalanya jika amanah dipikul sebaiknya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bahasa Bidayuh Serian Sarawak

Bidayuh Serian Punya Bahasa ⇩  • saya ⇨ aku • awak ⇨ amu • cantek/hensem ⇨ timengen/hensem • ya ⇨ aye • jangan ⇨ aba • tiada ⇨ anyap • taknak ⇨ agak • menyampah/geli ⇨ sidod • tahu ⇨ puan • kalau ⇨ wang • berlagak ⇨ sumbong • mana ⇨ gapih • sini ⇨ gatik • sana ⇨ ga-ih • mahu ⇨ irak • sekarang ⇨ itin • budak ⇨ anak inya • muda ⇨ ungod • pukul ⇨ paluk • jatuh⇨ jatuk • baring ⇨ nguleng • kacau ⇨ ngaco • paksa ⇨ maksa • makan⇨ maan • ngegeh ⇨ sundel • kucing ⇨ singau • anjing ⇨ kasung • nanti ⇨ matik • jalan2 ⇨ panu2 • sibuk ⇨ gago *Pelikk kan ? Tpi itulah bahasa kami BIDAYUH SERIAN SARAWAKIANS Copy & Paste. Ejulz sendiri pun x pandai bahasa bidayuh. Hehe. Kalau la mahir semua bahasa. Hehe

Akhirnya tewas 21-27/3/2022

Setelah lebih kurang 2 tahun kita dilanda wabak covid-19, akhirnya ejulz tewas juga. Walaupun telah cuba sedaya upaya melindungi diri dari wabak berkenaan untuk melindungi keluarga, sekelip mata terkena juga. Walaupun tidak tahu dari mana dan bagaimana boleh terkena, tapi kadang-kadang kecewa dengan sikap segelintir orang sekeliling yang sambil lewa. Dan mungkin untuk peringatan diri juga. Kecewa dengan sikap segelintir orang sekeliling? Terlebih dahulu ejulz mohon maaf andai apa yang ejulz katakan akan mengguris hati sahabat2 di sini yang merokok. Tapi inilah kenyataannya. Bukan ejulz melarang atau tidak membenarkan mereka yang merokok untuk merokok. Tapi kalau merokok di tempat yang tidak sepatutnya memang menyusahkan pihak lain lebih-lebih lagi mereka yang tidak merokok. Korang bayangkanlah bagaimana suasana pejabat dimana pekerja merokok di dalam pejabat seperti tidak ada salah langsung. Yang guna vape apatah lagi. Alkisah bermula pada 20 Mac 2022 dimana kakak ejulz yang sepatutnya

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 6

Assalamualaikum n selamat pagi.. Wahh!! dah lama rasanya ejulz x buat entri pasal bahasa Sarawak.. Faham x entri Mari belajar bahasa Sarawak yg ejulz dah buat sebelum ni.. kalau x faham jangan malu, jangan segan.. tanya je.. ejulz x makan org pun. heHe Sejak kebelakangan ni, ejulz x sempat nak buat entri sebab sibuk sgt2.. Bila dah sibuk tu, macam2 la reaksi ejulz.. memang kelam kabut laa dibuatnya.. hiHi. So, arini ejulz nak share perkataan kelam kabut dalam bahasa sarawak.. Dalam bahasa sarawak, kelam kabut bermaksud "Kamboh".. KELAM KABUT = KAMBOH Dengan kata lain "Kamboh" ni bermaksud kecoh.. ni pun kira macam "kamboh" jugak laa.. hiHi Diharap semua boleh faham ek.. Kalau x faham @ ada nak tanya, tanya je laa k.. ejulz sedia membantu.. heHe  :)