Tuesday, 31 December 2019

Blog Achieve sepanjang 2019


Tidak konsisten. Itu yang boleh ejulz katakan tentang pencapaian blog ejulz di tahun 2019 ni. Jan 24 entry, Feb 12 entry, Mac 40 entry, Apr 15 entry, Mei 13 entry, Jun 2 entry, Jul 8 entry, Ogos 2 entry, Sept 1 entry, Okt 4 entry, Nov tiada entry, dan Dis 13 entry termasuk entry ni. Hurmmm.. Mungkin disebabkan beberapa faktor seperti kesibukan dan masalah teknikal seperti internet.


Secara keseluruhannya bilangan entry tahun 2019 menurun dari tahun 2018. Harap ada semangat baru tahun 2020 untuk berblog.. hehe


Senarai Pengomen Tegar DIS 2019


Inilah senarai pengomen tegar blog ejulz untuk bulan DIS 2019 ni.. Terima kasih kerana sudi singgah & tinggalkan komen walaupun ejulz dah jarang post entry di hujung2 tahun 2019 ni.. 


Sekali lagi ejulz ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi singgah kat teratak ejulz yang tak seberapa ni.. hehe. Yang belum follow diorang ni, silalah follow.. Diorang ni memang sporting. :)



Sunday, 29 December 2019

Kenduri kawen 28 DIS 2019

Semalam berkesempatan hadir kenduri kawen seorang lagi kazen sebelah wife.. Majlis diadakan di Dewan Suarah Samarahan. Ramai juga la tetamu yang datang dari pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan.











Thursday, 26 December 2019

1st Giveaway by YYSELLA



Hari ni berpeluang join GA. Lama juga rasanya dah tak join GA sejak line x berapa nak ok.. Alhamdulillah. Hari ni ada kesempatan.

Jom kita meriahkan GA ni.. Kalau nak join klik banner kat atas ni k.. Syarat pun mudah..


Wednesday, 25 December 2019

Coconut Shake Terbaek di Kuching, Sarawak

Inilah Coconut Shake terbaek di Kuching, Sarawak setakat ni. Kedai ni terletak di Kampung Telaga Air. Kalau lalu kat kawasan ni memang berduyun-duyun pelanggan datang.




Kali ni dapat no giliran 14.




Tengok syok ambil gambar, tak sengaja terambil gambar junior masa sekolah dulu. Kalau dia tak tegur memang ejulz dah tak kenal. Hehe



Cerita semalam

Semalam 24/12/2019.. Sambut awal birthday anak sedara, mak dah ayah ejulz. Anak sedara 27/12, ayah 28/12 dan mak 29/12. Sambut awal semalam sebab hari ni anak sedara dan keluarga dah balik ke Sibu.

Haa. Ni la dia 2 bday boy n bday girl.. heheee



Ejulz buat sate sendiri je. Puas hati banyak.. hehe


Buat simple2 je.. sambut bersama keluarga. Sekali sekala dapat kumpul ramai2.. 







Monday, 23 December 2019

Jelingan tajam!! Jangan main-main!!



 Gambar 2 hari lepas semasa di kampung. Bukan main lagi jelingan dia..
๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Saturday, 21 December 2019

21.12.2019 - kenduri kawen kazen wife

Alhamdulillah selesai majlis perkawinan kazen wife pagi tadi. Dapat juga tolong apa yg termampu. Ni keistimewaan majlis di kampung. Semua keluarga dan penduduk kampung bergotong royong bagi memastikan majlis berjalan lancar. Ada yang memasak. Ada yang mencedok lauk ke pinggan. Ada yang menyediakan air basuh tangan dan air minum. Ada yang menghidang makanan. Ada yang jadi tukang basuh pinggan mangkuk. Dan macam-macam lagi. 



Antara tradisi yang masih dijalankan semasa majlis perkahwinan di kampung adalah silat. 





My botak girl pun hadir tengok pengantin ๐Ÿ˜‚




Alhamdulillah majlis berjalan lancar.




Friday, 20 December 2019

Majlis perpisahan

Hari ni 20/12/2019, meraikan pegawaiyang bersara dan bertukar. Semoga mereka terus sukses dalam kehidupan. 





























Harap ada rezeki kali ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger. Lama rasanya dah tak update sini. Alhamdulillah setelah 10 tahun mencuba, dapat p...