Tuesday, 31 March 2020

Perkhidmatan Terbaik, Produk Berkualiti

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni 31 Mac 2020 ejulz ada create satu page fb (Perkhidmatan Terbaik, Produk Berkualiti). Page ini adalah untuk mempromosikan perkhidmatan dan produk anda.

Mohon follow & like page Perkhidmatan Terbaik, Produk Berkualiti kalau sudi k.. ๐Ÿ˜Š

Anda yang mempunyai produk / perkhidmatan dan berminat untuk diviralkan dalam page ini boleh emel ke asrul_harfan@hotmail.com.

Kongsikan kepada rakan-rakan anda. Semoga bermanfaat untuk kita semua.




Friday, 27 March 2020

Doa dijauhi wabak dan bala

Jom perbanyakkan doa menghadapi ujian COVID-19 ini ..

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงุตْุฑِูْ ุนَู†َّุง ู‡َุฐَุง ุงู„ْูˆَุจَุงุก ، ูˆَู‚ِู†َุง ุดَุฑَّ ุงู„ุฑَّุฏَู‰ ، ูˆَู†َุฌِّู†َุง ู…ِู†َ ุงู„ุทَّุนْู†ِ ูˆَุงู„ุทَّุงุนُูˆู†ِ ูˆَุงู„ْุจَู„َุงุก ، ุจِู„ُุทْูِูƒَ ูŠَุง ู„َุทِูŠูُ ูŠَุง ุฎَุจِูŠุฑ ، ุฅِู†َّูƒَ ุนَู„َู‰ ูƒُู„ِّ ุดَูŠْุกٍ ู‚َุฏِูŠุฑ .

“Ya Allah, jauhi kami daripada wabak ini. Lindungi kami daripada kebinasaan yang buruk. Selamatkan kami daripada kekurangan, taun dan bencana, dengan kelembutan-Mu wahai Tuhan Yang Maha Lemah Lembut lagi Maha Tahu. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa ke atas setiap perkara.”

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฅِู†َّุง ู†َุนُูˆุฐُ ุจِูƒَ ูˆَุจِูƒَู„ِู…َุงุชِูƒَ ุงู„ุชَّุงู…َّุฉ ، ู…ِู†َ ุงู„ุฑِّูŠْุญِ ุงู„ْุฃَุญْู…َุฑ ، ูˆَู…ِู†َ ุงู„ุฏَّุงุกِ ุงู„ْุฃَูƒْุจَุฑ ، ูِูŠ ุฃَู†ْูُุณِู†َุง ูˆَุฃَุฑْูˆَุงุญِู†َุง ูˆَุฏِู…َุงุกِู†َุง ูˆَู„ُุญُูˆู…ِู†َุง ูˆَุดُุนُูˆุฑِู†َุง ูˆَุฌُู„ُูˆุฏِู†َุง ูˆَุฃَุนْุฑَุงู‚ِู†َุง ูˆَุฃَุนْุตَุงุจِู†َุง ، ูَุฅِุฐَุง ู‚َุถَูŠْุชَ ุฃَู…ْุฑًุง ูَุฅِู†َّู…َุง ุชَู‚ُูˆู„ُ ู„َู‡ُ ูƒُู†ْ ูَูŠَูƒُูˆู† .

“Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung dengan-Mu dan kalimah-kalimah-Mu yang sangat sempurna, daripada penyakit angin ahmar dan sakit kronik pada diri kami, roh kami, darah kami, daging kami, bulu kami, kulit kami, urat kami dan otot kami. Apabila Engkau telah menetapkan sesuatu perkara, Engkau hanya berfirman, “Jadilah!” lantas terjadilah ia.”

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงุฏْูَุนْ ุนَู†َّุง ุงู„ْุจَู„َุงุกَ ูˆَุงู„ْุบَู„َุงุกَ ูˆَุงู„ْูˆَุจَุงุกَ ูˆَุงู„ุทَّุงุนُูˆู†َ ูˆَุงู„ْูَุญْุดَุงุกَ ูˆَุงู„ْู…ُู†ْูƒَุฑَ ูˆَุงู„ْุจَุบْูŠَ ูˆَุงู„ุณُّูˆุกَ ุงู„ْู…ُุฎْุชَู„ِูَ ูˆَุงู„ุดَّุฏَุงุฆِุฏَ ูˆَุงู„ْู…ِุญَู†َ ู…َุง ุธَู‡َุฑَ ู…ِู†ْู‡َุง ูˆَู…َุง ุจَุทَู†َ ، ู…ِู†ْ ุจَู„َุฏِู†َุง ูˆَู‚َุฑْูŠَุชِู†َุง ู‡َุฐِู‡ِ ุฎَุงุตَّุฉ ، ูˆَู…ِู†ْ ุจُู„ْุฏَุงู†ِ ุงู„ْู…ُุณْู„ِู…ِูŠู†َ ูƒَุงูَّุฉً ุนَุงู…َّุฉً ، ุฅِู†َّูƒَ ุนَู„َู‰ ูƒُู„ِّ ุดَูŠْุกٍ ู‚َุฏِูŠุฑ .

“Ya Allah, jauhi kami, negeri kami khasnya dan negara umat Islam amnya daripada segala bala, kenaikan harga, wabak, taun, perlakuan keji, mungkar, pelampauan, keburukan, kesusahan, dan ujian sukar yang nyata dan tersembunyi. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa ke atas setiap perkara.”

Thursday, 26 March 2020

Bisnes Sosial E-Commerce Fingo (11)


KELEBIHAN UPGRADE JADI PS  Pertama kita kena tau perbezaan sebagai Shopper dan Preferred Shopper (PS)  

Shopper 
๐Ÿ“ŒDaftar free melalui link 
๐Ÿ“ŒBuat pembelian di Fingo, dapat baucer potongan harga utk pembelian seterusnya. 
๐Ÿ“ŒTidak memiliki link utk dikongsi / tidak layak menerima komisen dari FINGO  

Preferred Shopper 
๐Ÿ“Œ Upgrade melalui pakej belian RM199 
๐Ÿ“Œ Dapat barang (ikut pilihan hati sendiri) 
๐Ÿ“Œ Dapat baucer potongan harga, dengan jumlah terkumpul RM199  
๐Ÿ“Œ Memiliki link utk dikongsi kepada org lain 
๐Ÿ“Œ Layak menerima komisen dr Fingo, yg mana setiap ahli yg mendaftar dgn link PS ne, kalau ahli buat pembelian akn dpt komisen mengikut harga barangan. 
๐Ÿ“Œ Kalau ahli upgrade jd PS pula, akn dapat RM50. 
๐Ÿ“Œ Semua komisen yg masuk, kita boleh withdraw masuk account kita..  Bayangkan klu ada 100 ahli, 10 ahli upgrade jd Ps, dpt komisen RM500..  Klu 100 ahli buat pembelian , contohlah Pn dpt RM5 utk setiap barang yg mereka beli, 100 x RM5 = RM500  _Hari ne drg join jd member,  mmg drg tdk akn terus membeli atau upgrade..











Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:
 


Tuesday, 17 March 2020

Bisnes Sosial E-Commerce Fingo (10)

*Fingo adalah Syarikat milik orang awam melalui Sistem Affiliate*๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Untuk membuka kedai dalam talian, anda perlu menyediakan:
 ๐ŸŽˆ1. sistem pemesanan
 ๐ŸŽˆ2. Sistem penghantaran
 ๐ŸŽˆ3. Sistem pengambilan
 ๐ŸŽˆ4. E-menu
 ๐ŸŽˆ5. Aplikasi Pengurus
 ๐ŸŽˆ6. Sistem sandaran Admin
 ๐ŸŽˆ7. E-baucar
 ๐ŸŽˆ8. Bayaran penghantaran
 Anda perlu menghabiskan sekurang-kurangnya RM3000 kepada mereka setiap tahun !!!๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ
  Dan belum lagi bahagian inventori, pergudangan ......

๐Ÿ˜˜ Walau bagaimanapun, sekarang anda hanya perlu membelanjakan RM199, dan biarkan kami melakukan semua perkara di atas untuk anda!
 Kedai fingo, ialah sebuah kedai atas talian yang terletak di dalam telefon bimbit anda!
 Anda tidak perlu menyusahkan diri untuk menyimpan inventori atau penghantaran barangan!  Kami mempunyai pelbagai produk berkualiti untuk anda pilih!

 Kedai Fingo, sebuah kedai atas talian milik anda sendiri!  Ia membantu anda mencapai impian anda dan memberikan anda kehidupan yang anda impikan!


Sekarang ada promosi upgred ps rm199 dapat PERCUMA voucher rm398..

Nak jadi pembeli biasa pun boleh..





 


Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:







Monday, 16 March 2020

Segmen Bloglist aimanabdullah 2.0

Segmen Pencarian Bloglist aimanabdullah.com 2.0 

Jom meriahkan bloglist sedara Aiman ni..

 

Giveaway : Teka Harga Stationery by Redza Channelz


Ok, kali ini ejulz join GA dari sahabat baru. Ejulz baru je follow. Jom kita tambah kenalan & meriahkan GA ni k..

Jom follow REDZA dan join GA ni..



JOM FOLLOW MEMFOLLOW


Assalam..  

Ok. Hari ni ejulz tak tau nak post entry berkenaan apa.. hehe. Jadi, kali ni ejulz nak tambah kenalan blogger. Untuk itu ejulz perlu sedikit pertolongan korang semua. Tolong masukkan link blog sahabat blogger korang di ruangan komen di bawah. Ejulz akan follow kalau ejulz belum follow. Tu je. Senang.. Hehe

Korang juga dijemput follow kalau belum follow dan kalau rasa nak follow. Yang pasti ejulz akan follow kalau ejulz belum follow. hehe

SELAMAT MENAMBAH KENALAN BLOGGER



Saturday, 14 March 2020

Keropok MONY

Bagi mengisi kekosongan aktiviti arini ejulz goreng keropok Mony untuk anak-anak sedara ejulz.


Haaaa.. Ni la hasilnya..


Friday, 13 March 2020

Pelan Rumah Banglo 1 Tingkat TERBAIK

Siapa yang tidak mengimpikan sebuah rumah sendiri kan? Mungkin ada yang sudah mempunyai rumah sendiri. Dan mungkin juga yang masih belum mempunyai rumah sendiri. Ejulz sendiri pun belum mempunyai rumah sendiri. Insyaallah kalau ada rezeki adalah rumah sendiri satu hari nanti. Dalam dilema membeli atau membina rumah ni banyak faktor yang difikirkan. Antara faktor yang paling dititikberatkan adalah kewangan. Adakah pendapatan bulanan sudah mencukupi untuk membeli rumah. Kalau ada tanah pusaka pun perlu mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membina rumah supaya perbelanjaan harian tidak terganggu.
Bila kita impikan untuk mempunyai rumah ni, haaa mulalah menggodek Mr. Google untuk melihat dan mencari harga rumah yang berpatutan. Hinggalah terjumpa web DAWAI BESI ni. Banyak rekaan yang menarik. Banyak-banyak rekaan rumah yang dibuat oleh Nas Nuri Construction Sdn Bhd ni, ejulz tertarik dengan rekaan di bawah ni.
Rekaan rumah banglo setingkat ini berkonsepkan alam semula jadi di dalam rumah.
  1. Rekaan rumah ini adalah setiap ruang di dalam rumah disambungkan antara satu sama lain dan bertumpukan pada elemen alam semula jadi di dalam rumah ini iaitu open courtyard.
  2. Rekaan open courtyard ini adalah terbuka dan hanya boleh dinikmati oleh pengguna di dalam rumah itu sahaja.
  3. Rekaan landskap courtyard itu terletak kepada cita rasa pengguna. Kemasan luaran rekaan ini bertemakan minimalis dengan minimalkan pengunaan corak dan coping.
  4. Disertakan juga rekaan 'light shelf' pada tingkap untuk melantunkan cahaya semula jadi luar masuk ke dalam ruang tertentu di dalam rumah ini.
  5. Dengan keluasan 5221 kaki²,rekaan banglo setingkat ini mempunyai 5 bilik tidur dan 4 bilik air.Rekaan ini sesuai di mana-mana sahaja lokasi tanah yang berbentuk segi empat sama tidak kira di bandar mahupun di desa.








Nak tengok contoh pembinaan oleh Nas Nuri Construction Sdn Bhd ni boleh layari facebook NAS NURI CONSTRUCTION SDN BHD

Contoh-contoh pelan rumah boleh tengok kat web DAWAIBESI




Bisnes Sosial E-Commerce Fingo (9)

KENYATAAN GM FINGO CS LEE ROADSHOW FINGO KELANTAN:

1. Sampai bulan 2 dah ada 1.7 juta USER dalam masa setahun

2. Harga nilai FINGO hari ini adalah 10 JUTA USD

3. Barangan dlm apps Fingo adalah 18,000 unit,target tahun ini 60,000(target 50% adalah produk bumiputera)

4. Pasaran FINGO adalah seluruh ASEAN dalam masa 5 tahun,dah kuasai nanti FINGO akan menyenaraikan SAHAM FINGO di PASARAN NASDAX(NEW YORK).Baru FINGO akan berkembang ke INDIA & seluruh ASIA KECUALI CHINA.Bila dah kuasai seluruh ASIA,kemungkinan KONSEP BIZ CASH BACK akan pergi ke SELURUH DUNIA.

5. Target permulaan FINGO adalah fokus kepada E-COMMERCE...Projek Next FINGO akan gunakan konsep CASH BACK utk khidmat beli tiket,bayar bil,hotel & semua jenis servis yg ada diatas muka bumi ini...KENAPA FINGO blh lakukan semua ini???
Sebab DATA BASE USER IS KING!!!

6. Hari ini di China orang membeli 8-12 kali setiap hari...Malaysia & negara lain akan mengalami keadaan yg sama.

7. Sale FINGO setiap hari lebih kurang RM200,000 setiap hari & jumlah barangan yg yg dibeli dlm 3-4 ribu unit setiap hari

8. Fingo telah memperkenalkan E-STORE utk nampak lagi nilai esklusif setiap ahli Affiliate

9. Target semua org mesti AT...KENAPA???
In Sha Allah AT berpeluang utk memiliki SAHAM FINGO...
KENAPA PERLU MEMILIKI SAHAM FINGO???
SEBAB NILAI SYARIKAT ALIBABA HARI INI ADALAH 600 BILLION!!!
Disini sesiapa berjaya memiliki SAHAM FINGO,tidak mustahil “TERPAKSA JADI JUTAWAN”

10. Setiap company e-Commerce hari ini ada kelebihan masing2 tetapi FINGO hadir dgn KONSEP CASH BACK yg xde dekat semua company lain2...
INILAH POTENSI yg blh mengatasi & pencentus kepada SOCIAL E-DAGANG.

Ejulz dah cuba membeli di FINGO






Anda bila lagi???





 


Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:

Wednesday, 11 March 2020

Alkisah 4 hari 3 malam


 Pada 8 Mac 2020 mama Insyirah travelling atas urusan kerja ke Miri, Sarawak. Siang seperti biasa kakak ejulz aka mak ngah Insyirah yang jaga. Malam hari pertama tu, susah betul nak tidurkan Insyirah ni. Terpaksa minta bantuan mak ngah dia. Tidur kat bahu dulu, baru letak di katil. Tu pun kadang2 dia perasan masa kita nak letak kat katil tu. Huhu. Malam pertama tu dalam jam 11 lebih malam juga la baru dia tidur. Jam 3 lebih pagi dia terbangun. Ejulz layan la dia tengok youtube sampai la jam 5 lebih baru dia tertidur lagi.


Hari ke 2, 9 Mac 2020 seperti biasa ejulz pergi kerja mak ngah Insyirah yang jaga. Balik je kerja ejulz la yang akan jaga Insyirah. Malam kedua ni pun minta bantuan mak ngah tidurkan Insyirah. Dalam jam 12 baru betul2 terlena. Alhamdulillah aritu lena sampai ke pagi dia. 

Semalam pula, 10 Mac 2020 ejulz berjaya tidurkan Insyirah sendiri. Mungkin faktor abang2 sedara dia tak bermain kat luar bilik kot semalam. Sebelum ni memang dia bermain dengan abang2 sedara dia. Dalam jam 11 juga la dia tertidu di bahu ejulz semalam. Dalam jam 2 lebih Insyirah terbangun, minta dukong. Kemudian tertido lagi. Dalam jam 3 lebih terbangun lagi dan macam biasa minta dukong.







Sedih bila nampak raut wajahnya yang rindukan mamanya. Bila terbangun pun sebut 'mama'..



Abaikan lubang hidung k ๐Ÿ˜‚




**Hari tok papa ambik mama k In.. Papa tauk In rindu mama.. ❤❤




Tuesday, 10 March 2020

Hukum Faraid Dalam Pembahagian Harta Pusaka

Banyak dah kes-kes yang kita dengar tentang Faraid ni. Yang paling terkini dan tergempar setelah pemergian Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey. Pada ejulz mungkin kes ni lebih kepada salah faham. Lebih-lebih lagi melibatkan media sosial dan digembar-gemborkan oleh netizen. Semoga keluarga arwah Abam berdamai dan perkara tu dapat diselesaikan segera.

Mungkin disebabkan tidak faham tentang faraid ni timbul masalah dalam keluarga. Bila tidak faham tentang faraid ni, sebab tu berlaku salah faham di antara keluarga. Penting buat kita semua tahu tentang wasiat harta pusaka, hibah harta, hak-hak wanita selepas bercerai dan perkara-perkara lain berlandaskan agama Islam. Kalau nak tahu dengan lebih mendalam boleh layari laman GuamanSyarie . Banyak artikel-artikel yang perlu kita ketahui kat situ.



Hukum Faraid Dalam Pembahagian Harta Pusaka | Bila kita meninggal dunia, harta yang kita ada wajib kita wasiatkan untuk dibahagikan kepada waris yang layak.

Sebut bab pembahagian harta pusaka ada banyak cara, antaranya wasiat, faraid dan hibah. Ini antara yang ramai orang tahu dan pernah dengar.

Tapi, antara ketiga cara ni, cara Faraid biasanya orang tak faham sangat. Memang agak rumit bab pembahagian ni.

Secara asasnya, pasti orang tahu yang Faraid ni, adalah pembahagian harta di mana pihak lelaki akan dapat 2 bahagian dan perempuan 1 bahagian.

Rasa macam tak adil je kan. Tapi betul ke begitu?

Bukan ke Faraid ni hukum Allah?

Wajib ke buat Faraid?

Camne nak kira faraid tu?

Nak jawab semua persoalan tu, kena lah baca lebih lanjut sedikit info Hukum Faraid Dalam Pembahagian Harta Pusaka

Kadar Asas Pembahagian Faraid


Suami: ½ jika si mati (isteri) dan tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, ¼ jika si mati (isteri) mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.

Isteri: ¼ jika si mati (suami) dan tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, 1/8 jika si mati (isteri) mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.

Bapa: 1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, 1/6 + Asobah jika si mati tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan.

Ibu: 1/6 jika si mati mempunyai anak atau cucu perempuan daripada anak lelaki kebawah atau mempunyai beberapa orang saudara (lelaki/perempuan), 1/3 dari keseluruhan harta jika simati mempunyai seorang saudara lelaki atau perempuan sahaja dan tiada anak kebawah, 1/3 dari baki harta jika simati meninggalkan salah seorang suami atau isteri dan bapa tanpa waris lain.

Anak perempuan: ½ jika seorang, 2/3 jika dua orang atau lebih dibahagi sama rata, Asabah Bilghairi jika simati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.

Anak lelaki: 100% daripada baki (Asabah) sekiranya seorang, dikongsi sama rata daripada baki(Asabah) sekiranya lebih daripada seorang, Asabah Bilghairi jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.

Apa-apa pun, selagi kita masih hidup, uruskanlah wasiat dengan sebaiknya. Wasiat boleh ditetapkan 1/3 dariapda harta yang kita milikinya dan selebihnya akan diberikan kepada waris-waris mengikut faraid.

Hukum Faraid Dalam Pembahagian Harta Pusaka

Monday, 9 March 2020

Barakah Sufi Homestay Cameron Highlands


14 - 22 MAC ni dah nak cuti sekolah. Tak nak bawa keluarga pergi makan angin? Haaa.. Banyak tempat menarik di dalam negara kita ni.. Salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi adalah Cameron Highlands. Mengapa ejulz mencadangkan Cameron Highlands sebagai destinasi untuk percutian? Salah satu sebabnya adalah banyak homestay yang ada di Cameron Highlands ni. Jadi tiada masalah untuk penginapan. Kebanyakkan kita semua dah ketahui, pemandangan di Cameron Highlands yang indah dan suhu yang sejuk antara faktor utama pelancong ke Cameron Highlands ni.. Salah satu homestay yang menarik bagi ejulz adalah Barakah Sufi Homestay.
  

Barakah Sufi Homestay Cameron Highlands


Barakah Sufi Homestay terletak di Tanah Rata dan hanya 500 meter dari Pasar Malam Brincahng dan 1km dari Cameron Valley Tea House.



Barakah Sufi Homestay Cameron Highlands

Menyediakan penginapan jenis keluarga yang menarik yang boleh memuatkan sehingga 8 orang serta lengkap dengan kemudahan termasuk peralatan dapur. Paling best siap ada balkoni menghadap gunung lagi tau. Untuk kanak-kanak pula, ada taman permainan untuk bermain.





Reviu Tetamu :
"Harga berpatutan dengan kemudahan yang mencukupi.  Lokasi ini terletak di pusat Tanah Rata dan anda boleh mengunjungi tempat-tempat menarik dengan mudah."



Alamat :

Jalan Tengkolok, 

39000 Cameron Highlands, Pahang.



Harga :

Dari RM190 semalam

Friday, 6 March 2020

Hasilan Soya & Tauge

Image may contain: text 

Bagi sahabat-sahabat yang berada di Kuching bolehlah membeli di Kedai Hasilan Soya & Tauge yang dibuat 100% oleh peniaga muslim. 

Di mana lokasi?


No photo description available. 

Terletak di Emart Express Sukma.

 Hasilan Soya & Tauge bukan sahaja menjual soya & tauge mentah malah menjual pelbagai menu dari soya dan tauge ni..


Image may contain: text that says 'ROJAK TAUHU Di sediakan Bersama Sos Pedas Manis dan taburan kacang halus Jangka hayat: Tahan selama 1-2 hari Cara penjagaan: Simpan di dalam suhu sejuk Harga: RM 3-1 hidangan RM 3-cup kecil RM 5 cup besar f Hasilan Soya & Tauge 013-6411019 016-8778117' 

Image may contain: food 

Image may contain: text that says 'AIR SOYA CUP RM 2.00 cup ni Sedia untuk diminum Jangka hayat: Tahan selama 1 1 minggu ni Cara penjagaan: Simpan di dalam suhu sejuk f Hasilan Soya & Tauge 013-6411019 016-8778117'

Waktu beroperasi ?

Image may contain: text 

Jom serbu kedai ni.. Memang sedap.. Dan yang pasti HALAL..

 

SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI

http://www.ombakbergigi.com/2020/02/sunshine-giveaway-by-ombakbergigi.html 

Jom kita meriahkan GA Blogger OmbakBergigi ni k..

Kalau nak join klik banner kat atas ni k..


Perkara yang menceriakan hari ejulz sepanjang JAN 2020?

Yang menceriakan ejulz tak lain tak bukan 'Cahaya Kegembiraan' Ejulz dan isteri iaitu ADWA INSYIRAH.. Syukur ke hadratNya kerana diberikan kesihatan kepada kami sekeluarga..




Senarai Pengomen Tegar FEB 2020


Inilah senarai pengomen tegar blog ejulz untuk bulan FEB 2020 ni.. Terima kasih kerana sudi singgah & tinggalkan komen kat blog ejulz ni..

7. GTRJB
 


Sekali lagi ejulz ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi singgah kat teratak ejulz yang tak seberapa ni.. hehe. Yang belum follow diorang ni, silalah follow.. Diorang ni memang sporting. :)
 
 

Thursday, 5 March 2020

Hasil Gubahan Bunga Mak Mentua

Haaa.. Ni hasil gubahan mak mentua untuk minggu ni.. Cantik takk?






Bagi kawan2 area Kuching/Bau/Samarahan/Simunjan, Sarawak nak order untuk hias rumah ker, hias pejabat ker boleh hubungi ejulz k.. 



Bisnes Sosial E-Commerce Fingo (8)

Jom cuci mata di FINGO










TAWARAN 9.9










Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:
 

GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY

    Assalamualaikum..   Di kesempatan ini ejulz ingin mengucapkan Happy Anniversary yang ke-13 kepada Puan Linda dan suami yang bakal disamb...