Skip to main content

Doa dijauhi wabak dan bala

Jom perbanyakkan doa menghadapi ujian COVID-19 ini ..

اللَّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذَا الْوَبَاء ، وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى ، وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ وَالطَّاعُونِ وَالْبَلَاء ، بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِير ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير .

“Ya Allah, jauhi kami daripada wabak ini. Lindungi kami daripada kebinasaan yang buruk. Selamatkan kami daripada kekurangan, taun dan bencana, dengan kelembutan-Mu wahai Tuhan Yang Maha Lemah Lembut lagi Maha Tahu. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa ke atas setiap perkara.”

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ وَبِكَلِمَاتِكَ التَّامَّة ، مِنَ الرِّيْحِ الْأَحْمَر ، وَمِنَ الدَّاءِ الْأَكْبَر ، فِي أَنْفُسِنَا وَأَرْوَاحِنَا وَدِمَاءِنَا وَلُحُومِنَا وَشُعُورِنَا وَجُلُودِنَا وَأَعْرَاقِنَا وَأَعْصَابِنَا ، فَإِذَا قَضَيْتَ أَمْرًا فَإِنَّمَا تَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُون .

“Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung dengan-Mu dan kalimah-kalimah-Mu yang sangat sempurna, daripada penyakit angin ahmar dan sakit kronik pada diri kami, roh kami, darah kami, daging kami, bulu kami, kulit kami, urat kami dan otot kami. Apabila Engkau telah menetapkan sesuatu perkara, Engkau hanya berfirman, “Jadilah!” lantas terjadilah ia.”

اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الْبَلَاءَ وَالْغَلَاءَ وَالْوَبَاءَ وَالطَّاعُونَ وَالْفَحْشَاءَ وَالْمُنْكَرَ وَالْبَغْيَ وَالسُّوءَ الْمُخْتَلِفَ وَالشَّدَائِدَ وَالْمِحَنَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ، مِنْ بَلَدِنَا وَقَرْيَتِنَا هَذِهِ خَاصَّة ، وَمِنْ بُلْدَانِ الْمُسْلِمِينَ كَافَّةً عَامَّةً ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير .

“Ya Allah, jauhi kami, negeri kami khasnya dan negara umat Islam amnya daripada segala bala, kenaikan harga, wabak, taun, perlakuan keji, mungkar, pelampauan, keburukan, kesusahan, dan ujian sukar yang nyata dan tersembunyi. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa ke atas setiap perkara.”

Comments

  1. smoga kita semua dilindungi dr wabak covid19

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua terpelihara ya Allah. Aamiin ya rabbal 'alamin. riso na hati tok mun sampe raya kelak.

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah membantu kita dlm membasmi covid 19 ni. Aamiin....

    ReplyDelete
  4. Amin.. perkenankanlah doa kami ini ya Allah

    ReplyDelete
  5. semoga segalanya kembali pulih

    ReplyDelete
  6. Amin ya Raval.alamin semoga Kita semua dilindungi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bahasa Bidayuh Serian Sarawak

Bidayuh Serian Punya Bahasa ⇩  • saya ⇨ aku • awak ⇨ amu • cantek/hensem ⇨ timengen/hensem • ya ⇨ aye • jangan ⇨ aba • tiada ⇨ anyap • taknak ⇨ agak • menyampah/geli ⇨ sidod • tahu ⇨ puan • kalau ⇨ wang • berlagak ⇨ sumbong • mana ⇨ gapih • sini ⇨ gatik • sana ⇨ ga-ih • mahu ⇨ irak • sekarang ⇨ itin • budak ⇨ anak inya • muda ⇨ ungod • pukul ⇨ paluk • jatuh⇨ jatuk • baring ⇨ nguleng • kacau ⇨ ngaco • paksa ⇨ maksa • makan⇨ maan • ngegeh ⇨ sundel • kucing ⇨ singau • anjing ⇨ kasung • nanti ⇨ matik • jalan2 ⇨ panu2 • sibuk ⇨ gago *Pelikk kan ? Tpi itulah bahasa kami BIDAYUH SERIAN SARAWAKIANS Copy & Paste. Ejulz sendiri pun x pandai bahasa bidayuh. Hehe. Kalau la mahir semua bahasa. Hehe

Akhirnya tewas 21-27/3/2022

Setelah lebih kurang 2 tahun kita dilanda wabak covid-19, akhirnya ejulz tewas juga. Walaupun telah cuba sedaya upaya melindungi diri dari wabak berkenaan untuk melindungi keluarga, sekelip mata terkena juga. Walaupun tidak tahu dari mana dan bagaimana boleh terkena, tapi kadang-kadang kecewa dengan sikap segelintir orang sekeliling yang sambil lewa. Dan mungkin untuk peringatan diri juga. Kecewa dengan sikap segelintir orang sekeliling? Terlebih dahulu ejulz mohon maaf andai apa yang ejulz katakan akan mengguris hati sahabat2 di sini yang merokok. Tapi inilah kenyataannya. Bukan ejulz melarang atau tidak membenarkan mereka yang merokok untuk merokok. Tapi kalau merokok di tempat yang tidak sepatutnya memang menyusahkan pihak lain lebih-lebih lagi mereka yang tidak merokok. Korang bayangkanlah bagaimana suasana pejabat dimana pekerja merokok di dalam pejabat seperti tidak ada salah langsung. Yang guna vape apatah lagi. Alkisah bermula pada 20 Mac 2022 dimana kakak ejulz yang sepatutnya

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 6

Assalamualaikum n selamat pagi.. Wahh!! dah lama rasanya ejulz x buat entri pasal bahasa Sarawak.. Faham x entri Mari belajar bahasa Sarawak yg ejulz dah buat sebelum ni.. kalau x faham jangan malu, jangan segan.. tanya je.. ejulz x makan org pun. heHe Sejak kebelakangan ni, ejulz x sempat nak buat entri sebab sibuk sgt2.. Bila dah sibuk tu, macam2 la reaksi ejulz.. memang kelam kabut laa dibuatnya.. hiHi. So, arini ejulz nak share perkataan kelam kabut dalam bahasa sarawak.. Dalam bahasa sarawak, kelam kabut bermaksud "Kamboh".. KELAM KABUT = KAMBOH Dengan kata lain "Kamboh" ni bermaksud kecoh.. ni pun kira macam "kamboh" jugak laa.. hiHi Diharap semua boleh faham ek.. Kalau x faham @ ada nak tanya, tanya je laa k.. ejulz sedia membantu.. heHe  :)