Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Tuesday, 10 March 2020

Hukum Faraid Dalam Pembahagian Harta Pusaka

Banyak dah kes-kes yang kita dengar tentang Faraid ni. Yang paling terkini dan tergempar setelah pemergian Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey. Pada ejulz mungkin kes ni lebih kepada salah faham. Lebih-lebih lagi melibatkan media sosial dan digembar-gemborkan oleh netizen. Semoga keluarga arwah Abam berdamai dan perkara tu dapat diselesaikan segera.

Mungkin disebabkan tidak faham tentang faraid ni timbul masalah dalam keluarga. Bila tidak faham tentang faraid ni, sebab tu berlaku salah faham di antara keluarga. Penting buat kita semua tahu tentang wasiat harta pusaka, hibah harta, hak-hak wanita selepas bercerai dan perkara-perkara lain berlandaskan agama Islam. Kalau nak tahu dengan lebih mendalam boleh layari laman GuamanSyarie . Banyak artikel-artikel yang perlu kita ketahui kat situ.



Hukum Faraid Dalam Pembahagian Harta Pusaka | Bila kita meninggal dunia, harta yang kita ada wajib kita wasiatkan untuk dibahagikan kepada waris yang layak.

Sebut bab pembahagian harta pusaka ada banyak cara, antaranya wasiat, faraid dan hibah. Ini antara yang ramai orang tahu dan pernah dengar.

Tapi, antara ketiga cara ni, cara Faraid biasanya orang tak faham sangat. Memang agak rumit bab pembahagian ni.

Secara asasnya, pasti orang tahu yang Faraid ni, adalah pembahagian harta di mana pihak lelaki akan dapat 2 bahagian dan perempuan 1 bahagian.

Rasa macam tak adil je kan. Tapi betul ke begitu?

Bukan ke Faraid ni hukum Allah?

Wajib ke buat Faraid?

Camne nak kira faraid tu?

Nak jawab semua persoalan tu, kena lah baca lebih lanjut sedikit info Hukum Faraid Dalam Pembahagian Harta Pusaka

Kadar Asas Pembahagian Faraid


Suami: ½ jika si mati (isteri) dan tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, ¼ jika si mati (isteri) mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.

Isteri: ¼ jika si mati (suami) dan tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, 1/8 jika si mati (isteri) mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.

Bapa: 1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, 1/6 + Asobah jika si mati tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan.

Ibu: 1/6 jika si mati mempunyai anak atau cucu perempuan daripada anak lelaki kebawah atau mempunyai beberapa orang saudara (lelaki/perempuan), 1/3 dari keseluruhan harta jika simati mempunyai seorang saudara lelaki atau perempuan sahaja dan tiada anak kebawah, 1/3 dari baki harta jika simati meninggalkan salah seorang suami atau isteri dan bapa tanpa waris lain.

Anak perempuan: ½ jika seorang, 2/3 jika dua orang atau lebih dibahagi sama rata, Asabah Bilghairi jika simati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.

Anak lelaki: 100% daripada baki (Asabah) sekiranya seorang, dikongsi sama rata daripada baki(Asabah) sekiranya lebih daripada seorang, Asabah Bilghairi jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.

Apa-apa pun, selagi kita masih hidup, uruskanlah wasiat dengan sebaiknya. Wasiat boleh ditetapkan 1/3 dariapda harta yang kita milikinya dan selebihnya akan diberikan kepada waris-waris mengikut faraid.

Hukum Faraid Dalam Pembahagian Harta Pusaka

14 comments:

  1. pengetahuan yang tak boleh di lekehkan, sangat berguna pengetahuan tentang faraid ini

    ReplyDelete
  2. Kisah arwah Abam ada pengajaran..

    ReplyDelete
  3. Saya pun baru nampak sikit pasal isu ni, nak kena betul2 fahamkan supaya tak jadi masalah di kemudian hari. Penting belajar bab ni..

    ReplyDelete
  4. sekurang2nya kes yg berlaku ni buka mata org ramai. paling penting, JANGAN MAKAN HARTA ANAK YATIM! sedih bla ada segelintir umat yg pejamkan mata dlm hal sebegini

    ReplyDelete
  5. Betapa Penting Kita uruskan harta sejak.dari Kita hidup lagi kn

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...