Tidak dapat dinafikan bahawa renovasi rumah merupakan perkara yang amat menyeronokkan. Hal ini kerana anda boleh menikmati rumah yang cantik dan selesa lepas ubah suai.
Namun demikian, pengubahsuaian rumah boleh menyebabkan anda menanggung kos yang terlalu tinggi jika anda tidak merancang dengan betul.
Terdapat banyak kesilapan umum yang sentiasa dilakukan, tidak kira sama ada mereka memilih untuk mengubah suai secara diri sendiri atau mengupah profesional. Mari kita lihat kesilapan yang kerap dilakukan agar anda dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan yang sama.
Bajet
Pastikan anda mempunyai anggaran bajet untuk setiap projek pengubahsuaian agar anda tidak berbelanja lebih daripada sepatutnya. Anda juga diingati untuk memastikan bahawa bajet yang ditentukan adalah realistik. Anggaran anda harus sesuai dengan jangkaan anda untuk projek ubahsuai bilik air, bilik tidur atau dapur anda.
Perancangan
Renovasi rumah tanpa rancangan dianggap adalah seperti memandu ke destinasi tanpa mengikut peta pada kali pertama. Anda mungkin dapat memenuhi jangkaan anda pada akhirnya, tetapi proses tersebut perlu mengambil masa yang lama, kos yang tinggi dan anda mungkin mengalami kekecewaan. Oleh itu, rancangan yang teliti amat penting kerana dapat melancarkan proses pengubahsuaian rumah.
DIY
Walaupun terdapat tugasan yang dapat dilakukan sendiri, namun, terdapat sesetengah tugasan khas yang memerlukan profesional seperti kerja baiki bumbung bocor. Anda mungkin tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk projek tertentu kecuali jikalau anda merupakan seorang tukang paip, juru elektrik atau kontraktor rumah. Oleh itu, anda diingati supaya tidak mengambil projek yang memerlukan kemahiran yang anda tidak mempunyai. Sebaliknya, hubungilah pakar renovasi untuk membantu dalam projek pengubahsuaian rumah anda.
Tidak Mengetahui Bagaimana Ruang Berfungsi
Mempunyai bilik yang cantik di rumah anda merupakan perkara yang amat bangga, namun fungsi bilik-bilik juga merupakan perkara yang sangat penting. Anda perlu mengambil tahu bagaimana anda akan menggunakan ruang sebelum anda mulakan kerja pengubahsuaian supaya anda dapat memaksimumkan fungsi rumah anda. Pastikan anda memikirkan fungsinya sebelum berfikir tentang cara untuk mencantikkan bilik anda.
Terlalu Bergaya
Pengubahsuaian rumah mengikuti tren reka bentuk popular dapat memberi manfaat selagi tren tersebut berfungsi dengan kediaman anda. Tren yang dipilih harus sesuai dengan gaya seni bina dan juga suasana yang anda ingin hasilkan. Anda juga diingati supaya mempertimbangkan nilai penjualan semula rumah kerana terdapat tren yang tidak bertahan lama.
Memilih Kontraktor Pengubahsuaian
Kontraktor rumah akan menjadi faktor yang penting bagi pengubahsuaian untuk berjaya. Oleh itu, anda perlu memastikan untuk memilih kontraktor rumah murah yang sesuai untuk tugasan tersebut. Pastikan anda membuat penyelidikan sebelum mengupah kontraktor. Anda boleh merujuk kepada ulasan dalam talian yang diberi oleh pelanggan sebelumnya untuk mengetahui kemahiran dan piawai syarikat kontraktor tersebut.
Tidak melakukan Kerja Persiapan
Persiapan amat penting bagi memastikan tugasan dijalankan dengan betul. Sekiranya anda tidak mempunyai asas yang sempurna untuk menjalankan sesuatu tugasan, maka proses pengubahsuaian rumah tidak akan dijalankan dengan lancar. Pastikan anda meluangkan masa untuk merancang dan membuat persiapan sebelum menjalankan pengubahsuaian rumah.
Pengubahsuaian dapat membantu anda untuk memiliki rumah impian jika dilakukan dengan baik.
Jika anda memerlukan bantuan untuk projek renovasi rumah anda, sila hubungi syarikat Tukang UbahSuai yang merupakan syarikat kontraktor rumah di Selangor dan Kuala Lumpur yang berpengalaman dan boleh dipercayai.
Mereka dapat membantu anda untuk mengelakkan daripada melakukan kesilapan semasa renovasi rumah dan memastikan proses ubahsuai rumah anda dijalankan dengan lancar dan bebas daripada tekanan.
betul² kakmim sokong... kena ada plan cantek punya bukan semberono dan ofkos bajet mau ensem jugak maa.. huhu
ReplyDeleteBetul. jika ada kepakaran boleh perbaiki rumah sendiri. lebih jimat xD
ReplyDeleteKena usahakan rancang dengan teliti.
ReplyDeletesalam. nice sharing :)
ReplyDeleteYG UTAMA SEDIAKAN BAJETNYA
ReplyDeletesalam. nice sharing :)
ReplyDeletetrueee.... sediakan budget sblm apa2.. make sure in budget
ReplyDeleteYea betul, apa² pun perancangan yang teliti perlu dilakukan sebelum melakukan pengubahsuaian rumah.. Saya pun sedang merancang untuk pengubahsuaian rumah sebenarnya, so info nie sangat bermanfaat..
ReplyDeleterenovation rumah memerlukan duit yg byk so perlu rancang dgn teliti supaya budget diperuntukan cukup spt yg dirancang
ReplyDeleteehehe seronok kalau dapat renovate rumah ikut citarasa kita. puas hati tapi yes kena ambil kira banyak factors dulu..
ReplyDeleteBetul betul betul! Perancangan dan bajet memang sangat penting!!
ReplyDelete