Friday 11 February 2022

4 PERKARA PENTING YANG BOS-BOS PERLU TAHU

BERAPA ORANG PEGAWAI YANG DISELIA

Sebagai seorang bos atau penyelia mestilah tahu berapa kekuatan atau jumlah pegawai yang diselia. Dengan mengetahui kekuatan dan mengenali semua pegawai yang diselia akan memudahkan bos membuat perancangan penugasan dengan lebih adil.


SENARAI TUGAS PEGAWAI YANG DISELIA

Dengan mengetahui senarai tugas pegawai yang diselia, bos akan dapat tahu sama ada bebanan tugas diagih dengan adil atau pun tidak. Sekiranya jumlah tugas tidak seimbang akan membuatkan pegawai seliaan yang mendapat tugas yang begitu banyak menjadi stress dan tertekan. Adalah menjadi tanggungjawab bos untuk memastikan pembahagiaan tugas seimbang dan adil.


KEBAJIKAN PEGAWAI YANG DISELIA

Sebagai seorang bos perlu prihatin dengan kebajikan pegawai seliaan. Pegawai seliaan tidaklah mengharapkan wang ringgit dari bos tapi cukuplah dengan keprihatinan bos terhadap mereka. Sebagai contoh sekiranya memerlukan cuti kecemasan dan ada urusan tertentu yang penting, janganlah dinafikan hak cuti mereka. Dan sekiranya pegawai seliaan mempunyai masalah tentang penempatan dan memerlukan tempat kerja yang lebih dekat, bantulah mereka semampu yang boleh. Janganlah disebabkan prestasi kerja mereka yang baik, bos tidak mahu melepaskan mereka. Ini kerana akan membuatkan prestasi kerja mereka akan merundum sekiranya masalah mereka tidak cuba diatasi.


PENGHARGAAN KEPADA PEGAWAI YANG DISELIA

Sebagai seorang bos perlulah memberi penghargaan kepada pegawai seliaan mereka lebih-lebih lagi kepada pekerja yang menunjukkan prestasi yang cemerlang. Dalam hal ini bos perlu adil dan teliti dari semua aspek dalam pemilihan pekerja yang cemerlang. Sebagai contoh dalam pembahagiaan kerja bos lebih mengharapkan pegawai A dalam kebanyakan tugasan berbanding pegawai B. Tapi apabila dalam pemberian penghargaan kepada pekerja, pegawai B yang dapat. Adakah ini adil untuk pegawai A yang selama ini bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan? Sekiranya perkara ini berlaku, sedikit sebanyak akan menyebabkan pegawai A akan rasa tertekan dan sekaligus akan menyebabkan prestasi kerja beliau akan menurun.









18 comments:

  1. Bos perlu adil dan saksama dalam membuat keputusan dan pembahagian tugas.

    ReplyDelete
  2. Bahagia bekerja kalau dapat Boss yang bertimbang rasa kan..

    ReplyDelete
  3. Bertuah kalau bos-baos ada sikap begini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yala kan.. kadang2 ada bos baik depan je. tapi belakang x adil.. hurmm

      Delete
  4. Satu perkongsian yg bagus tq ejulz

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. semoga bos-bos baca ni. hehe

      Delete
  5. semoga mendapat pengetua yg bersifat spt di atas...

    ReplyDelete
  6. best mun dapat bos nok bagus, biasanya mesti jenis nok pilih bulu, pilih kasih, pilih segala pilih. yang kerja bena2 sik diliat nok ngangkat yea sebab biasa huhahuha. ya nok bagus dipdh. sik pernah adil mun bab kat office2

    ReplyDelete
  7. bos perlu bijak n prihatin pada staffnya juga

    ReplyDelete
  8. Kalau ada rezeki kita jadi bos nanti, moga kita jadi bos yang baik dan adil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. cuba memahami orang2 bawah ni yg penting..

      Delete
  9. Bulan senang jadi boss kena adil Dan pandai jaga amanah

    ReplyDelete
  10. Nama best bila jadi bos tapi tanggungjawab tu besar. Kalau tak competent, seluruh syarikat susah.

    ReplyDelete

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...