Friday, 17 November 2023

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz...

Harap semuanya dalam keadaan sihat..

Tak berasa hampir 4 bulan tak update blog.. hehe

Terlalu banyak kerja.. terlalu banyak komitmen dan tanggungjawab..

Sampai tak ada masa untuk diri sendiri.. Masa nak bersukan pun dah tak ada sekarang ni..

Apatah lagi nak buka blog ni..

Bangun awal pagi dah bantu isteri buat persiapan untuk anak2 ke taska dan tadika.. lepas tu suap ayah yang tengah strok sarapan pagi dan makan ubat.. lepas tu sediakan ubat ayah untuk dimakan jam 9 pagi.. Dah selesai hantar anak ke tadika dan taska terus ke pejabat.. Pergi ke pejabat ambil masa lebih kurang 1 jam.

Balik kerja pulak mandikan ayah. Lepas mandikan terus pakaikan pakaian terus. Kalau belum makan ejulz akan suapkan dan bagi makan ubat. Jam 9 malam pun kena sediakan ubat juga.. Kalau anak ada homework, ejulz akan temankan untuk dia siapkan homework..

Ejulz jugak la jadi PA kepada ayah.. Atur jadual temujanji untuk ayah di klinik pakar hospital.. Ambilkan ubat ikut masa yang ditetapkan.. Bawa ayah jalan2 kalau ada masa lapang..

Beginilah rutin harian ejulz..

Semoga ayah cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan..


8 comments:

  1. WSALAM ALHAMDULILLAH SIBUK BERBAKTI PADA AYAHANDA INSYA-ALLAH BESAR PAHALA GANJARAN-NYA

    ReplyDelete
  2. Whoaa..welcome back...busy betul...Begitulah kehidupan...Semoga dipermudahkan urusan semuanya...

    ReplyDelete
  3. Semoga ayah ejulz cepat sembuh dan boleh uruskan dirinya sendiri

    ReplyDelete
  4. takpa lah ejulz, buatlah apa2 yg patut dolok, blog tok mun free baru boleh lah tanga2. semoga semua urusan kitak dipermudahkan dan semoga ayah dirik cepat sembuh

    ReplyDelete
  5. semoga bapa Ejulz akan segera sembuh. Aamiin...

    ReplyDelete
  6. Sedar sedar now dah disember

    ReplyDelete
  7. bila mak ayah sakit mmg ujian buat anak.. semoga allah permudahkan urusan ejulz.. takpe, setelkan yg penting dulu. blog kemudian

    ReplyDelete

GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY

    Assalamualaikum..   Di kesempatan ini ejulz ingin mengucapkan Happy Anniversary yang ke-13 kepada Puan Linda dan suami yang bakal disamb...