Wednesday, 29 April 2020

Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela


Jom kita meriahkan segmen ni k.. klik banner jika nak join.. 


Jangan lupa join segmen ejulz juga k. Klik SINI



Tuesday, 28 April 2020

Senarai sponsor segmen ejulz

Assalam dan salam sejahtera buat sahabat blogger semua.

Senarai sponsor segmen ejulz setakat ini..


Terima kasih banyak-banyak kepada sponsor2 yang sudi sponsor untuk segmen kali ini. 

Harap sahabat2 blogger semua sudi join segmen ejulz kali ini..

Terima kasih.

Monday, 27 April 2020

Panggilan untuk sponsor 😊

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali ejulz nak ucapkan terima kasih kepada sponsor2 yang sudi sponsor untuk segmen ejulz kali ini.

Senarai sponsor2 terkini yang telah memberi maklumat hadiah dan telah membuat pembayaran untuk hadiah ada kat sini ----> ; SENARAI SPONSOR

Kepada yang dah emel ejulz untuk menjadi sponsor tapi belum membuat pembayaran boleh buat selewatnya hari ini. Kepada yang masih berminat untuk menjadi sponsor boleh whatsapp ejulz di no 0168500565.

Ejulz harap sahabat2 blogger semua sudi join segmen ejulz yang x seberapa ni. Harap bersabar menunggu segmen ejulz ni. Terima kasih.

Sunday, 26 April 2020

Segmen Bloglist PKP 2020



Jom kita sama2 meriahkan segmen ni..

Pengalaman saya semasa PKP?

Tak banyak pengalaman pun sebab banyak masa di rumah je. Antara pengalamann yang ejulz tidak dapat lupakan adalah semasa membeli barang keperluan dan makanan rumah. Ejulz jarang keluar rumah masa PKP ni. Sepanjang PKP ni 2 kali je ejulz keluar membeli keperluan dan makanan. Biasanya ejulz akan beli barang dapur dan keperluan masa dapat gaji. Nak dijadikan ejulz pergi membeli barang dapur dan keperluan pada mula2 PKP dilaksanakan. Awal2 plan nak pergi awal pagi sebab takut ramai orang kalau pergi tengahari atau petang. Sedia hand senitizer dan guna mask. Masuk pintu utama kena berbaris. Pekerja akan cek suhu, sembur hand senitizer di tangan dan bagi sarung tangan. Bila ejulz dah masuk dan dah ambil sesikit barang di troli, perut pula buat hal. Dah la nak masuk bukan main susah. Kena beratur bagai. Terpaksalah ejulz parking troli kat dalam sebab banyak lagi barang nak beli. Jadi ejulz pegi cari 'asb' nak buang 'saham'. Hahaha. Selepas buang 'saham', ejulz pun berbaris semula u tuk masuk. Nasib baik pakai mask. Hehe. Ejulz pun cari troli ejulz. Nasib baik jumpa. Hehe



Mencari Sponsor Untuk Segmen

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Segmen kali ini ada kaitan frontliners Covid-19. Sepertimana kita sedia maklum, frontliners ni telah berkhidmat dengan sepenuh hati untuk kita yang berada di rumah dalam tempoh PKP ni. Mereka terpaksa berjauhan dengan keluarga demi keselamatan masing-masing. Betapa besarnya pengorbanan mereka. Terima kasih buat frontliners yang terlibat seperti KKM, PDRM, ATM, APAM, BOMBA, RELA, Sukarelawan,  NGO-NGO dan lain-lain yang terlibat secara langsung.


Insyaallah, sekiranya mendapat sambutan dari sponsor-sponsor, ejulz akan teruskan segmen ni. Segmen kali ini bertajuk "Ucapan Buat Frontliners Covid-19". Maklumat lanjut berkenaan segmen ejulz akan post pada entry segmen akan datang.

Hanya 2 jenis hadiah yang boleh disponsor iaitu:
1. dalam bentuk barang (melalui post)
2. wang tunai minimum RM10 sahaja

Sekiranya berminat, boleh emel ejulz ke asrul_harfan@hotmail.com

tarikh akhir untuk menyalurkan sponsor adalah pada 26 APR 2020

Tolong war-warkan kepada sahabat2 lain k. Semoga dimurahkan rezeki buat anda semua.







Senarai Sponsor setakat ini

Assalam dan salam sejahtera buat sahabat blogger semua.

Senarai sponsor segmen ejulz setakat ini..


Kepada yang masih berminat nak sponsor boleh emel ejulz ke asrul_harfan@hotmail.com

Ejulz nak kumpul sponsor2 selewatnya hari ini k. Insyaallah kalau sempat esok ejulz akan buat segmen ni. Join jangan join nanti k. 😊

Saturday, 25 April 2020

Tips nak khatam Quran di Bulan Ramadhan.

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Semoga dipermudahkan dalam menunaiikan ibadah puasa. Ejulz pasti ramai diantara kira ingin khatam Quran di bulan Ramadhan ni. Ejulz nak bagi tips sikit supaya kita mampu khatam Quran di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.

Mudah je.

Al-Quran ada 30 juzuk, 114 surah dan 604 muka surat.

Jadi kalau nak khatam Quran dalam masa 30 hari di bulan Ramadhan kita perlu set masa kita dan set berapa minimum muka surat yang perlu dibaca.

604 (m/s) ÷ 30 (hari) ÷ 5 (waktu solat) = 4, berbaki 4 m/s.

Jadi kita boleh baca 2 m/s sebelum solat. Dan 2 m/s lagi selepas solat. 4 m/s lagi tu boleh je cari masa lain. Lagi pun masa PKP ni masa yg sesuai untuk kita lebihkan masa untuk aktiviti yang bermanfaat sebegini.

Semoga entry ini bermanfaat untuk kita semua.

Kenapa macam x dapat komen?

Malam tadi ejulz blog walking dan cuba komen tapi tak dapat.. Blog tengah ada masalah ker sekarang ni?