Tuesday, 8 March 2011

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 6

Assalamualaikum n selamat pagi..

Wahh!! dah lama rasanya ejulz x buat entri pasal bahasa Sarawak.. Faham x entri Mari belajar bahasa Sarawak yg ejulz dah buat sebelum ni.. kalau x faham jangan malu, jangan segan.. tanya je.. ejulz x makan org pun. heHe

Sejak kebelakangan ni, ejulz x sempat nak buat entri sebab sibuk sgt2.. Bila dah sibuk tu, macam2 la reaksi ejulz.. memang kelam kabut laa dibuatnya.. hiHi.

So, arini ejulz nak share perkataan kelam kabut dalam bahasa sarawak.. Dalam bahasa sarawak, kelam kabut bermaksud "Kamboh"..

KELAM KABUT = KAMBOH

Dengan kata lain "Kamboh" ni bermaksud kecoh..


ni pun kira macam "kamboh" jugak laa.. hiHi


Diharap semua boleh faham ek.. Kalau x faham @ ada nak tanya, tanya je laa k.. ejulz sedia membantu.. heHe  :)

Sunday, 6 March 2011

Kuciwaa dan letih semalam masih terasa..

Assalamualaikum.. Selamat pagi semua..

Tengah layan lagu Saleem iklim.. Lagu jiwang2.. almaklum laa kuciwa sebab semalam.. kuciwa kalah game semalam.. hiHi. Ternyata team2 yang masuk pertandingan Liga Super Futsal KBS - Putrajaya bukan calang2 n hebat2 belaka.

Daripada corak permainan diorang yg laju n skillfull.. fuhh!! susah nak kejar yop!! tapi xpe pertandingan kali akan dijadikan pengajaran utk game yg akan datang.. semalam kami (CPK ONE FC) dah bermain 3 game.. ketiga2 game kalah..  Tinggal 12 game lagi.. Kali ni nak training sungguh2.. Nak tingkatkan stamina..

p/s: doakan kejayaan CPK ONE FC untuk game yg seterusnya k.. :)

Saturday, 5 March 2011

Softlens


Semuanya gara2 futsal.. Ejulz ke alamanda pagi tadi.. Nak beli contact lens.. Pertama kali nak guna contact lens.. Xtau mana yg sesuai utk sport.. Ejulz kan suka bersukan. heHe. Ejulz pergi kedai cermin mata.. then terkial2 cari contact lens.. almaklumlah x penah guna.. haHa. Pekerja yg layan ejulz tu awek.. Pergghh!! ape lagi cuba la mengayat.. huHu. Berikut antara perbualan ejulz dgn awek kedai tu;

Ejulz : Berapa harga contact lens ek?

Jurujual : Encik nak yang mana?

Ejulz : Saya first time nak gune.. Mana yg sesuai untuk sport?

Jurujual : owh! kalau untuk sport saya suggest softlens..

Ejulz : Berapa harga ek?

Jurujual : RM60 sekotak.. 1 kotak ada 3 pasang.. 1 pasang boleh gune sebulan..

Ejulz : Ok.. saya beli.. camne nak pasang ek?

Jurujual : first time gune ek? (dia tanya lagi, padahal ejulz dah bagitau awal2)

Ejulz : yup..

Jurujual : xpe.. biar saya tunjukkan.. ( dia bawak ejulz ke satu bilik kecil n tunjukkan cara2 pasang..)

then ejulz pun cuba.. tapi x dpt.. last2 dia tolong pasangkan.. tapi ejulz suruh bukak balik.. takut xtau nak bukak kat rmh. haHa..


Kat rumah baru cuba pasang sendiri.. Yang sebelah kanan dah dapat.. tu pun 4 - 5 kali cuba.. then nak pasang sebelah kiri.. bukan main susah.. last2 x jadi pasang.. then buka je yg dah pasang kat sebelah kanan tadi.. Ingatkan senang pasang contact lens ni... susah jugak rupanya..

p/s: sape2 ada pengalaman pasang contact lens x? boleh share?

Masa yg ditunggu2 dah tiba..

Salam n selamat pagi semua,

Perghh! awal ejulz bangun di pagi sabtu ni.. heHe. Perasaan arini bercampur baur.. Gembira ada, excited ada, nervous ada, sunyi ada.. macam2 lagi la.. Arini bermula Liga Super Futsal KBS - Putrajaya.. Seperti yg ejulz katakan sebelum ni, team ejulz hantar satu penyertaan.. Excited sgt2.. Mesti banyak penyertaan dari team power2.. Team ejulz biasa2 je.. Macam ejulz sendiri pun masih nak cari pengalaman.. Hehe.

Pendaftaran akan mula pukul 4.00 petang. Dan game akan mula pukul 5.00 ptg.. Selain acara futsal, aktiviti2 lain juga dikatakan akan memeriahkan lagi malam ni.. Antara aktiviti dia adalah karoake.. So, kalau kalah malam ni bolehlah memekik lagu karoke utk hilangkan tension.. heHe.

So, sape2 yg duduk area putrajaya tu marilah sama2 kita memeriahkan aktiviti yg dianjurkan oleh KBS ni.. Aktiviti akan dijalankan di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya.. Datang!! Jangan x datang!! heHe



p/s: doakan kejayaan team ejulz k.. :)

Friday, 4 March 2011

✿~ contest "JANGAN pandang camera"~✿

Thankz syazanazura coz tag ejulz k..

nak riuhkan contest dyanzjha.. semoga kali ni ejulz menang.. huHu.. xdelah, menang tu bukanlah tujuan utama.. yg penting dpt tambah kenalan dan berkongsi pengalaman dan info2 yg berguna.. tapi kalau menang tu alhamdulillah.. heHe

k, ni dia banner contest..


Gambar yang dipertaruhkan adalah...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


untuk keterangan lanjut, sila pegi ke blog empunya contest, dyanzjha

kali ni nak tag:









gud luck u oll.. :)




Wednesday, 2 March 2011

BIKIN PANAS BACA ENTRI BRO BEN ASHAARI..

Salam n selamat pagi U oll,

Bikin panas je baca tajuk entri bro ben.. bukan entri @ bro ben yg bikin panas, tapi gara2 terbaca word CHELSEA kat entri beliau.. Mana xnyer pagi tadi bangun pukul 3.00 pagi berbekalkan bantal 2 bijik n sehelai selimut biru kat ruang tamu semata2 nak tengok Man Utd lwn Chelsea..  Agak mengecewakan.. Disebabkan keputusan pengadil yg kurang adil Man Utd kalah 1-2.. Dah la malam tadi pancit main futsal ngam2 10 orang je.. Main dengan bro_monday n the geng.. Tapi xpe, teruskan usaha Man Utd.. chayookkk!!!

Yang ejulz nak ceritakan kat sini adalah "membuat keputusan".. Membuat sesuatu keputusan bukanlah satu perkara yg mudah. Sebagai contoh, pengadil perlawanan antara Man Utd dgn Chelsea tadi.. Sudah pasti sesetengah pihak (peminat Man Utd) x berpuas hati dengan keputusan2 yg dibuat kerana tidak mengeluarkan (kad merah) kepada David Luiz kerana kerap kali melakukan kekasaran ketika Rooney melakukan serangan.. Begitu juga dengan perlawanan2 lain.. Bukan mudah memuaskan hati semua pihak..

Begitu juga dalam kehidupan seharian kita, x kiralah dalam pekerjaan mahupun dalam sesebuah keluarga. Dalam pekerjaan contohnya, jika dikeluar sesuatu dasar baru, mesti ada sesetengah pihak yg tidak setuju dan membantah disebabkan tidak menepati kepentingan sendiri.. Begitu juga dalam institusi keluarga, ibu bapa harus berlaku adil kepada anak2 supaya tidak ada yg rasa terpinggir.. Dan sebagai ibu bapa kene pandai membuat sesuatu keputusan yg bijak utk keselamatan anak2.. Sebagai contoh sis LM yg menukar driver sekolah anaknya untuk keselamatan.. Dalam membuat keputusan beraya di kampung pun kene bijak.. Kadang2 ada suami isteri bergaduh sebab nak raya di kampung masing2.. heHe.. lawak pulak dengar.. haHa.. Si suami perlu laa membuat keputusan bijak dan adil.. Kalau tahun lepas dah raya kat kampung suami, tahun ni raya la kat kampung isteri pulak. betul x? hiHi..

Banyak yg boleh diceritakan pasal membuat keputusan ni.. Aaaa.. Ada satu lagi.. Ingat x korang pasal entri "Bikin Panas Bab 2" .. Mesti korang x tau sebab sape la sudi baca blog amatur camni.. heHe.. Entri tu pasal ejulz join fantasy premier league.. Yang ni kaki bola je tau kot.. heHe.

cuba klik gambar tu. tgk besar2 sikit.. ejulz dh no.1 heHe

Ejulz dah no.1 kat situ..heHe.. Mungkin no.1 sekejap je kot.. haHa.. Bukan pasal no.1 yg ejulz nak bagitau kat sini.. Ejulz nak sambung pasal "membuat keputusan".. Dalam permainan ini, kita kene jugak pandai buat keputusan.. Kene pandai memilih player2 yg berkemungkinan boleh skor dan mendapat point yg tinggi.. Kalau tersilap membuat keputusan akan turunlah point kita tu.. Macam tu jugak dalam kehidupan kita, kalau kita salah membuat keputusan maka ia akan ada kesan dalam hidup kita. Bak kata pepatah " terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...?"

Sekian, untuk renungan bersama.. ;)

Tuesday, 1 March 2011

Suami penyayang..

Dimulakan hari baru di bulan baru dengan lafaz bismillah..

Assalamualaikum,

Harap semua dalam keadaan sihat sejahtera.. Lepas ejulz buat resepi udang masak kunyit dua hari lepas, terasa nak makan lagi.. macam dah ketagih.. he.. Jangan ketagih dadah dah.. huHu.. Mintak jauh dengan dadah ni.. Dadah musuh negara.. heHe.

Nak dijadikan cerita, petang semalam lepas balik dari keja ejulz singgah alamanda.. Nak beli udang lagi.. Mengalahkan perempuan mengandung yg mengidam.. haHa. Merempit dari ofis ke alamanda.. then cari parking baek punya.. x perlu bayar n selamat dari polis (tempat yg xkan kene saman.. huHu). Selepas selesai memaking, ejulz pun masuk kat alamanda tu..

Ejulz terserempak dengan pasangan suami isteri.. Si isteri tu kelihatan tengah mengandung.. Ye la, tengok perut dia boyot kat depan tu mesti la mengandung.. heHe. Ejulz masih waras n normal lagi nak beza org mengandung dengan boroi.. haHa. Tengok pasangan tu begitu mesra lagi. Kemudian datang seorang budak kecik berusia lebih kurang 6 ke 7 tahun sedang menolak troli bertentangan dengan pasangan tersebut.. Jarak antara mereka dengan budak yang menolak troli tu kira2 4 ke 5 meter. Walaupun masih jauh dari mereka, si suami lantas memeluk si isteri ketepi supaya tidak terkena troli yg dibawa oleh si budak tadi.. Begitu la sayangnya seorang suami kepada isteri dan anak yg bakal dilahirkan macam bro_monday.. Dan bahagia sungguh si isteri mendapat suami penyayang, sama seperti sis LM.. heHe

Daripada pemerhatian ejulz, masih ramai lagi masyarakat Malaysia yang prihatin dan penyayang. Walaupun pada masa kini, kita digembar-gemburkan dengan berita2 yg x bermoral seperti buang bayi, bapak rogol anak, anak aniaya bapak dan macam2 lagi, tapi ejulz percaya masih ramai yang di luar sana yg mempunyai sifat kasih syg.. Ada yg mempunyai naluri keibuan @ kebapaan tapi masih belum diberikan rezeki utk mendapat anak..

Oleh itu, sama2lah kita berdoa agar masyarakat kita hari ini sedar tentang kewajipan dan amanah yang berikan oleh Allah s.w.t. Semoga gejala2 yg tidak bermoral seperti buang bayi dapat dikikis dari kehidupan masyarakat kita hari ini.. Bagi merealisasikannya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberi didikan awal kepada anak2. Dan tanggungjawab seorang guru juga amat penting dalam mendidik bakal penggerak negara di masa akan datang.. Darjat seorang guru amat tinggi disisi Allah, sehinggakan hari2 pelajar berdoa utk guru mereka..

"Ya Allah, Kau ampunilah segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan dosa orang2 yg berbuat baik kepadaku sama ada yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia.."

Renung2kan, dan selamat beramal.. :)

Kenapa macam x dapat komen?

Malam tadi ejulz blog walking dan cuba komen tapi tak dapat.. Blog tengah ada masalah ker sekarang ni?