Saturday, 13 August 2016

Sabtu punya cerita (13 Ogos 2016)

Pagi2 masak martabak maggie.. hehee.. belajar buat dari wife, Si Lala.. hehee.. lepas bekfes hantar Si Lala g keja.. Kesian diorang kene task force masa cuti hujung minggu ni.. Dah la xda gaji.. tapi xpa la diberi makanan percuma..

Lepas hantar Si Lala terus ke Serian, ambik Samsung Note 8 ejulz yg rosak.. tokey kedai bgtau x dpt repair. ermmm.. dah la perjalanan jauh.. Kalau ada sape2 yang guna Samsung Note 8 stuck kat logo samsung bila on tau cara repair boleh share kat ejulz k. tq. Susah xda whatsapp.. nak kerja susah.. nak buat bisnes Fresh Care pun susah.. risau takut customer order guna whatsapp..  buat masa ni ejulz guna hp biasa je dulu.. kalau nak order boleh sms @ call 0168500565 k..

apa itu Fresh Care? Fresh Care tu minyak angin yang ada pelbagai bau dan aroma.


Ni la minyak angin aromaterapi Fresh Care..


Klik sini 


Wednesday, 10 August 2016

Nick Vujicic


Pernah tengok video dia ni.. memang seorang yg cekal walaupun tanpa anggota badan yang mencukupi..  Dah datang ke Malaysia 29-30 Julai rupanya.. mesti ramai yang datang..

Sumber : NUFFNANG





Blog top comment widget

Dulu ejulz pernah pasang widget yg boleh kesan blogger yang paling banyak komen setiap bulan. Boleh pilih ikut bulan dan tahun sekali.. Tapi ejulz tengok dah x berfungsi lagi dah.. bila ejulz nak set semula widget macam tu dah x jumpa lagi.. yg ada cuma widget yg x boleh pilih bulan dan tahun.. ermmm.. ada x yg tahu link nak buat widget mcm tu? tolong plizzz..

_______________________________________________________________




berminat boleh pm ejulz k.

Tuesday, 9 August 2016

Monday, 8 August 2016

REZEKI dan KEJAYAAN


REZEKI dan KEJAYAAN.. bila ditanya kepada semua yang bergelar manusia, siapa yang tidak inginkan rezeki dan kejayaan? Semua mengimpikan kejayaan.. kecik2 dulu bila cikgu tanya dah besar nak jadi apa? masing2 mengimpikan kerjaya yang hebat. Ada yang nak jadi guru, ada yang nak jadi pensyarah, ada yang nak jadi akauntan, ada yang nak jadi pilot, ada yang nak jadi polis, ada yang nak jadi askar, dan lain2.. masing2 ada minat yang tersendiri...

Kalau ejulz sendiri kecik2 dulu bercita-cita nak jadi guru.. lepas tu bertukar nak jadi akauntan masa ejulz berada di tingkatan 4 sebab ambil jurusan akaun. Tapi cita2 tidak kesampaian.. hehe.. walau apa pun ejulz tetap bersyukur di atas rezeki yang dikurniakan olehNYA.

*Arini rasanya dah keluar result UPU bagi adik2 yang nak menyambung pelajaran ke tahap degree.. Tahniah adik Si Lala sebab dapat masuk UPSI.. Semoga dia berjaya dengan jayanya dalam pelajaran dan kerjaya suatu hari nanti. Semoga dengan kejayaan suatu hari nanti dapat membantu dan membalas jasa mak di kampung..



Sunday, 7 August 2016

Giveaway Birthday By Starlavenderluna


Jom sama2 kita memeriahkan lagi GA Starlavenderluna ni.

Dikesempatan ini, ejulz ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Starlavenderluna yg ke-?? hehe... Semoga panjang umur, murah rezeki, success dalam kerjaya dan sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta..



Segmen: Join Bloglist Ain bulan Ogos-September 2016!!!


Jom sama2 kita meriahkan segmen ni.. :)

Klik banner k..
kali ni nak tag secara rawak.. hehe




Kenapa macam x dapat komen?

Malam tadi ejulz blog walking dan cuba komen tapi tak dapat.. Blog tengah ada masalah ker sekarang ni?