Monday, 8 August 2016

REZEKI dan KEJAYAAN


REZEKI dan KEJAYAAN.. bila ditanya kepada semua yang bergelar manusia, siapa yang tidak inginkan rezeki dan kejayaan? Semua mengimpikan kejayaan.. kecik2 dulu bila cikgu tanya dah besar nak jadi apa? masing2 mengimpikan kerjaya yang hebat. Ada yang nak jadi guru, ada yang nak jadi pensyarah, ada yang nak jadi akauntan, ada yang nak jadi pilot, ada yang nak jadi polis, ada yang nak jadi askar, dan lain2.. masing2 ada minat yang tersendiri...

Kalau ejulz sendiri kecik2 dulu bercita-cita nak jadi guru.. lepas tu bertukar nak jadi akauntan masa ejulz berada di tingkatan 4 sebab ambil jurusan akaun. Tapi cita2 tidak kesampaian.. hehe.. walau apa pun ejulz tetap bersyukur di atas rezeki yang dikurniakan olehNYA.

*Arini rasanya dah keluar result UPU bagi adik2 yang nak menyambung pelajaran ke tahap degree.. Tahniah adik Si Lala sebab dapat masuk UPSI.. Semoga dia berjaya dengan jayanya dalam pelajaran dan kerjaya suatu hari nanti. Semoga dengan kejayaan suatu hari nanti dapat membantu dan membalas jasa mak di kampung..



22 comments:

  1. Tahniah si Lala..eh.

    Usaha tangga kejayaan.Rezeki pada Pencipta.

    Salam singgh Blogwalking Sunday

    ReplyDelete
  2. cita-cita saya dulu nak jadi cikgu...tapi tak kesampaian..sekarang ni tak tahulah nak jadi apa..masih mencari kerja =(

    ReplyDelete
  3. Masa belajar dulu lain bidang ... dah kerja ni mmg sangat jauh lah dengan apa yang dibelajar ... tapi tetap bersyukur dengan rezeki yg ada :)

    ReplyDelete
  4. sama laa.. dulu bercita-cita jugak nak jadi cikgu. sekrang kerja jauh tersasar.hehe.. apa pun, rezeki masing2 kan. kita perancang je. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la tu.. mgkin ada hikmah disebaliknya..

      Delete
  5. TAHNIAH PADA ADIK...KEJAYAAN DICIPTA DGN CITA2

    ReplyDelete
  6. minat saya lebih kepada nak jadi penulis tapi bekerja dalam bidang perakaunan. Jauh beza tapi keduanya still working. haha singgah sini..

    ReplyDelete
  7. ye betul :) tak kesah kerja ape yg penting rezeki halal :)

    ReplyDelete
  8. Tahniah buat adik ipar.
    Mereka yang tidak berjaya kemana-mana universiti tu janganlah putus asa.
    Masih banyak lagi pintu-pintu lain untuk dicuba.

    ReplyDelete
  9. moga kita semua hargai segala rezeki yg Allah beri, kan :)
    mana ler nak berjaya kalau x usaha.
    and kalau da usaha pasti berjaya tau...

    ReplyDelete

GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY

    Assalamualaikum..   Di kesempatan ini ejulz ingin mengucapkan Happy Anniversary yang ke-13 kepada Puan Linda dan suami yang bakal disamb...