Tuesday, 9 October 2018

GPC Kawaii Octopus Giveaway

https://greennnpandacraft.blogspot.com/2018/10/gpc-kawaii-octopus-giveaway.html 

Jom sama2 kita meriahkan GA ni.. ^_^


Klik banner  


Salam perkenalan GPC.. ^_^



 

GIVEAWAY PLANNER 2019 by SHFYQHAZHR.COM

http://www.shfyqhazhr.com/2018/10/giveaway-planner-2019-by-shfyqhazhrcom.html 

Jom sama2 kita meriahkan GA ni. ^_^

Apa kekurangan blog sha?
Ikhlas dari ejulz, ejulz x nampak apa2 kekurangan.. Semuanya tersusun dan nampak kemas.. Tak macam belog ejulz.. serabut je nampak.. hehee. Apa yg penting bagi ejulz semasa BW adalah blog ringan/cepat loading. Lepas tu ada button follow. Senang nak follow.. hehehe

 

 

Monday, 8 October 2018

SORRY SAHABAT SEMUA

MASIH BANYAK HUTANG BW BLOG SAHABAT2 BLOGGER.. TINGGALKAN JEJAK K.. INSYAALLAH ADA KELAPANGAN EJULZ TERJAH.. ^_^

Image result for CUTE BABY 

TQ SO MUCH KEPADA SAHABAT2 YG X JEMU2 TERJAH BLOG EJULZ YG X SEBERAPA NI..

 

 





Friday, 5 October 2018

Birthday giveaway by Mazuriah Mohamed

http://mazuriah.blogspot.com/2018/10/birthday-giveaway.html 

Jom join GA ni.. klik banner k. Syarat mudah je..

1. Follow blog mazuriah.blogspot.com Ejulz dah lama follow

2. Buat entry bertajuk 'Birthday giveaway by Mazuriah Mohamed'. Ceritakan serba sikit bagaimana boleh jumpa blog ini.  Macam mana boleh jumpa blog mazuriah.blogspot.com? Ejulz biasanya kalau BW kat blog sahabat2 blog ejulz, ejulz akan singgah n follow juga kat blog2 yang ada pada bloglist diorang atau yang komen kat blog diorang.. Kat blog siapa ejulz tak ingat.. Sebab banyak sangat blog yg ejulz singgah. hehe.. Alhamdulillah.. kalau dah follow tak berpeluang la nampak GA ni. hehe.. Apa2 pun ejulz ucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan bahagia bersama keluarga tercinta..
3. Tampal banner penyertaan dan backlink kepada entri ini sahaja Done..
4. Tinggalkan link di ruang komen. Done..

Tempoh penyertaan sehingga 31 Oktober 2018. 10 hadiah istimewa akan diberikan kepada insan yang bertuah.


 

Pengalaman pertama keluarkan pendapatan Nuffnang


Alkisah ejulz yg tak reti sangat prosedur pengeluaran duit Nuffnang ni. Bila dapat Payment Advise melalui emel dari nuffnang, ejulz terus terus ke bank yg tertera kat Payment Advise tu. Bila pergi kat bank tu dengan niat nak bertanya je. Tapi pekerja kat situ macam taknak layan sangat, bagitau diorang tak pernah buat transaksi untuk itu. Siap tanya siapa bayar, kenapa diorang bayar dan macam2 lagi. Padahal dalam tu dah tertera nama Nuffnang. Ejulz pun cerita la pasal Nuffnang ni sebuah syarikat pengiklanan untuk blog dan bla bla bla.. Dengan riak muka dia seolah2 ejulz nak menipu diorang. Ejulz tenangkan diri. Hanya mampu tersenyum. Dan berterima kasih di atas layanan diorang. Ejulz bagitau, nanti ejulz rujuk kat nuffnang lagi. Rasa kecewa juga bila tgk layanan camtu. Tau la payment tu tak sampai seratus. Tak ribu2 ringgit.. Malas dah nak pikir. Bagi ejulz, ejulz cuma nak dapat pengalaman keluarkan pendapatan dari Nuffnang walaupun sikit.

Dalam seminggu lepas tu baru dapat cheque dari nuffnang. Pasal cheque ni pun satu hal. Ejulz tak pandai sangat. Pergi lagi kat bank yg ejulz pergi sebelum ni. Jumpa pegawai lain. Bukan yg sebelum ni. Pun dengan riak muka macam taknak layan. Ermm, tau la cheqeu tu bukan ribu riban. Dia bagitau diorang dah tak cash out cheque. Dia suruh pergi kat bank yg ejulz ada akaun. Terus ke maybank. Berbarislah ejulz kat kaunter pertanyaan. Alhamdulillah ada senyuman dari yg melayan. Walaupun bukan satu bangsa. Dia suruh tulis no acc bank dan no phone kat belakang cheqeu kemudian masukkan dalam mesin cheque. Dah siap tulis ejulz terus ke mesin cheque. Terkial-kial juga ejulz tekan mesin cheqeu tu. Almaklumlah tak pernah main messin cheqeu ni. Hehe. Tiba2 tangan org yg beratur sebelah tekan skrin mesin tu. Cepat je tangan dia. Dah biasa main cheqeu la tu. Hehe. Bila dah menyala lampu kat tempat masuk cheqeu tu dia suruh masukkan. Alhamdulillah dah selesai. Ejulz hanya mampu tersenyum dan ucapkan terima kasih.


**Terima kasih juga kepada Nuffnang sebab sudi letakkan iklan kat blog ejulz yg tak seberapa ni..





Thursday, 4 October 2018

Tak sangka masuk surat khabar ^_^

 Aidil (enam kiri) bergambar bersama qari dan qariah yang mengambil bahagian. Turut kelihatan Sabu (lima kiri) dan Nurul Shafinaz (lima kanan). 
Cari ejulz kat mana? hehe

KUCHING: Inspektor Nurul Shafinaz Halim daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan dan Sarjan Sabu Sli yang bertugas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching akan mewakili Zon Selatan pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kontinjen Sarawak.

Dalam ujian saringan peringkat Zon Selatan yang berlangsung di Dewan Minda Sekolah Latihan Kontinjen Sarawak semalam, enam qari dan lima qariah mengambil bahagian. 

Kali ini IPD Padawan dipilih sebagai tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Selatan.

Keputusan penuh menyaksikan Sub Inspektor Abdul Rabu Hamdan daripada IPD Kuching muncul naib johan bagi kategori qari manakala Kostabel Mohd Firdaus Md Daud daripada IPD Serian di tempat ketiga.

Manakala Koperal Rosnani Abdul Rahman daripada IPD Kota Samarahan memenangi tempat kedua bagi kategori qariah dan Azlilawati Wahi daripada IPD Serian di tempat ketiga.

Difahamkan antara objektif penganjuran tilawah itu ialah menarik minat warga Polis Diraja Malaysia (PRDM) menguasai al-Quran. 

Pada masa sama, ia sebagai wadah ilmu serta mengeratkan hubungan silaturahim khususnya dalam kalangan warga PDRM.

“Johan kategori qari dan qariah bagi Zon Selatan akan bertanding di peringkat kontinjen Sarawak yang akan ditetapkan tarikhnya kelak,” katanya.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan selaku pengerusi penganjur dan Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Zamzuri Mohamad serta ketua-ketua jabatan dari Zon Selatan.

SUMBER : UTUSAN BORNEO

*** Semalam (3 OKT 2018) ejulz join tilawah al-quran.. Sememangnya semua peserta bukan tandingan ejulz. Ejulz xda la pandai sangat bertaranum ni. Dah banyak kali bagitau ustad kat ofis ejulz supaya cari wakil lain tapi dia nak ejulz jugak pergi sebab dah xda pilihan lain. Kali ni dah 2 kali mewakili pejabat ejulz. Alhamdulillah ada juga pengalaman walaupun x pandai sangat. 




Monday, 1 October 2018

Hadiah buat mak mentua AL-Quran Al-Hadi

Hadiah untuk mak mentua ejulz.. X dapat nak sambut sebab bday mak mentua ejulz jatuh pada 11 OKT.. Kene hari bekerja.. Kalau hujung minggu bolehlah sambut bersama :) Hanya mampu sedia supprise hadiah & kek je nanti.. Insyaallah..

Ejulz belikan set combo Quran Al-Hadi buat mak mentua.. Ada tulisan rumi bagi yg tidak pandai membaca arab..

 

Ada disediakan muqadam yg disertakan dengan tulisan rumi jugak..



Dan disertakan juga satu surah yasin yang ada tulisan rumi jugak..





Semoga bermanfaat buat mak mentua ejulz..

 

Kenapa macam x dapat komen?

Malam tadi ejulz blog walking dan cuba komen tapi tak dapat.. Blog tengah ada masalah ker sekarang ni?