Wednesday 3 April 2013

Kayuhan Patriotik 1 Malaysia Putrajaya 2013 mengecewakan

Hari ni ejulz hantar nama mewakili jabatan untuk Kayuhan Patriotik 1 Malaysia Putrajaya. Terus terang sebagai seorang peserta ejulz merasakan program ini amat mengecewakan. Bermula dari pagi tadi, ejulz dan rakan nak pergi daftar awal sebab dengar khabar yang kaunter pendaftaran dah buka. Bila pergi kat sana rupanya pendaftaran just buka untuk warga perbadanan sahaja. Itu xpe laa.. Salah ejulz dan kwn ejulz jugak  sbb x ikut jadual. Dalam jadual pendaftaran pukul 2.

Seawal jam 12.30 tengahari ejulz dan kwn ejulz sekali lagi dtg untuk pendaftaran. Ingatkan dtg awal boleh la dapat daftar dulu tapi sekali tgk dah ramai org beratur. Dari 3 baris jadi 4 baris sebab sesak sangat. Sekali tgk kat meja pendaftara just ada satu baris tempat pendaftaran je dan lebih menyedihkan xde urusetia kat meja pendaftaran. Sekali lagi bersabar sebab masa tu jam belum lagi pukul 2. Tak lama lepas tu baru la ada dengar suara urusetia minta semua orang berbaris betul2. Masalahnya kaunter yang dibuka hnya ada berapa je. tu pun dalam satu baris je.. banyak kelemahan pengurusan yang ejulz tengok.

Diorang macam xde buat persediaan untuk pendaftaran. Bagi ejulz meja pendaftaran tu kene la buka banyak sikit dan diasingkan barisnya. Lepas tu keputusan yang diorang buat mmg mcm x masuk akal. Contohnya bagi basikal kat perempuan dulu. Bukan apa, kesian kat orang yang dah lama tunggu dari tengahari x dapat basikal, then perempuan yang berbaris kat belakang sbb baru sampai dah dilayan dulu n dpt basikal. Sepatutnya diorang dah buat perancangan betul2. Buat la pengasingan meja pendaftaran. COntoh meja 1-3, untuk pendaftran lelaki. Meja 4-6 untuk pendaftaran perempuan.

Panjang pulak celoteh ejulz kali ni.. Tu belum cerita orang marah sampai terbalikkan meja.. Ntah la.. ejulz pun x tengok kejadian tu.. sampai kat meja pendaftaran dah tngok meja dah terbalik. Dan dengar orang2 kat depan tu cakap, ada orang marah kemudian urusetia terus lari dari meja pendaftaran. Sebab sorang dua yang buat hal camtu, mereka yang berbaris panjang kat belakang sia2 je berbaris lama. Kecewa sebab x dapat kayuh basikal. Ramai lagi yang dijemput tapi x dapat basikal.. amat mengecewakan.. 


8 comments:

  1. Budaya orang kita dik...ng x lepas dari olah pia..huhu...mana budi bahasa kan dik..hihi..sabar je la dik

    ReplyDelete
  2. urus setia penganjuran sepatutnya lebih bertanggungjawab...

    ReplyDelete
  3. kdg2 bila xde perancangan yg rapi, ini la jdnya..apa2 pn sabar je laa...=)

    ReplyDelete
  4. haah..semalam nk g gak tapi dorang kate untuk perbadanan aje..balik terus...

    ReplyDelete
  5. jom kayuh sendiri je...hehe

    ReplyDelete
  6. rajin ktk oooo
    tp bez join aktiviti camtok
    rami2 bah..rindok

    ReplyDelete
  7. sabar jelah !

    ReplyDelete

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...