KUALA LUMPUR, Selasa - Doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) terpaksa memanggil padukan Bomba Dan Penyelamat selepas seorang lelaki muncul di wad kecemasan dengan sebentuk cincin terlekat di zakarnya.
Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada HKL kira-kira pukul 3.45 petang meminta bantuan untuk mengeluarkan cincin yang terlekat di zakar mangsa.
Pasukan mereka tiba pada pukul 4.20 petang dan terpaksa memotong cincin di sekeliling zakar lelaki berusia 44 tahun itu.
"Kami cuba untuk bercakap dengan dia semasa prosedur tetapi dia terlalu malu untuk bercakap dan hanya memberitahu cincin tersebut baharu dibelinya di Amerika Syarikat. Selepas itu dia tidak bercakap dengan kami.
"Selama tempoh 29 tahun sebagai ahli bomba, saya tidak pernah berdepan dengan situasi sebegini," kata pegawai yang mengetuai operasi sepwrti dilaporkan dalam akhbar online.
Pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat berjaya memotong cincin itu kira-kira pukul 5 petang.
Sumber : Utusan Sarawak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap ada rezeki kali ni
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger. Lama rasanya dah tak update sini. Alhamdulillah setelah 10 tahun mencuba, dapat p...
-
Berita baik untuk semua blogger Malaysia! Award " BLOGGER GEMPAK 2013 " Bermula..! Pelbagai Hadiah Menarik Bakal...
-
Bidayuh Serian Punya Bahasa ⇩ • saya ⇨ aku • awak ⇨ amu • cantek/hensem ⇨ timengen/hensem • ya ⇨ aye • jangan ⇨ aba • tiada ⇨ anyap ...
-
Kali ini ejulz nak buat satu segmen bertajuk “SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja Partime Dari EJULZ” Tujuan utama ejulz mengadakan se...
dahsyatnye,hahaa
ReplyDeletepelik2 jak keja
ReplyDeleteada ka k engkah kat sia, sekali terlekat alu kamboh dak bomba
Alahaiii.. macam2 ragam manusia sekarag...
ReplyDeleteMacam2 hal..bnda yg pelik2 dibuatnya..gugu
ReplyDelete