Assalamualaikum sahabat2 blogger,
9 APR 2019 (Selasa) lepas ayah ejulz refer dari klinik ke hospital. Saspek sakit jantung. Petang 9 APR 2019 pergi ke emergency, sampai malam juga la menunggu keputusan. Daripada pemeriksaan doktor keadaan ayah ejulz stabil dan normal. Malam tu ingat dah boleh balik rumah & tak kena tahan wad. Tapi sebelum tu doktor tanya ayah ejulz macam mana boleh sampai ke hospital ni. (Ingin tahu apa masalah ayah ejulz). Ayah ejulz pun menerangkan kepada doktor yang pada tengah malam 8 APR 2019 dia rasa pedih ulu hati dan tidak selesa. Tapi malam tu dia hanya berehat dan tidur sahaja bagi menghilangkan rasa sakit. Bangun pada pagi keesokan harinya sakit beransur hilang. Tapi lebih kurang jam 10.00 pagi rasa tu datang lagi. Selain rasa pedih hulu hati dia juga berpeluh seluruh badan. Bila doktor dengar je simptom berpeluh, terus doktor kata kene tahan wad sebab takut ada masalah jantung walaupun hasil keputusan pemeriksaan doktor tadi keadaan ayah stabil dan ok.
Jadi malam tu kene la berehat di emergency sementara menunggu ada katil kosong di tingkat atas. Awal pagi 10 APR 2019 dalam jam 5.00 pagi barulah ayah di bawa naik ke tingkat atas. Alhamdulillah dapat bilik yang hanya ada 2 katil. Bolehlah ayah tidur dengan selesa tanpa bunyi bising. Pada 10 APR 2019 dalam tengahari macam tu ayah disuruh buat pemeriksaan scan jantung di tingkat bawah hospital. Alhamdulillah keputusan baik. Tiada masalah jantung. Dan pada hari tu juga semua doktor termasuk doktor pakar jantung berkumpul melihat keputusan. Melihat keputusan agak memuaskan, doktor pakar seperti memberi green light untuk ayah discharge pada hari tu. Tapi doktor yang sorang lagi seperti tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Bincang punya bincang akhirnya mereka ambil keputusan untuk tahan lagi kat wad.
Pada 11 APR 2019 ayah di bawa ke Institut Jantung Negeri (IJN) Sarawak yang dikatakan mempunyai peralatan yang canggih untuk pemeriksaan jantung. Dari hospital ke IJN menggunakan ambulans. Aritu ejulz tanya kat nurse lelaki yang bertugas sama ada saya sebagai ahli keluarga boleh menemani ayah saya ataupun tidak. Nurse tu seperti tidak membenarkan dengan alasan tengok keadaan ambulan dan bagitau yang ramai pesakit lain dan petugas nak pegi dan tak cukup tempat duduk. Bila dah sampai kat ambulan ejulz tengok tak ada pun pesakit lain yang masuk ambulan tu. Bila tanya sekali lagi boleh tak ahli keluarga ikut sekali untuk teman, pemandu ambulans pula seperti tidak membenarkan dengan alasan jika apa2 berlaku dalam perjalanan pihak hospital tidak akan bertanggungjawab ke atas ahli keluarga yg ikut sekali. Pada masa tu ejulz tahu ayah ejulz perlukan peneman sebagai penguat semangat dia. Ejulz bagitau xda masalah. Alhamdulillah perjalanan lancar dan selamat. Dan lebih menggembirakan keputusan hasil pemeriksaan di IJN semuanya ok. Tiada masalah jantung.
Pada 12 APR 2019 masih menunggu keputusan doktor. Alhamdulillah dah boleh balik pada haritu. Tapi ayah ejulz terpaksa juga ambil 2 lagi ubat iaitu ubat jantung dan ubat cair darah. Pelik juga bila dengar ayah ejulz terpaksa makan ubat jantung padahal dia tiada masalah jantung hasil dari 2 kali pemeriksaan. Bila ditanya kepada doktor, doktor bagitau yang ayah ejulz ada sedikit je masalah jantung. Apa2 pun terpaksalah dengar nasihat doktor. Diorang lebih arif lagi berkenaan perubatan. Nak cerita bab ubat cair darah pula. Awal2 lagi doktor dah bagi 2 pilihan berkenaan ubat cair darah. Sama ada ubat warfarin atau NOAC.
Warfarin
- Terpaksa berpantang / kontrol makan
- Terpaksa buat pemeriksaan di klinik lebih kerap
- FREE
NOAC (Ubat terbaru)
- Tak perlu berpantang / kontrol makan
- Tidak kerap buat pemeriksaan di klinik
- RM300 setiap bulan
Doktor minta kami berbincang sekeluarga untuk pilih ubat apa. Mula2 ejulz dan kakak ejulz bercadang untuk berkongsi ambil ubat NOAC walaupun agak mahal sebab takut ayah ejulz tak dapat jaga pemakanan. Tapi bila ayah ejulz ramai ahli keluarga lain yang hanya ambil ubat warfarin yang free tu dan hanya jaga pemakanan dia pun memilih untuk ambil ubat yg free je. Dan yang paling menyakitkan hati bila dah buat keputusan untuk ambil ubat yg free, doktor seperti memaksa untuk mengambil ubat yang berharga RM300 tu. Setelah ayah ejulz berkeras bagitau yg dia tiada masalah untuk jaga pemakanan dan dia tiada masalah untuk ulang alik ke klinik barulah doktor tu mengalah.
Alhamdulillah semalam (15 APR 2019) teman ayah buat pemeriksaan susulan di klinik dan keputusan ujian darah ayah stabil. Jadi doktor buat temujanji untuk sebulan akan datang. Semoga ayah sihat selalu..