Friday 19 June 2020

Kain Putih dan Kehidupan


Anak ibarat kain putih
Kita yang mencorakkannya
Jika cantik didikkannya, maka cantiklah akhlaknya
Jika buruk, maka buruklah sifatnya

Kehidupan pula ibarat gambar hitam putih
Kitalah yang perlu mewarnainya
Jika ceria warnanya, maka ceria jugalah kehidupan kita
Jika suram, maka suram jugalah kehidupan kita

Iman tak dapat diwarisi oleh seorang ayah yang bertakwa
Begitu juga sebaliknya
Ada mempunyai ayah seorang pegawai besar
Tapi anak belum pasti berjaya seperti ayahnya
Mungkin tersilap sedikit corak didikannya
Ada mempunyai ayah yang susah dalam kehidupan
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Tapi dek kerana cantik corak didikannya
Anak berjaya dalam akademik dan kerjaya

Kita hanya mampu berusaha dan merancang
Tapi Dia yang menentukan

Semoga kehidupan kita sentiasa diberkatiNya

7 comments:

  1. setuju... indah betul nukilannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kehidupan kita sentiasa dalam keberkatanNya.. amin

      Delete
  2. aminn ya robbalalaminn.,
    salam jumaat., ;p

    ReplyDelete
  3. semoga allah swt melindungi
    anak2 semua

    ReplyDelete
  4. selain ibu bapa.. tv juga mencorakkan anak2 kita tanpa kita sedari..

    ReplyDelete
  5. Semoga anak2 baik dan menyenangkan ibubapa hendaknya

    ReplyDelete
  6. sungguh.. anak2 adalah cerminan ibu bapa juga..
    semoga menjadi anak2 soleh solehah semua anak2 =)

    ReplyDelete

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...