Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Tuesday, 6 October 2020

Aplikasi BIGO

 Assalamualaikum dan dalam sejahtera buat sahabat2 blogger semua. Hari ini ejulz nak berkongsi berkenaan aplikasi BIGO. Anda pernah dengar tsk berkenaan aplikasi ni? Bagi yang tahu aplikasi ni, apa pandangan anda tentangnya?

Sejujurnya ejulz berpandangan negatif berkenaan aplikasi ni pada awalnya. Tetapi apabila ejulz ada terbaca yang kita boleh jana income dan beroleh pendapatan dalam BIGO ni, ejulz pun cubalah selidik sendiri. 

Hinggalah ejulz terjumpa live seorang pengguna BIGO yang menggelar dirinya sebagai daddy. Dia banyak mengajar pengguna baru aplikasi ni bagaimana menjana pendapatan dari BIGO dan mengajar function button2 yg ada dalam BIGO.

Dulu ejulz ingatkan pengguna BIGO ni saja suka2 buat live, rupanya mereka bekerja dengan BIGO. Ada yang sekadar buat partime. Ada yang mengejutkan mereka bekerja sepenuh masa dengan BIGO dengan menjadi host.

Bagi yang tak kenal BIGO ni mesti beranggapan main BIGO ni sia-sia dan tak berfaedah. Sama seperti anggapan ejulz sebelum mengenal BIGO ni dengan lebih lanjut. Dalam BIGO ni banyak bakat yang boleh kita tengok. Ada yang berbakat menjadi DJ. Selain tu ada yang berbakat dalam nyanyian, bermain alat muzik dan macam2 lagi. Kita juga boleh tengok movie secara live. Seperti di blog kita mengharap dapat mengenali kawan2 baru, begitu juga dalam BIGO. Dalam blog ada sahabat buat contest/giveaway, dalam BIGO pun ada.




Dalam BIGO ni, kita boleh join mana2 family. Family ni kira macam group BIGO la. Ejulz join family Amar Asyraf. Kenal tak?



Tengah buat draf entry tadi, tengok ada notifikasi Amar Asyraf tengah buat live di BIGO. Ramai ejulz jumpa artis2 yang main BIGO untuk tambah pendapatan. Antaranya live artis yg pernah ejulz tengok adalah Felix AF, Adam Shah, Talha Harith, Micheal Ang, Shajiri.

Setiap sesuatu ada baik dan ada buruknya. Seperti yg ejulz katakan tadi kita boleh dapat jana pendapatan dan melihat bakat2 yang ada dalam BIGO. Dan yg negatifnya ada yg menggunakan cara yang tidak begitu elok untuk mendapat perhatian iaitu dari bahasa yang agak kasar dan berpakaian seksi. 


9 comments:

  1. nak tambahkan pendapatan , BIGO ni bgos eh? macam menarik.. thank you sharing

    ReplyDelete
  2. yaa betul tu bigo boleh juga dapat tambah pendapatan

    ReplyDelete
  3. tapi ramai yang beri komen negatif pada apps ni , semuanya terpulang pada mereka yang handle betul tu :)

    ReplyDelete
  4. bigo banyak godaan.....pernah sekali tengok...huhuhu tercabar iman. uninstall terus......


    www.oohsenyum.com

    ReplyDelete
  5. oo baru tahu BIGO blh mnjana pndapatan..
    tak pernah pn ade akaun BIGO ejulz ^_^

    ReplyDelete
  6. Pernah juga dengar pasal bigo ni. Tak tau pula boleh jana pendapatan

    ReplyDelete
  7. sama,biasa dengar macam negatif feedback je. first time dngar positif. heee:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...