Wednesday 9 February 2022

Tak tahu nak letak tajuk apa

Sudah lama tak buka blog. Dah lama tak menulis. Nak letak tajuk apa pun tak ada idea. Hahaa. Entah masih ada tak rakan-rakan blogger yang sudi singgah & komen entry ejulz ni. Hehe.

Terasa sangat bebanan. Terlalu letih tidak terkata. Terkadang rasa tekanan. Terkadang rasa putus asa. 

Rasa terbeban bila terlalu banyak terima arahan dari pelbagai pihak. Bukan sahaja bos, tapi pegawai dan anggota bawahan juga turut memberi pelbagai arahan. Konon-konon minta tolong, tapi tak pernah memahami situasi orang yang banyak tugasan. Padahal ada sorang staf lagi yang boleh diminta pertolongan. Bila ditanya kenapa tak minta tolong dia? Sorang kata "sudah la nak minta tolong dia". Sorang lagi kata, " tengok la dia bukan ada kat tempat". Sorang lagi kata, "entah dia pandai ker tak". Sorang lagi kata, "dia bagitau dia tak pandai".  Walaupun begitu, orang macam ni mudah je dapat Anugerah Cemerlang. Terkadang terfikir kenapa dunia ni tak adil!!!

Letih kerana kerja itu biasa. Dah tanggungjawab yang perlu digalas. Kita buat sebaik mungkin. Tapi letih memikirkan karenah manusia-manusia begini memang menyakitkan. Belum lagi letih kerana ulang alik naik motorsikal dari rumah ke tempat kerja yang agak jauh. Masa ada banyak kekosongan perjawatan dekat dengan rumah dulu, bos lama tak sokong permohonan pertukaran. Sebelum dia bertukar baru dia sokong permohonan ejulz. Tapi dah tak ada kekosongan. Oleh kerana tak fikirkan kebajikan staf bawahan, kita yang terpaksa menanggung kesusahan. Diorang syok la dapat naik pangkat, kita yang nak tempat kerja yang dekat untuk memudahkan urusan harian jadi susah. Dek kerana kepentingan mereka kita yang sengsara.

Tekanan? Memang tertekan. Bila dapat bos yang tidak pernah melihat senarai tugas staf bawahan, memang akan memberi tekanan kepada staf yang terlalu banyak agihan tugas. Sedangkan yang seorang lagi selalu sibuk dengan urusan peribadi. Kadang-kadang skodeng jugak apa yang dia sibuk sangat sepanjang hari. Selalu buka web online banking dan web shopping je. Bukan nak membawang atau menyibuk. Ejulz tak kisah pun kalau dia nak tengok semua tu lepas semua kerja diselesaikan, tapi bila memikirkan pasal bebanan kerja yang terlalu banyak sedangkan dia banyak buat urusan peribadi, itu yang membuatkan stress. Bayangkan korang tengah buat kerja dan dia tengah tak buat apa-apa. Lepas tu bos panggil dan beri tugasan lain. Dan dalam kesibukan itu datang pula pegawai dan anggota lain minta bantu itu dan ini. Apa yang korang rasa?

Dalam keadaan tertekan ni, ejulz teringat dengan seorang rakan. Dia dulu sama sekolah dengan ejulz. Dan pernah sama-sama bertugas di Putrajaya. Dan apabila dapat bertukar di negeri sendiri, kami bertugas di bawah satu jabatan yang sama tapi lain tempat. Ejulz agak terkejut bila mendapat berita yang dia sedang mendapat rawatan mental dan sudah mula mengambil ubat penenang. Walaupun tidak begitu serius tapi jika tidak dibendung mungkin akan memudaratkan. Bila difikirkan semula, mungkin sedikit sebanyak kerana tekanan kerja. Semoga dia kembali pulih seperti biasa. Semoga kita semua dijauhkan dari tekanan2 sebegini.


16 comments:

  1. Salam. Singgah sini sebab nampak Ejulz update blog. Kerja begitulah kan, kita pekerjabagus sangat pun nanti sendiri susah. Yang penting jangan sampai tekanan kerja buatkan kita sakit ye. Jaga diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah dan komen. Insyaallah

      Delete
  2. Buat lagu kita aje
    Laksanakan tugas hakiki dalam senarai tugasan kita
    Ramai kaki buli ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya bukan kerja hakiki pun dah jd mcm kerja hakiki

      Delete
  3. jaga diri tenangkan jiwa..bekerja sekadar mampu hari ini sebelum bersambung keesokannya..hari yg kita lalui pun pendek saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang akan buat sekadar yg mampu tapi kadang2 diorang push kita πŸ˜”

      Delete
  4. selamat kembali.. semoga di lindugi leh Allah :)

    ReplyDelete
  5. wah, welcome back Ejulz. stress begini la kerja. Tapi lumrah la nama pun kerja. stress2 sendiri sakit. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. orang ambil kesempatan je.. yg penat kita. diorang ambik nama je..

      Delete
  6. Situasi kat tpt kerja mmg mcm nie.. yg banyak mengampu byk kipas lg senang naik.. bertabahlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. terbukti.. yg x selalu nampak muka kat ofis pun boleh dapat anugerah cemerlang.. hurmm

      Delete
  7. Welcome back Ejulz... lama juga tak nampak update terbaru Ejulz... semoga terus berjaya dalam keberkatanNya ya... kerja, memang begitulah lumrahnya, apa-apa pun... aja aja fighting!

    ReplyDelete
  8. begitu la hakikat kerja makan gaji, byk kan istifar..ingat Allah selalu, Take it easy...buat yg mana termampu & jgn paksa diri sgt... caiyok caiyok!

    ReplyDelete

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...