Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Wednesday, 2 January 2019

Jagalah kedua ibu bapa



"Kalau dahulu ibu bapa bersusah payah memberi segalanya kepada kita, sesudah dewasa jagalah mereka.."


Masihkah kita ingat?

Masihkah kita ingat sewaktu kita dilahirkan, siapakah insan yang paling gembira di muka bumi ini? Ibu dan bapa kita.

Masihkah kita ingat, siapa yang memerah keringat untuk menyediakan keperluan harian kita dari kecil lagi? Sedia susu, pampers, pakaian, makan minum, pendidikan dan lain2 lagi.. Ibu dan bapa kita.

Masihkah kita ingat, siapa yang selalu ada semasa senang dan susah kita? Ibu dan bapa kita.

Hari ini kita telah dewasa. Sudah masa kita bekerja dan membantu mereka. Meringankan beban dan keringat yang pernah mereka sumbangkan untuk membesarkan kita. Namun ada lagi yang masih mengharapkan WANG RINGGIT dari orang tuanya. Malah lebih memalukan mengharapkan orang tuanya untuk memberi nafkah kepada anak mereka. 

Ejulz tahu bukan senang nak mencari kerja sekarang ni. Lebih2 lagi orang seperti ejulz yang tidak berpelajaran tinggi. Tapi bagi ejulz itu bukan satu alasan untuk kita duduk goyang kaki di rumah dan mengharapkan wang ringgit orang tua kita. Kesian.. Dah lama mereka menyara kita hinggalah kita habis sekolah. Dah berkahwin dan beranak pinak pun takkan la masih nak mengharapkan mereka.

Kalau tidak mampu memberi kemewahan kepada mereka, cukuplah dengan tidak menyusahkan mereka lagi. Berbelanjalah ikut kemampuan.. Yang mampu bekerja, bekerjalah untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak2.. Janganlah kerja 2 hari lepastu berhenti.. Dapat kerja lain lagi 2 hari lepastu berhenti..


#Peringatan buat ejulz sendiri


**Gambar dari sumber GOOGLE.. Tiada kena mengena dengan artikel ini.. Hanya untuk menunjukkan pengorbanan seorang ayah dan kasih anak kepada ibunya..


14 comments:

  1. ALHAMDULILLAH ANAK SOLEH KENANG JASA IBU BAPA MRK

    ReplyDelete
  2. insyallah. selagi terdaya memang akan jaga mak sebaik mungkin =)

    ReplyDelete
  3. Ibu bapa segala2 nya :) Anugerah tidak ternilai

    ReplyDelete
  4. Ibu bapa ni sebenarnya bukanlah mengharapkan sangat duit daripada anak-anak. Mereka hanya mahu kita meluangkan masa dan mengambil berat tentang mereka. Sekurang-kurangnya call atau whatsapp untuk bertanya khabar kalau tidak dapat pulang ke kampung dengan kerap.

    ReplyDelete
  5. betul tu... kalau ibubapa dah tiada pun kita boleh berbakti :)

    ReplyDelete
  6. Setuju..jagalah mereka.... Seperti mana mereka berusaha sebaiknya jaga kita...

    Semoga ibu bapa kita berbahagia punya anak seperti kita...Amin

    ReplyDelete
  7. ckp2 lah menyusahkan mereka lbh2 bla dah berkeluarga sendiri... org skrg, ada tu bkn tkt menyusahkan malah menambahkan lg beban sedia ada. contoh, mak ayah miskin tp suruh mereka jg cucu2 dgn alasan mereka sibuk

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...