Tuesday, 29 November 2011

Wednesday, 16 November 2011

16/11/11 - Hari Yang Menakutkan

Hari ini agak menakutkan ejulz..

Pagi tadi 'si dia' hantar sms ngadu sakit mata.. mata sebelah kiri katanya.. Ejulz hanya mampu nasihatkan dia banyak berehat.. sebab dia pun baru nak baik dari demam.. lepas hilang sakit mata, perut dia pulak sakit.. sekali lagi ngadu sakit perut pulak.. risau gak ejulz dengar.. ingatkan sakit perut pasal x bekfes..

kemudian dia kata nak g check kat hospital.. mak dia temankan.. sampai satu tahap ejulz hantar sms x berbalas.. hati bertambah risau.. tiba2 dpt satu msg berbunyi kira2 pukul 1.20 pm:

"Salam.. noryn msk wad.. mybe appdix.. lum cnfirm lg.." dari mak dia..

bila ejulz dpt msg tu, ejulz xtau nak buat ape.. maklum laa, ejulz duk jauh.. ejulz hanya mampu berdoa. Dalam pukul 5.36 pm, skali lagi msg berbunyi:

"Salam.. pasni noryn masuk o.t oprate apndix.." dari mak dia lagi..

Ejulz hanya mampu berdoa.. x mampu berbuat apa2.. pukul 7.56 pm skali lagi mak dia hantar sms:

"Apendix dah dikeluar.. tunggu proses jahit.. Noryn masih x sedar lagi.. doa sama2 smoga selamat.."

Pada masa tu ejulz x dpt bayangkan perasaan mak dia ketika melihat anaknya dlm keadaan yg sakit..

Ejulz terus berdoa dan terus berdoa.. Ejulz terus menunggu update dari mak dia.. tapi xde kabar berita.. Ejulz terus menghantar sms kepada mak dia dlm pukul 8.59pm :

"Camne keadaan Noryn makcik?.."

Maknya menjawab : "Alhamdulillah dah sedar"..

Alhamdulillah.. semoga noryn cepat sembuh dan sihat seperti selalu.. amin..


p/s : doakan Noryn cepat sembuh k kawan2..



x suka perasaan takut n risau camni.. dulu penah rasa camni masa arwah anak buah ejulz tengah tenat.. sedih sangat2..

Monday, 14 November 2011

Mari belajar bahasa Sarawak - Part 11

oK, pada entry lepas ejulz kongsi perkataan ayam dalam bahasa sarawak.. ape dia ayam dalam bahasa sarawak? heHe.. ingat ke tak ni.. hehe.. kalo x ingat tengok entry bawah tu.. hehe

ayam dalam bahasa sarawak adalah MANOK..

oK, arini ejulz ada perkataan yg hampir sama dengan MANOK..

agak2 kalo perkataan MANOK dibuang huruf 'N', ape jadi ek? hehe

kalo huruf 'N' pada perkataan MANOK dibuang mesti laa jadi MAOK kan?..

ok, arini ejulz nak kongsi perkataan MAOK dalam bahasa sarawak..

MAOK adalah......

MAHU..

kadang2 org sarawak akan guna singkatan bagi perkataan MAOK.. singkatannya adalah MOK.. beza dia xde huruf 'A' je..


contoh ayat :

1. Mak, kamek mok makan manok panggang..
(Mak, saya mahu makan ayam panggang..)


ok, sekian saja sesi pembelajaran bahasa sarawak arini.. Rasa nak buat Segmen : Kuiz Bahasa Sarawak la pulak.. kompom ramai xnak join.. sebab susah sangat.. heHe



Thursday, 10 November 2011

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 10

salam semua..

ada tengok rancangan Maharaja Lawak Mega x? boleh tahan laa otai2 buat lawak.. contohnya Jalil Hamid.. selamba je kan..


kalo cite pasal Jalil Hamid mesti akan terbayang ayam kan.. heHe


ok, kali ni ejulz nak kongsi AYAM dalam bahasa Sarawak.. Ayam dalam bahasa Sarawak adalah :

MANOK

Jom makan "MANOK" panggang.. heHe



Tuesday, 8 November 2011

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 9

Ju!! kita ngira lam bahasa sarawak..
( Jom!! kita mengira dalam bahasa sarawak.. )

1 = satu

2 = duak

3 = tiga

4 = empat

5 = limak

6 = enam

7 = tujoh

8 = lapan

9 = sembilan

10 = sepuluh

11 = sebelas

12 = duak belas

...

..
...
...
...
..

p/s : sama je kan?? cuma dua & lima je tambah (k) kat belakang.. lain2 semua sama.. senang kan bahasa sarawak?? heHe

Friday, 4 November 2011

Kreativiti mencetus Inovasi

Salam.. apa khabar semua? harap semua sihat hendaknya..

Ejulz dah lama x update blog sekerap dulu.. rindu pulak nak update bnyak2 entry.. heHe.. kebelakangan ni ejulz banyak terlibat dengan seminar dan kursus berkenaan "Inovasi"..



28 Oktober 2011 - Jumaat lepas ejulz dijemput hadir seminar Bicara Inovasi (i-Talk) siri ke 3/2011 bertajuk "Ekplorasi Quilling".. Mungkin ada yang pernah dengar pasal QUILLING ni.. dan mungkin ada yang x pernah dengar.. Ejulz sendiri pun baru tahu pasal quilling ni pada seminar berkenaan.. Quilling ni adalah sesuatu kreativiti yang dihasilkan hanya menggunakan kertas dan beberapa bahan utama seperti gam, lidi dan pencungkil gigi.. Dengan bahan2 seperti ni sahaja kita dapat menghasilkan sesuatu yang menarik.. Nak tau lebih lanjut pasal quilling ni? nak tengok tutorial? jom terjah blog Puan Wan Najmiyyah yang menjadi penceramah pada jumaat lepas.. boleh tngok contoh2 yang beliau hasilkan.. cantikk.. heHe


Pada 1 - 3 November pulak, ejulz terlibat dengan "Kursus Kreativiti Mencetus Inovasi".. Kursus berkenaan diadakan di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Pahang.. Banyak jugak yang ejulz pelajari dari kursus tu.. Antara yang dipelajari adalah cara2 berfikir secara kreatif, kaedah2 berfikir, dan melatih diri buat pembentangan di khalayak ramai.. Selain itu, kaedah2 mengatasi stress jugak ada diajar pada kursus berkenaan.. Bagi sesiapa yang minat dengan penulisan @ mahu berjinak2 dalam dunia penulisan n nak beberapa tips untuk memulakan penulisan bolehlah menghubungi Encik Zamri (facebook) selaku fasilitator kursus berkenaan.. beliau banyak memberi info2 berguna kepada peserta2 kursus pada masa itu..

Harap ada rezeki kali ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger. Lama rasanya dah tak update sini. Alhamdulillah setelah 10 tahun mencuba, dapat p...